Khamis, 25 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Amaran angin kencang dan laut bergelora ekoran taufan "NANMADOL"

Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT

Amaran angin kencang dan laut bergelora ekoran taufan "NANMADOL"

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora berikutan Taufan "Nanmadol" dikesan berada kira-kira 499 kilometer ke Timur Laut Manila, Filipina petang tadi.

Taufan itu, yang dikesan berada pada Latitud 16.3 Utara dan 125.2 Timur pada pukul 2 petang ini, bergerak ke arah Barat dengan perlahan.

Menurut jabatan itu dalam kenyataannya, hari ini, taufan itu berada kira-kira 1,395 kilometer ke Timur Laut Sandakan dan 1,386 kilometer ke Timur Laut Kudat, Sabah.

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan bermula esok sehingga Selasa ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Dua warga Nigeria dan wanita tempatan dituduh tipu guru RM146,000

Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dua warga Nigeria dan wanita tempatan dituduh tipu guru RM146,000

MELAKA - Dua lelaki warga negara Nigeria dan seorang wanita rakyat tempatan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini kerana dituduh menipu seorang guru RM146,600 dengan menawarkan kertas hitam yang kononnya boleh ditukar menjadi dolar Amerika Syarikat dengan menggunakan sejenis cecair
kimia.

Obi Uzoma, 28, Nwabudike Emmanual Chukwuma, 28, dan Azlinda Hussain, 38, didakwa bersama-bersama dua lagi yang masih bebas melakukan kesalahan itu di Public Bank cawangan Masjid Tanah dan CIMB Bank cawangan Masjid Tanah dekat sini pada 29 Jun lepas.

Mereka dituduh menipu Mashitoh Hassan, 36, dengan menawarkan kertas hitam yang boleh ditukar kepada wang dolar Amerika Syarikat dengan cara menggunakan sejenis cecair kimia sehingga Mashitoh percaya dan mendorong beliau memasukkan wang berjumlah RM53,600 ke akaun CIMB Bank dan RM93,000 ke akaun Public Bank milik Azlinda bagi membeli cecair kimia itu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Dua warga negara Nigeria itu memasuki negara ini menggunakan pas pelajar sejak tiga tahun lalu manakala Azlinda dari Bandar Baru Bangi adalah kerani di sebuah kedai tayar.

Hakim Zaharah Hussain menetapkan 6 Okt ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Azlinda diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan dua orang penjamin serta melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap bulan.

Beliau tidak membenarkan dua warga Nigeria itu diikat jamin selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, bimbang mereka akan melarikan diri dari Malaysia.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved