SH |
Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT Doakan Puteri Balqis selamat
KULAIJAYA – Pesakit jantung berlubang, adik Puteri Balqis A Wahid yang kini berada dalam keadaan kritikal dijangka bakal menjalankan pembedahan dalam masa terdekat dan keluarganya berharap sokongan masyarakat agar mendoakannya selamat.
Ibunya, Norlina Jais, 35 berkata, Puteri Balqis yang kini berusia 11 bulan dikesan menghidap penyakit kronik itu sejak berusia 11 hari dan terdapat dua lubang pada jantungnya menyebabkan puteri sulungnya itu sering berada dalam keadaan kurang sihat. Norlina berkata, tambah membimbangkan apabila sejak dilahirkan perkembangan berat badan anaknya itu agak perlahan iaitu 1.8 kilogram (kg) ketika lahir dan kini hanya mencecah sehingga empat kg sahaja. "Kami sekeluarga bimbang mengenai keadaan Puteri tambahan pula dia satu-satunya anak perempuan kami daripada tiga abangnya yang lain. "Paling menyedihkan apabila melihat dia menahan kesakitan sambil menggenggam kedua-dua tangannya. "Sungguhpun begitu Puteri seorang anak yang baik dan tidak banyak meragam. Malah dia sudah boleh menyebut 'mama'," katanya kepada Sinar Harian di kediamannya di Bandar Putra, di sini. Dalam tangisan teresak-esaknya, Norlina berharap agar pembedahan yang dijangka bakal dijalankan dalam masa terdekat di Institut Jantung Negara (IJN) akan membuahkan hasil dan menyelamatkan anaknya. "Menurut doktor, anak saya hanya mempunyai tempoh dua bulan sahaja lagi untuk menjalani :pembedahan kerana lubang yang dikesan pada jantungnya semakin membesar. "Dalam situasi kewangan keluarga yang tidak menentu saya bersyukur pihak IJN sedia menanggung kos pembedahan sebanyak RM38,000 daripada kos keseluruhan RM40,000. "Manakala RM2,000 lagi sumbangkan oleh pihak Baitulmal di sini," katanya. Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Swee Lam-Cengal, Zainal Mohamad mewakili Umno Bahagian Kulai turut menziarahi keluarga Puteri Balqis sebelum mereka berangkat ke IJN dan menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000 daripada Umno Bahagian Kulai dan RM300 sumbangan peribadi Ketua Bahagian Umno Kulai, Datuk Adam Abdul Hamid. Zainal yang turut disertai Ketua Umno Cawangan Jalan Seelong, Azman Abdul Wahab, Ketua Cawangan Umno Air Manis, Sahri Masari dan Ahli Majlis, Syed Abdul Rahim Syed Abd Rahman turut sempat membacakan doa demi keselamatan adik Puteri Balqis. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan