Rabu, 27 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Program biometrik: 390,404 berdaftar

Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT

Program biometrik: 390,404 berdaftar PUTRAJAYA - Seramai 390,404 pekerja asing daripada 26,894 majikan, telah mendaftar di bawah Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah, sejak program berkenaan mula dilaksanakan 13 Julai lepas.

Berikutan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menasihatkan majikan untuk segera mendaftarkan pekerja masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan, sehingga 31 Julai ini.

Hishammuddin berkata, walaupun jumlah itu masih kurang, beliau percaya angka itu akan meningkat dalam tempoh beberapa hari kerana mengikut rekod Jabatan Imigresen, terdapat 1.75 juta pekerja asing sah yang bekerja di negara ini.

Menurutnya, setakat ini beliau berpuas hati dengan operasi pendaftaran itu, di kesemua 37 pejabat Imigresen seluruh negara kerana purata tempoh yang diambil bagi mendaftar seseorang pekerja asing itu hanya mengambil masa dua minit sahaja.

"Secara umumnya, saya berpuas hati dengan operasi pelaksanaan pendaftaran yang dilaksanakan di semua pejabat Imigresen seluruh negara khususnya komitmen tinggi yang ditunjukkan setiap petugas Jabatan Imigresen yang sanggup bekerja sehingga lewat malam termasuk beroperasi 24 jam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan operasi pendaftaran pekerja asing sah di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Hisham�muddin berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk memberikan 'keistimewaan' kepada majikan dan pekerja asing yang mendaftar awal dalam program berkenaan.

"Saya sedang mempertimbangkan, bila masa program pemutihan nanti, kita beri keutamaan kepada majikan yang memerlukan pekerja asing... kepada majikan yang mendaftar awal.

"Lagi lambat (majikan mendaftar), lagi susah dia nak dapat pekerja asing. Jangan salahkan saya kerana bila kita suruh mereka buat (daftar), mereka liat nak pergi, tetapi bila nak pekerja asing, macam-macam alasan diberikan," katanya. :- Bernama

:

Moderator terpaksa tenangkan keadaan

Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT

Moderator terpaksa tenangkan keadaan SHAH ALAM - Wacana Sinar Harian yang dibarisi ahli panel terdiri daripada tokoh kontroversi berjalan dengan lancar walaupun kadangkala hangat disebabkan sikap segelintir penonton yang sengaja melakukan provokasi dan tidak mampu mengawal perasaan.

Keadaan itu menyebabkan moderator, Wan Saiful Wan Jan terpaksa berdiri beberapa kali bagi menenangkan keadaan.

Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) itu berkata, wacana yang dibawakan oleh Sinar Harian kali ini benar-benar menguji kewibawaannya sebagai moderator.

"Saya sering kali diundang menjadi moderator, bagaimanapun saya tidak pernah menghadapi situasi hangat sebegini sehinggakan ada ketika saya terpaksa berdiri bagi menenangkan keadaan.

"Setiap persoalan yang di utarakan mendapat sambutan hebat daripada penonton yang hadir sehinggakan saya sendiri sukar untuk mencelah," katanya.

Menurutnya, beliau teruja dan berterima kasih dijemput untuk mengendalikan wacana yang bertajuk 'Apa Selepas 9 Julai' itu dan menganggap wacana yang dianjurkan satu program ilmu yang sangat bermanfaat.

Dapatkan berita selanjutnya di akhbar Sinar Harian

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved