Khamis, 25 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Bekas Pengerusi Mas saman Malaysian Insider RM200 juta

Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bekas Pengerusi Mas saman Malaysian Insider RM200 juta

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli memfailkan saman berjumlah RM200 juta terhadap portal berita, The Malaysian Insider, berikutan penerbitan artikel yang didakwanya memfitnah beliau.

Beliau menamakan syarikat The Malaysian Insider Sdn Bhd sebagai defendan pertama manakala Ketua Pegawai Eksekutif Jahabar Sadiq dan wartawan Shazwan Mustafa Kamal sebagai defendan kedua dan ketiga.

Tajudin, yang menerajui syarikat penerabngan itu dari 1994 hingga 2001 memfailkan writ saman itu pada 18 Ogos lepas di Mahkamah Tinggi Sivil di sini menerusi Tetuan Lim Kian Leong & Co.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Harmindar Singh Dhaliwal pada 19 September ini. Menerusi pernyataan tuntutan, Tajudin mendakwa portal berita itu menerbitkan
kata-kata fitnah dalam sebuah artikel pada 31 Mei 2011.

Beliau turut mendakwa bahawa portal terbabit mengulang beberapa kata-kata fitnah menerusi artikel lain walaupun telah dipohon menerusi surat supaya tidak berbuat demikian dan pengulangan itu menunjukkan portal terbabit berniat jahat.

Tajudin berkata The Malaysian Insider membalas suratnya dengan penegasan bahawa kata-kata di dalam artikel itu bukan fitnah dan ia mempunyai pelbagai sumber maklumat.

Selain ganti rugi am untuk kecederaan dan kehilangan reputasi tidak kurang RM200 juta, Tajudin turut menuntut ganti rugi keterlaluan dan faedah. - Bernama

Kerajaan Sabah janji kediaman baru kepada mangsa kebakaran kampung Karamunting

Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT

Kerajaan Sabah janji kediaman baru kepada mangsa kebakaran kampung Karamunting

SANDAKAN - Enam belas keluarga mangsa kebakaran di Kampung Karamunting Baru mendapat perhatian Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang menjanjikan kediaman baru kepada mereka.

Beliau turut meninjau kawasan rumah yang terbakar dan menemui mangsa yang tinggal sementara di Masjid Al-Falah tidak jauh dari kampung itu serta menyampaikan bantuan barang keperluan termasuk pakaian sekolah kanak-kanak.

Kebakaran pada Selasa lepas memusnahkan sembilan rumah dan turut merosakkan tujuh lagi.

Musa melahirkan rasa sedih dengan kejadian itu yang berlaku ketika penduduk di situ hendak menyambut Aidilfitri. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Sempat tidur di sofa baru

Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT

Sempat tidur di sofa baru MATA AYER - Seorang warga emas hanya sempat berehat sekejap di atas sofa yang baru dibelinya sempena hari raya sebelum dia maut dalam satu kemalangan membabitkan motosikal yang ditunggangnya dengan sebuah lori pembancuh simen di Jalan Seri Mata Ayer, kelmarin.

Mangsa, Mahmud Salleh, 61, yang dalam perjalanan dari Pekan Mata Ayer ke Kangar itu maut di tempat kejadian selepas motosikal jenis Honda 70 yang ditunggangnya dilanggar dari belakang ketika mahu membelok ke kanan menghala rumahnya kira-kira jam 6 petang.

Anak mangsa, Mohd Zulhairi, 24, berkata, mereka sekeluarga yang sebelum ini menetap di Pahang baru dua bulan pulang ke kampung halaman bapanya di Mata Ayer selepas arwah sudah tidak lagi bekerja di ladang sawit di sana.

"Selepas pencen, ayah mengambil keputusan untuk pulang menetap di kampung halamannya di sini sejak dua bulan lalu.

"Di sini, arwah tidak bekerja dan dia baru mengeluarkan wang pencennya untuk membeli set sofa baru pagi tadi sebagai persiapan menyambut Aidilfitri yang akan tiba dalam beberapa hari saja lagi. Saya terkejut selepas dihubungi penduduk memberitahu ayah terbabit dalam kemalangan kerana selepas menyusun perabot di rumah, ayah sempat berehat dan tidur di atas sofa yang baru dibeli buat sementara waktu, " katanya ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

Mohd Zulhairi berkata, dia juga tidak tahu bila bapanya keluar dari rumah kerana arwah langsung tidak memaklumkan kepada ahli keluarganya.

Menurutnya, mereka sekeluarga begitu sedih dengan kejadian itu kerana kemalangan yang membabitkan bapanya begitu tragis dan berlaku pada Ramadan yang hanya beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Syawal.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Superintendan Rosli Yahya ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya menahan pemandu lori yang berumur 35 tahun itu untuk siasatan lanjut. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

» selanjutnya...

Laporan gereja dibentang hari ini

Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT

Laporan gereja dibentang hari ini SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan penganjur majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Komuniti Harapan akan membentangkan laporan terperinci berhubung pemeriksaan Jais kepada Gerak Kerja Pendengaran, di SUK hari ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, gerak kerja ditubuhkan Kerajaan Negeri itu dianggotai beliau bersama Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar.

Menurutnya, pertemuan secara berasingan itu akan bermula jam 2 petang di mana Jais dan Komuniti Harapan masing-masing akan diberikan satu jam untuk pembentangan laporan mengenai proses dan apa yang berlaku pada malam 3 Ogos lalu.

"Gerak kerja ini bermaksud pendengaran dan hasil pendengaran itu kita akan berbincang dan salah satu daripada tugas kita adalah memberikan laporan kepada Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah)," katanya.

Abdul Khalid berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung apa yang hendak diperjelaskan kedua-dua pihak memandang beliau belum mendengar laporan mereka.

"Kalau kita sudah dengar (penerangan), kita akan ada banyak pilihan dan boleh jadi kita panggil balik sekiranya ada beberapa soalan hendak dikemukakan.

"Sebab itu, saya tidak bercadang mengemukakan tarikh (menghadap Sultan Sharafuddin) tetapi sekurang-kurangnya selepas mendengar kedua-duanya saya boleh menentukan apa yang mesti kita tentukan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menafikan Sultan Sharafuddin murka terhadap beliau ketika mengulas titah baginda yang tidak pernah memperkenankan penubuhan Majlis Syura oleh Kerajaan Negeri.

Malah katanya, semalam beliau mengiringi baginda, berbuka puasa dan solat bersama (menunjukkan tidak timbul isu tersebut).

"Dalam pengurusan, kita ada cara dan teknik. Jadi kita betulkan balik sebab tujuan kita adalah mencari penyelesaian dan bukannya hendak menimbulkan beberapa lagi isu," katanya.

Sementara itu, beliau mewakili barisan Exco dan Kerajaan Negeri mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Ulangtahun Kemerdekaan ke-54 kepada seluruh rakyat Selangor.

"Kerajaan Negeri dan Menteri Besar akan mengadakan rumah terbuka pada raya pertama bertempat di Dataran SUK bermula 11 pagi hingga 3 petang. Saya menjemput seluruh rakyat Selangor untuk hadir di rumah terbuka ini," katanya.

Tersepit di tempat duduk

Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tersepit di tempat duduk KIJAL – Seorang ahli perniagaan berpangkat datuk yang terkenal di daerah Dungun maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 134 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Pasar Raya Besar Giant Kijal, di sini, pagi semalam.

Datuk Abu Bakar Kamar @ Kamal, 61, berasal dari Jalan Besar, Dungun meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala selain turut tersepit di tempat duduk pemandu apabila pacuan empat roda jenis Mitsubishi yang dipandunya bergesel dengan Proton Wira sebelum bertembung dengan kereta Porshe.

Kenderaan berpusing beberapa kali

Akibat pertembungan itu, pacuan empat roda yang dipandu mangsa berpusing beberapa kali begitu juga Porsche dinaiki tiga lelaki yang salah seorang daripadanya pengurus sebuah syarikat di daerah ini turut berpusing beberapa kali sebelum terperosok ke dalam semak di bahu jalan.

Bagaimanapun, ketiga-tiga pemandu dan penumpang kereta mewah itu tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kereta mereka remuk di bahagian hadapan sebelah kiri.

Jalan tidak rata punca nahas

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu berlaku apabila pacuan empat roda yang dinaiki mangsa memotong sebuah treler sebelum kembali ke laluan asal.

Namun, menurutnya, selepas memotong treler, pacuan empat roda itu secara tiba-tiba melambung disebabkan keadaan jalan yang tidak rata mengakibatkan kenderaan mangsa bergesel dengan sebuah Proton Wira yang dinaiki tiga lelaki dan seorang wanita yang datang dari arah bertentangan.

Akibat pergeseran itu kenderaan mangsa masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Porsche yang berada di belakang Proton Wira berkenaan.

"Mayat mangsa dikeluarkan pasukan bomba dan penyelamat balai Kerteh kerana mangsa turut tersepit di tempat duduk pemandu sebelum mayat dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat," katanya.

Suasana sayu menyelubungi pekarangan Unit Forensik, Hospital Kemaman.

Isteri mangsa, Datin Wan Esah Wan Mamat, 57, bersama empat anaknya, Lina Syamimi, 23, Kamal Fahmi, 21, Lina Mariam, 20, dan Mira Fatimah, 17, kelihatan sugul dan masih terkejut dengan kejadian yang meragut nyawa bapa mereka.

Wan Esah berkata, suaminya itu keluar rumah sejak pagi dan sempat memberitahu mahu ke Kemaman atas urusan perniagaan.

Namun, suri rumah itu tidak menyangka itulah kali terakhir berpeluang bercakap dengan suaminya yang sebelum ini tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.

Syukur terselamat

Sementara itu, penumpang Proton Wira yang duduk di kerusi belakang, Mohd Faridzuan Khamis, 16, dari Kuala Abang, Dungun berkata, walaupun kereta yang dinaiki bersama ibunya, Nor Lida Ba'i, 41, dan dua abang saudaranya turut kemik di bahagian hadapan selepas bergesel dengan pacuan empat roda mangsa tetapi mereka bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kami dalam perjalanan pulang ke Dungun selepas menghantar barang di Johor Bahru. Tak sangka pula akan terlibat dalam nahas, tetapi kami sangat bersyukur kerana terselamat," katanya.

Pelajar maut digilis kereta

Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pelajar maut digilis kereta KOTA BHARU- Seorang pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Amat Maher, di sini, maut apabila motosikal yang ditunggangnya dari arah Kota Bharu ke Cherang hilang kawalan dan digilis oleh kereta, petang semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, motosikal mangsa Zulfadli Md Nor, 16, dipercayai dirempuh sebuah kenderaan lain sebelum mangsa terjatuh dan digilis oleh sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda.

Saksi kejadian, Zainol Aman Mohamad, 34, berkata ketika kejadian dia sedang melayan pelanggan di kedai tayar yang hanya terletak 50 meter dari kawasan kejadian.

"Saya melihat sebuah kereta Proton Waja melanggar mangsa yang kemudiannya menyebabkan dia hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya.

"Lebih menyayat hati apabila pelajar terbabit dilanggar oleh sebuah lagi kenderaan setelah kenderaan terbabit gagal mengelak mangsa yang terbaring di atas jalan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, menurut bapa mangsa, Md Nor Suradi, 49, dia hanya menerima panggilan mengatakan anak sulung dari tiga beradik itu, terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 2.45 petang.

"Ketika kejadian, saya berada di tempat kerja di Telipot dan setelah menerima panggilan dari isteri saya, Fazillah Md Nor, 48, saya terus bergegas ke tempat kejadian.

"Saya amat terkejut melihat mayat anak saya berlumuran darah di atas jalan raya, namun saya kuatkan semangat demi isteri dan anak-anak saya yang lain," katanya.

Katanya, mangsa tidak menunjukkan sebarang perangai pelik dan sempat bersalam dengannya sebelum ke sekolah.

"Pagi tadi dia sempat bersahur tetapi tidak menjamah makanan hanya minum air sahaja.

"Jarak dari tempat kejadian ke rumah hanya kira-kira 500 meter, namun dia tidak sempat pulang dan dia telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan keluarga," katanya sebak.

Sementara Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi berkata, pelajar terbabit dikatakan hilang kawalan sebelum terjatuh dari motosikal dan masuk ke laluan bertentangan.

"Sebuah kenderaan jenis Honda CRV dikatakan gagal mengelak apabila pelajar terbabit jatuh ke laluan terbabit.

"Kenderaan itu melanggar mangsa dan menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Lebih 5 murid ditahan di hospital

Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT

Lebih 5 murid ditahan di hospital KUALA TAHAN - Dianggarkan lebih lima murid dari sebuah sekolah dekat sini, berdepan dengan penyakit kuning yang turut dipercayai berkaitan dengan sejenis wabak.

Ibu seorang pesakit, Norazimah Abdullah Sidek, 34, berkata, anaknya, Norafieqah Mohd Ali Saifudin, 12, dimasukkan ke Hospital Jerantut setelah mengalami demam dan kuning di bahagian mata.

Menurutnya, sebelum dimasukkan ke hospital Ahad lalu, Norafieqah yang juga anak sulung daripada empat beradik, mengalami demam panas selama empat hari.

"Selepas sembuh daripada demam, anak saya sihat seperti biasa dan tiada sebarang tanda penyakit, namun saya agak terkejut apabila mendapati mata Norafieqah menjadi kekuningan.

"Disebabkan saya sudah mengetahui lebih awal ada kes anak rakan sebelum ini dimasukkan ke hospital akibat kuning, saya terus merujuk anak saya ke Hospital Jerantut," katanya kepada Sinar Harian.

Norazimah berkata, tidak diketahui apakah penyakit yang menimpa Noratieqah kerana rakannya yang berdepan penyakit sama telah dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah) Temerloh.

"Saya difahamkan doktor, Noratieqah kini semakin pulih, namun masih perlu ditempatkan di wad untuk membolehkan dia menerima antibiotik selain doktor berusaha mengesan punca penyakitnya.

"Apa yang membimbangkan setelah dimaklumkan berkemungkinan penyakit kuning itu antara simptom awal yang turut berkait dengan wabak penyakit," katanya.

Seorang lagi bapa pesakit, Ridzuan Mazlan, 38, berkata, anaknya mengadu sakit kepala dan muntah, kemudian matanya berwarna kuning sebelum seluruh badannya menjadi kuning.

"Saya hairan mengapa perkara ini berlaku kerana ia turut dialami enam kanak-kanak pada hari yang sama minggu lalu.

"Semua mangsa dibawa ke Hospital Jerantut sebelum dipindahkan ke Hoshas Temerloh termasuk anak saya dan dimasukkan ke wad selama tiga hari sebelum dibenarkan pulang," katanya.

Sementara itu, Pengarah Hospital Jerantut, Dr Devaraj Salam ketika dihubungi berkata, penyakit kuning menimpa Noratieqah dan murid lain itu bukan disebabkan oleh wabak, namun ia lebih kepada hepatitis.

"Ini berkemungkinan disebabkan oleh penggunaan air yang tercemar atau kotor. Bagaimanapun, keadaan Noratieqah kini semakin beransur pulih dan baik, namun kita masih menunggu laporan keputusan darahnya," katanya.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Amaran angin kencang dan laut bergelora ekoran taufan "NANMADOL"

Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT

Amaran angin kencang dan laut bergelora ekoran taufan "NANMADOL"

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora berikutan Taufan "Nanmadol" dikesan berada kira-kira 499 kilometer ke Timur Laut Manila, Filipina petang tadi.

Taufan itu, yang dikesan berada pada Latitud 16.3 Utara dan 125.2 Timur pada pukul 2 petang ini, bergerak ke arah Barat dengan perlahan.

Menurut jabatan itu dalam kenyataannya, hari ini, taufan itu berada kira-kira 1,395 kilometer ke Timur Laut Sandakan dan 1,386 kilometer ke Timur Laut Kudat, Sabah.

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan bermula esok sehingga Selasa ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Dua warga Nigeria dan wanita tempatan dituduh tipu guru RM146,000

Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dua warga Nigeria dan wanita tempatan dituduh tipu guru RM146,000

MELAKA - Dua lelaki warga negara Nigeria dan seorang wanita rakyat tempatan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini kerana dituduh menipu seorang guru RM146,600 dengan menawarkan kertas hitam yang kononnya boleh ditukar menjadi dolar Amerika Syarikat dengan menggunakan sejenis cecair
kimia.

Obi Uzoma, 28, Nwabudike Emmanual Chukwuma, 28, dan Azlinda Hussain, 38, didakwa bersama-bersama dua lagi yang masih bebas melakukan kesalahan itu di Public Bank cawangan Masjid Tanah dan CIMB Bank cawangan Masjid Tanah dekat sini pada 29 Jun lepas.

Mereka dituduh menipu Mashitoh Hassan, 36, dengan menawarkan kertas hitam yang boleh ditukar kepada wang dolar Amerika Syarikat dengan cara menggunakan sejenis cecair kimia sehingga Mashitoh percaya dan mendorong beliau memasukkan wang berjumlah RM53,600 ke akaun CIMB Bank dan RM93,000 ke akaun Public Bank milik Azlinda bagi membeli cecair kimia itu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Dua warga negara Nigeria itu memasuki negara ini menggunakan pas pelajar sejak tiga tahun lalu manakala Azlinda dari Bandar Baru Bangi adalah kerani di sebuah kedai tayar.

Hakim Zaharah Hussain menetapkan 6 Okt ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Azlinda diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan dua orang penjamin serta melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap bulan.

Beliau tidak membenarkan dua warga Nigeria itu diikat jamin selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, bimbang mereka akan melarikan diri dari Malaysia.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Doakan Puteri Balqis selamat

Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT

Doakan Puteri Balqis selamat KULAIJAYA – Pesakit jantung berlubang, adik Puteri Balqis A Wahid yang kini berada dalam keadaan kritikal dijangka bakal menjalankan pembedahan dalam masa terdekat dan keluarganya berharap sokongan masyarakat agar mendoakannya selamat.

Ibunya, Norlina Jais, 35 berkata, Puteri Balqis yang kini berusia 11 bulan dikesan menghidap penyakit kronik itu sejak berusia 11 hari dan terdapat dua lubang pada jantungnya menyebabkan puteri sulungnya itu sering berada dalam keadaan kurang sihat.

Norlina berkata, tambah membimbangkan apabila sejak dilahirkan perkembangan berat badan anaknya itu agak perlahan iaitu 1.8 kilogram (kg) ketika lahir dan kini hanya mencecah sehingga empat kg sahaja.

"Kami sekeluarga bimbang mengenai keadaan Puteri tambahan pula dia satu-satunya anak perempuan kami daripada tiga abangnya yang lain.

"Paling menyedihkan apabila melihat dia menahan kesakitan sambil menggenggam kedua-dua tangannya.

"Sungguhpun begitu Puteri seorang anak yang baik dan tidak banyak meragam. Malah dia sudah boleh menyebut 'mama'," katanya kepada Sinar Harian di kediamannya di Bandar Putra, di sini.

Dalam tangisan teresak-esaknya, Norlina berharap agar pembedahan yang dijangka bakal dijalankan dalam masa terdekat di Institut Jantung Negara (IJN) akan membuahkan hasil dan menyelamatkan anaknya.

"Menurut doktor, anak saya hanya mempunyai tempoh dua bulan sahaja lagi untuk menjalani :pembedahan kerana lubang yang dikesan pada jantungnya semakin membesar.

"Dalam situasi kewangan keluarga yang tidak menentu saya bersyukur pihak IJN sedia menanggung kos pembedahan sebanyak RM38,000 daripada kos keseluruhan RM40,000.

"Manakala RM2,000 lagi sumbangkan oleh pihak Baitulmal di sini," katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Swee Lam-Cengal, Zainal Mohamad mewakili Umno Bahagian Kulai turut menziarahi keluarga Puteri Balqis sebelum mereka berangkat ke IJN dan menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000 daripada Umno Bahagian Kulai dan RM300 sumbangan peribadi Ketua Bahagian Umno Kulai, Datuk Adam Abdul Hamid.

Zainal yang turut disertai Ketua Umno Cawangan Jalan Seelong, Azman Abdul Wahab, Ketua Cawangan Umno Air Manis, Sahri Masari dan Ahli Majlis, Syed Abdul Rahim Syed Abd Rahman turut sempat membacakan doa demi keselamatan adik Puteri Balqis.

Artis lelaki boleh buat persembahan

Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT

Artis lelaki boleh buat persembahan KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan buat kali kedua selepas 2009, membenarkan program Jom Heboh anjuran Syarikat Media Prima di sini.

Bagaimanapun, seperti tahun 2009, hanya artis lelaki dibenarkan membuat persembahan pada 26 dan 29 Oktober depan.

"Artis wanita boleh hadir, tetapi nak nyanyi tak boleh," kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya, sama ada artis wanita akan dibenarkan membuat persembahan berasingan atau secara tertutup, boleh dibincang dengan penganjur.

Menurutnya, permohonan untuk menganjurkan Jom Heboh di Kelantan itu dibuat melalui Pengerusi Syarikat Media Prima, Datuk Johan Jaafar dan diluluskan dalam mesyuarat Exco semalam.

"Kita luluskan permohonan ini tertakluk kepada pematuhan segala undang-undang dan peraturan serta arahan ditetapkan Kerajaan Negeri mengikut akta kawalan hiburan dan peraturan yang ada," katanya.

Takiyuddin, yang juga Timbalan Setiausaha Agong Pas berkata, Kerajaan Negeri melantik tiga ahli Exco sebagai pengerusi jawatankuasa bersama untuk program itu.

Selain beliau, dua Exco terlibat, Pengerusi Jawatankuasa, Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri, Abdul Fatah Mahmood dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Dr Mohd Fadzli Hassan.

Tolak ketaksuban jatuhkan bangsa

Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tolak ketaksuban jatuhkan bangsa SHAH ALAM - Bangsa di negara ini perlu mengutamakan perpaduan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan ketaksuban hingga menjatuhkan hak-hak bangsa sewajarnya ditolak.

:Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, masyarakat Melayu Islam yang majoriti terlebih dahulu perlu bersatu atas dasar Islam dengan berpegang teguh kepada akidah yang benar.

Menurutnya, kumpulan ulama Umno kini, sedang memberi fokus terhadap penerapan dakwah ilmu yang mana dilihat adalah sebagai tarbiah yang perlu diberi keutamaan.

Mengulas pertanyaan salah seorang peserta mengenai tempoh masa diperlukan untuk mentarbiahkan ahli Umno, katanya, bagi melaksanakan perkara itu, beberapa perkara penting perlu diperhalusi.

"Dalam dakwah ada keutamaan perlu kita berikan. Pada hari ini kita ambil remeh dan memandang enteng terhadap isu syahadah, pengesaan kepada ALLAH dan persaksian bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh ALLAH.

"Hasil remeh isu itu, beri kesan kepada praktik amalan itu sendiri. Bila mereka bercakap soal politik, mereka bercakap dengan penuh kepentingan. Bertakwalah," katanya sambil memberitahu soal masa dan tempoh Umno berubah, semua pihak harus bersabar.

"Saya rasa kita hari ini asyik memikir kan soal sampai bila tetapi apa sumbangan kita? Kita asyik nak doakan keburukan, sepatutnya mendoakan kebaikan pemerintah untuk dirasai oleh semua rakyat," katanya.

Fathul Bari berkata, menerusi kumpulan ulama Umno kini, beberapa perancangan telah dibuat dan ada di antaranya sudah diluluskan.

Menyentuh peranan ulama dalam Umno, katanya, diketahui sekian lama Umno tidak pernah ada satu badan tertentu yang khusus untuk bawa ulama atau ketengahkan kumpulan ini dalam parti. Yang ada cuma biro agama yang bertugas untuk menggerakkan program keagamaan.

"Pada hari ini, manusia berubah gopoh untuk mencari populariti, glamor dan kerusi politik. Kita lihat satu generasi keadaan yang berbeza kini, maka untuk itu perlukan kesabaran," katanya.

Menurutnya, fenomena politik kini dilihat bergelut dengan kepentingan masing-masing sehingga ada beberapa fakta yang sepatutnya disampaikan tetapi berlaku sebaliknya.

"Oleh itu, adalah tanggungjawab penyiaran media untuk menyebarkan tanpa dipetik sebahagian dan sebahagiannya tidak," katanya.

Fathul Bari, ditemui selepas wacana, menjelaskan semula yang dimaksudkan beliau dengan dakwah ilmu tersebut meliputi program cintai ilmu, program ulama dan kelas ilmu yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

Katanya, kehadiran kumpulan ulama itu adalah untuk membantu Umno.

"Kita (ulama) berada di sini untuk membantu Umno bagi selesaikan permasalahan dan hendak saya jelaskan, bahawa kita dahulukan Islam dalam apa jua perkara untuk bantu Islam. Kita kembali ke dasar ilmu dan mulakan dakwah melaluinya," katanya sambil memberitahu orang beriman itu bersaudara.

"Pemerintah, ulama dan rakyat berperanan untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk menyatukan umat Islam atas akidah yang benar dan jangan berpecah belah," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Kes bunuh anak: Suspek ditahan reman

Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT

Kes bunuh anak: Suspek ditahan reman KLUANG - Suspek yang juga bapa kepada tiga kanak-kanak yang mati dipercayai lemas di dalam kolam takungan air dalam kejadian di Ladang Lambak/Elaeis, Jalan Mengkibol di sini, ditahan reman sehingga 29 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamed Fawzi Arshad berkata, suspek masih lagi dirawat di Hospital Kluang dan doktor masih belum mengeluarkan sebarang surat pengesahan tentang keadaan suspek.

"Sehingga kini (semalam), ketiga-tiga mangsa sudah selesai dibedah siasat dan laporan patologi dari Melaka telah dipanggil untuk membuat proses bedah siasat berkenaan," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan suspek berusia 29 tahun itu dikatakan membawa ketiga-tiga anaknya keluar dengan menunggang motosikal untuk ke kolam yang terletak kira-kira 500 meter dari kediamannya dengan alasan mahu pergi memancing.

Bagaimanapun, suspek dipercayai bertindak di luar jangkaan dengan menolak ketiga-tiga anak mangsa berusia lima, tiga dan dua tahun ke ke kolam berkenaan, sebelum pulang ke rumahnya.

Menurutnya, suspek diberkas polis di pekarangan rumahnya dalam keadaan terbaring sebelum dibawa ke hospital untuk dirawat dan kanak-kanak yang mati lemas terbabit ditemui dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Kluang.

Berikutan itu, suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Dipenggal pekerja sendiri

Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dipenggal pekerja sendiri BENTONG – Niat seorang doktor berehat di anjung rumah di kebunnya di Kampung Sertik dekat sini bertukar tragedi apabila dipercayai mati ditetak pekerjanya malam kelmarin.

Dr Harjit Singh, 61, sedang menikmati makan malam sambil berehat di anjung rumahnya sebelum ditetak dengan parang dari belakang kira-kira jam 8 malam.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner T Narenasegaran berkata, mangsa bertugas sebagai doktor kontrak di Penjara Bentong, sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, mangsa menjadikan rumah di kebun itu sebagai rumah persinggahannya selain tinggal di kediaman disediakan Penjara Bentong.

"Polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat dari orang awam.

"Setibanya di tempat kejadian, polis menemui mayat mangsa di atas kerusi di anjung rumahnya.

Narenasegaran berkata, hasil siasatan, polis berjaya mengesan suspek yang juga warganegara asing berumur 31 tahun bekerja sebagai penjaga kebun milik mangsa di tempat kejadian.

Menurutnya, polis juga berjaya menemui sebilah parang di sekitar tempat kejadian yang dipercayai digunakan suspek untuk menetak leher mangsa sehingga putus.

"Suspek dikatakan sudah hampir tiga tahun bekerja dengan mangsa dan bertanggungjawab menjaga kebun itu.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku dipercayai berpunca dari salah faham dan motif sebenar kejadian masih disiasat," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Ini kuluma Alap mali punya!

Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT

Selain lagu-lagu raya nyanyian P Ramlee, Saloma, dan Fazidah Joned, ada sekian banyak benda yang saya lihat – dan rasa – sekarang boleh membangkitkan nostalgia zaman kanak-kanak lebih setengah abad lalu.

Kecuali 'Dendang Perantau', dan 'Selamat Hari Raya' yang kekal asli seperti zaman saya sekolah dulu, benda-benda lain sudah jauh berubah. Sekarang ada beratus lagu raya dinyanyikan oleh sekian banyak penyanyi baru. Saya tetap suka yang lama.

Paling ketara yang berubah sekarang ialah kurma. Dulu-dulu orang kampung saya dapat lihat dan rasa kurma hanya ketika Ramadan. Sejak hari pertama puasa tauke Cina runcit di pekan mula menjerit: "Kuluma Alap mali punya!". Apa yang dimaksudkan ialah "kurma dari Arab."

Kurma itu dalam guni, bukan sebiji-sebiji tetapi seketul-seketul, melekat antara satu dengan lain, macam kacang tempe. Kalau hendak ambil sebiji kena cungkil dengan sudu. Kalau keras sangat, kena tokek dengan parang. Oleh sebab dapat sekali setahun, dan sedikit pula, saya makan bukan main sedap, macam hendak telan dengan biji-biji! Hari ini di pasar raya dan kedai runcit, kurma ada setiap hari, sepanjang tahun. Bukan dalam guni, sebaliknya dibungkus begitu indah dalam bekas plastik atau kotak. Ada beraneka jenis kurma, sebiji-sebiji besar sedikit dari ibu jari. Malah ada kurma yang dijual masih dengan ranting dan tangkai, segar betul.

Saya tidak pasti betul atau tidak 'kuluma' penyek di kedai Cina itu datang dari Arab sebab tidak ada tulisan di atas guni berkenaan. Tetapi kurma sekarang yang dibungkus begitu cantik dan kemas tidak semestinya dari negara Arab, sebab dinyatakan dengan jelas dari California. Mungkin ada yang datang dari rantau Israel.

Berbeza juga ialah pelita minyak tanah. Malam tujuh likur kampung saya bergemerlapan dengan pelita minyak tanah. Semua buat sendiri dari tin susu atau tin sardin dengan sumbu tali guni. Minyak tanah – dari kedai Cina juga! – diisi dalam tin, nyala apinya kekal hingga ke subuh.

Hari ini tidak ada pelita minyak tanah, semua guna neon warna-warni yang dipasang keliling rumah, atas bumbung, malah atas pokok. Tidak perlu susah-susah cari tin kosong atau sumbu, juga tidak perlu beli minyak tanah. Petik sahaja suis, semua lap-lip-lap-lip. Kalau ada yang membeli pelita minyak tanah betul di pasar raya pun belum tentu dapat dinyalakan, sebab bukan semua kedai menjual minyak tanah. Di KL membeli pil kuda atau kondom lebih mudah dari mendapatkan minyak tanah!.

Dulu-dulu mercun bukan benda haram, tetapi sukar untuk mendapatkannya. Kalau nasib baik kedai yang menjual kurma dan minyak tanah itu juga menjual mercun. Mercun sebesar jari kelengkeng itu warna merah menyala. Dentumannya kuat, kami main berhati-hati sekali, dan tidak ada kecederaan.

Hari ini mercun adalah barang larangan. Mereka yang mengedar, menjual, membeli dan membakar mercun dikira melanggar undang-undang yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda atau penjara atau keduanya sekali.

Pelik, walaupun haram bahan peletup itu dijual secara terbuka di merata tempat. Pasar tani, pasar borong, pasar malam, bazar Ramadan dan kedai runcit semua menjual mercun. Siapa sahaja boleh membeli mercun, termasuk kanak-kanak bawah umur. Walaupun haram, mercun meletup setiap waktu, di mana sahaja, termasuk di kawasan kediaman polis. Tidak kira pagi atau tengah malam dentumannya amat memekakkan dan selalu mengganggu ketenteraman awam. Tetapi tidak ada siapa pun ditangkap kerana mercun.

Oleh sebab mudah mendapat mercun, dan siapa sahaja boleh main, ternyata banyak mudarat daripada manfaat. Dulu-dulu jarang budak-budak cedera kerana mercun, sekarang setiap tahun ramai hilang jari sebab mercun. Setakat semalam tujuh kes hilang jari telah dilaporkan.

Satu lagi perbezaan ketara, dulu-dulu ibu-ibu tidak kerja dan menyiapkan juadah berbuka untuk suami dan anak-anak. Mereka mengagihkan juadah kepada jiran, maka terjalinlah keakraban. Sekarang kebanyakan ibu bekerja dan beli makanan di bazar Ramadan. Tunjuk sahaja apa kata selera, bungkus dan bayar. Tidak ada untuk jiran, masing-masing hidup sendiri.

Oleh sebab ada duit mereka beli apa sahaja makanan untuk berbuka, sehingga banyak tidak dimakan dan membazir. Malah ada yang mati sebab keracunan makanan di bazar Ramadan.

Dulu setiap hari anak-anak makan air tangan emak, sekarang mereka lebih kerap telan air tangan mamak. Apakah itu punca anak-anak sekarang semakin liar dan kurang ajar?.

Hadiah Syawal awal buat Rosmah

Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dunia belum mahu kiamat tetapi setidak-tidaknya di Malaysia, sebilangan rakyatnya lebih mempercayai berita palsu dari berita yang datang daripada mulut pemiliknya.

Begitulah sejak tersiar berita mengenai isteri Perdana Menteri memesan cincin bertatahkan berlian bernilai USD24 juta (RM74) dari New York, berita mengenainya lebih menarik dari krisis kewangan di Amerika Syarikat atau keganasan rejim Israel.

Bukan sekadar satu kebetulan, setiap kali Datin Seri Rosmah Mansor muncul di khalayak umum, ramai yang tidak terlepas pandang cuba memerhati jari manisnya.

Sesetengah yang diketahui rapat dengannya tanpa segan silu cuba juga bertanyakan punca berita itu. Pegawai-pegawai yang mengiringi Rosmah setiap kali wanita pertama itu turun padang turut terdengar bualan mengenai cincin berkenaan.

Sejak berita mengenai cincin itu menjadi buah mulut, Rosmah tidak terpukul dengan cerita itu kerana beliau seperti berpegang kepada kata-kata "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai."

Cerita mengenai Rosmah, sejak Datuk Seri Najib Razak dilantik menggantikan Pak Lah sebagai Perdana Menteri ke-6, berlegar macam cerita hikayat 1001 malam. Dari cerita ia mempengaruhi Najib dalam hal-hal politik hingga membawa kepada cerita projek kesayangannya Permata Negara menelan perbelanjaan ratusan juta ringgit dan seluruh perbelanjaan itu dibiayai oleh kerajaan.

Dan jika hal ini tidak cukup, kita tentu juga mendengar Rosmah mempunyai kuasa penentu dalam hal ehwal melantik jemaah menteri. Dalam kes Althantuya, Rosmah juga dipalitkan dengan tuduhan tidak senonoh seperti berada di tempat kematian model Mongolia itu. Namun bagi mereka yang menjaja cerita ini, ia tidak mati seperti keputusan mahkamah.

Isu Altantuya terus dijadikan bahan kempen oleh pihak pembangkang bagi memastikan Najib tersungkur di gelanggang politik lebih awal dari membenarkan Najib bertanding semula dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Sebagai First Lady Rosmah dilihat berjaya mempamerkan bakat dan kemampuan dalam menggerakkan projek Permata Negara sebagai model kepada asas pembinaan generasi muda hari ini. Sebagai ibu, Rosmah tentu memahami bahawa melentur buluh biar dari rebung. Berdasarkan kebijaksanaan tradisional ini jugalah maka Rosmah mahu anak-anak pintar diberi ruang dalam satu kerangka seperti diberi kemudahan dalam proses pendidikan awalan.

Program ini tidak menguntungkan anak-anak Rosmah ataupun cucu-cucunya, tetapi bagi generasi yang dibimbing, mereka merupakan insan terpilih dan daripada barisan anak-anak kecil ini, akan lahirlah pemimpin dan teknokrat negara yang lebih baik dan mampu menangani cabaran masa depan kelak.

Rosmah bukanlah wanita pertama macam wanita-wanita pertama sebelumnya. Masa memperlihatkan wanita pertama dulu sekadar "pengiring" kepada suami yang menjalankan tugas Perdana Menteri.

Sebenarnya sebagai isteri Perdana Menteri, Rosmah tidak perlu bertungkus-lumus untuk melakukan hal tersebut atau memerah minda untuk turut mengatakan sesuatu dalam sesuatu isu. Apatah lagi hal seperti ini hanya akan undang cemuhan awam, malah mungkin kalangan pemimpin Umno yang lain sendiri.

Tetapi Rosmah memilih untuk meredah, the road less travelled. Jika golongan dikatakan itu membuat cemuhan disebabkan cemburu atau lain-lain, maka itu sudah diduga akan berlaku. Apa yang penting buatnya ialah kedudukan yang ada itu bukan untuk bersenang-lenang, tetapi bagi membantu orang lain.

Publisiti luas diperolehnya menyebabkan banyak pihak tidak duduk senang. TV3 dan media pro kerajaan lain melihat Rosmah dari sudut "news value" dan kerana produk seperti itu boleh dijual, maka publisiti kepada Rosmah lebih besar berbanding sesetengah menteri Kabinet. Bukanlah menghairankan jika Rosmah dijadikan kambing hitam setiap kali terdapat usaha menjatuhkan Najib.

Namun kesabaran juga ada had. Begitu juga Rosmah. Pada 29 Julai lalu, Rosmah dipetik oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris menafikan memesan berlian itu. Penafian Rosmah tidak bermakna pihak media membiarkan berita itu mati begitu saja dan di Jakarta, akhbar berpengaruh, Kompas pada 4 Ogos, menyiarkan berita yang sama. Rosmah sekali lagi berdepan dengan tuduhan yang sukar ditepis kerana tuduhan itu dibuat oleh sebuah media Indonesia yang berpengaruh.

Untuk membawa pihak berkenaan ke muka pengadilan, ia bukan cara Najib dan juga bukanlah opsyen terbaik kerana kes berprofil tinggi lazimnya boleh menjejaskan karier politik seseorang. Justeru risikonya tidak berbaloi. Lagipun Najib dan Rosmah terlalu bijak untuk memakan umpan seperti itu.

Kata orang, kebenaran tetap akan terbukti juga. Ibarat hadiah menjelang 1 Syawal, akhbar Indonesia Kompas melalui edisi 20 Ogos lepas secara terbuka memohon maaf kepada Najib, Rosmah dan keluarga berhubung berita 4 Ogos itu. Ketua Editornya Rikard Bagun seperti tersiar di halaman 10 - PM Najib Razak: Demokrasi juga jadi di Malaysia, disiarkan permohonan maaf itu. Kemudian penulis rencana itu Jimmy S Harianto menemui Najib di Putrajaya, mewawancara Perdana Menteri dan menyampaikan permohonan maaf bos dan medianya secara rasmi.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved