Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Kes bunuh anak: Suspek ditahan reman Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT Kes bunuh anak: Suspek ditahan reman
KLUANG - Suspek yang juga bapa kepada tiga kanak-kanak yang mati dipercayai lemas di dalam kolam takungan air dalam kejadian di Ladang Lambak/Elaeis, Jalan Mengkibol di sini, ditahan reman sehingga 29 Ogos ini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamed Fawzi Arshad berkata, suspek masih lagi dirawat di Hospital Kluang dan doktor masih belum mengeluarkan sebarang surat pengesahan tentang keadaan suspek. "Sehingga kini (semalam), ketiga-tiga mangsa sudah selesai dibedah siasat dan laporan patologi dari Melaka telah dipanggil untuk membuat proses bedah siasat berkenaan," katanya. Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan suspek berusia 29 tahun itu dikatakan membawa ketiga-tiga anaknya keluar dengan menunggang motosikal untuk ke kolam yang terletak kira-kira 500 meter dari kediamannya dengan alasan mahu pergi memancing. Bagaimanapun, suspek dipercayai bertindak di luar jangkaan dengan menolak ketiga-tiga anak mangsa berusia lima, tiga dan dua tahun ke ke kolam berkenaan, sebelum pulang ke rumahnya. Menurutnya, suspek diberkas polis di pekarangan rumahnya dalam keadaan terbaring sebelum dibawa ke hospital untuk dirawat dan kanak-kanak yang mati lemas terbabit ditemui dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Kluang. Berikutan itu, suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh. |
Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT Dipenggal pekerja sendiri
BENTONG – Niat seorang doktor berehat di anjung rumah di kebunnya di Kampung Sertik dekat sini bertukar tragedi apabila dipercayai mati ditetak pekerjanya malam kelmarin.
Dr Harjit Singh, 61, sedang menikmati makan malam sambil berehat di anjung rumahnya sebelum ditetak dengan parang dari belakang kira-kira jam 8 malam. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner T Narenasegaran berkata, mangsa bertugas sebagai doktor kontrak di Penjara Bentong, sejak tiga tahun lalu. Menurutnya, mangsa menjadikan rumah di kebun itu sebagai rumah persinggahannya selain tinggal di kediaman disediakan Penjara Bentong. "Polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat dari orang awam. "Setibanya di tempat kejadian, polis menemui mayat mangsa di atas kerusi di anjung rumahnya. Narenasegaran berkata, hasil siasatan, polis berjaya mengesan suspek yang juga warganegara asing berumur 31 tahun bekerja sebagai penjaga kebun milik mangsa di tempat kejadian. Menurutnya, polis juga berjaya menemui sebilah parang di sekitar tempat kejadian yang dipercayai digunakan suspek untuk menetak leher mangsa sehingga putus. "Suspek dikatakan sudah hampir tiga tahun bekerja dengan mangsa dan bertanggungjawab menjaga kebun itu. "Siasatan awal mendapati kejadian berlaku dipercayai berpunca dari salah faham dan motif sebenar kejadian masih disiasat," katanya. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan