Rabu, 27 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mubarak tidak mahu makan

Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT

Mubarak tidak mahu makan SHARM AL-SHEIKH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak enggan makan sejak empat hari lalu, menyebabkannya kehilangan berat badan dan semakin lemah, menurut ketua pasukan perubatannya, kelmarin.

Menurut pakar di Hospital Sharm Al-Sheikh, Mubarak akan meminum air hanya apabila dipaksa pasukan peruba-tan atau isterinya.

"Kami boleh memberinya makanan melalui tiub jika keadaan beliau semakin teruk, namun apa yang paling membimbangkan adalah keadaan psikologinya yang merosot," menurut doktor beliau, Assam Azzam.

Perkembangan terbaru itu meningkatkan spekulasi Mubarak tidak akan dibicarakan minggu depan seperti yang dijadual dan penangguhan itu akan meningkatkan ketegangan antara majlis tentera yang memerintah Mesir sejak pemimpin itu digulingkan dan penunjuk perasaan.

Rakyat Mesir sebelum ini menuduh tentera melengahkan proses pendakwaan pemimpin kuku besi itu atas kesalahan membunuh penunjuk perasaan semasa protes Januari lalu.

Remaja AS dipenjara

Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT

Remaja AS dipenjara

MEXICO CITY - Seorang remaja warga Amerika Syarikat (AS) berumur 14 tahun dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh mahkamah Mexico atas kesalahan membunuh, menculik dan mengedar dadah.

Edgar Jimenez terlibat dengan kumpulan pengedar dadah di Mexico sebelum dia ditahan oleh askar negara itu, Disember lalu semasa cuba memasuki AS.

Mahkamah juvana mendapati remaja bawah umur itu bersalah atas empat jenayah termasuk membunuh empat orang sebelum menggantung mayat mangsa di sebuah jambatan berhampiran Mexico City, Ogos lalu.

"Jimenez mengaku membunuh tujuh orang di bawah pengaruh dadah yang diberikan kepadannya oleh ketua kumpulan itu," menurut kenyataan tentera, Ogos lalu.

Remaja bawah umur dilihat semakin terlibat dalam perang terhadap kumpulan dadah dilancarkan kerajaan negara itu yang mengorbankan hampir 40,000 nyawa dalam tempoh lebih empat tahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved