Isnin, 22 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Trak kepung Parlimen Australia

Posted: 21 Aug 2011 05:00 PM PDT

Trak kepung Parlimen Australia

CANBERRA - Ratusan trak mengelilingi bangunan Parlimen Australia, semalam dalam protes terhadap rancangan kerajaan mengenakan cukai karbon kepada rakyat.

Protes Konvoi Tidak Percaya anjuran sekumpulan pemandu trak itu diadakan bagi menyuarakan ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Julia Gillard.

"Semua orang hampir hilang sabar kerana negara ini dalam keadaan huru-hara," menurut pemilik syarikat pengangkutan, Peter Whytcross.

Ramai penduduk Australia dilaporkan berhadapan kesukaran hidup akibat inflasi meningkat di negara itu, di sebalik kekayaan negara yang menjadi antara pengeluar hasil lombong terbesar dunia.

Kerajaan Gillard sebelum ini mengumumkan akan mengenakan cukai karbon, iaitu bayaran ke atas pembakaran minyak yang menghasilkan karbon dioksida dalam usaha mengurangkan pencemaran.

Keganasan Israel berterusan

Posted: 21 Aug 2011 05:00 PM PDT

Keganasan Israel berterusan GAZA - Tentera rejim Israel terus melancarkan serangan udara ke atas Genting Gaza buat hari ketiga, semalam walaupun selepas pejuang Palestin bersetuju mengadakan gencatan senjata dan berhenti melancarkan roket ke arah Israel.

Menurut wakil kumpulan pejuang Hamas di Gaza, persetujuan itu dicapai dengan syarat Israel menghentikan serangan bertubi-tubi yang dilancarkan ke atas Gaza sejak tiga hari lalu.

Jurucakap kerajaan Israel, Mark Regev enggan memberi sebarang kenyataan mengenai perjanjian itu.

Liga Arab kelmarin mengecam serangan ganas dan berterusan Israel ke atas Gaza yang menyebabkan 15 penduduk Palestin terbunuh termasuk kanak-kanak berumur lima tahun dalam tempoh lima hari.

Israel mengisytiharkan perang ke atas Hamas bukan sahaja di Genting Gaza tetapi juga di Tebing Barat selepas mendakwa anggota kumpulan pejuang itu membunuh lapan rakyatnya, Khamis lalu.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Sorok mercun dalam enjin

Posted: 21 Aug 2011 05:00 PM PDT

Sorok mercun dalam enjin BUKIT KAYU HITAM - Cubaan menyorok mercun dan bunga api di bahagian enjin kereta dijadikan taktik seorang lelaki warga tempatan untuk menyeludup masuk barang larangan terbabit dari negara jiran ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand di sini, semalam.

Bagaimanapun, usaha lelaki 39 tahun itu gagal selepas kenderaan jenis Proton Waja yang dipandunya ditahan anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) di Kilometer 1.3 Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 6.15 pagi, semalam.

Komander UPP Kedah, Mohd Jasri Othman berkata, selepas pemeriksaan lanjut dijalankan, pihaknya mendapati terdapat muatan mercun dan bunga api yang diletakkan di bonet belakang, selain disorokkan di bahagian enjin kereta terbabit.

Menurutnya, melalui operasi khas yang dijalankan sempena musim perayaan ini, selain kes terbabit terdapat empat lagi tangkapan lain iaitu melibatkan penyeludupan mercun dan bunga api yang dikesan dalam operasi sama sepanjang dua hari berturut-turut.

Turut ditahan pagi semalam ialah seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun yang membawa kenderaan Toyota Wish dengan muatan mercun dan bunga api di bonet belakang kenderaan terbabit.

Dalam operasi sama kelmarin, kira-kira jam 9.30 malam, sebuah kenderaan Proton Wira yang dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun, dua pikap Thailand masing-masing dipandu lelaki dan wanita warga Thailand berusia 46 dan 31 ditahan di lokasi sama, kerana membawa barang larangan terbabit.

"Semua rampasan barangan terbabit bernilai RM676 dengan cukai sebanyak RM235.25.

"Kelima-lima suspek kini ditahan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 135(1e) Akta Kastam 1967 kerana membawa barang larangan import. Jika sabit kesalahan boleh dihukum tidak kurang sepuluh kali ganda atau tidak lebih 20 kali ganda nilai barangan terbabit atau tiga tahun penjara arau kedua-duanya sekali," katanya.

Mohd Jasri berkata, pihaknya bimbang modus operandi penyeludup yang menyembunyikan mercun dan bunga api di bahagian enjin itu memberikan implikasi kepada orang lain sekiranya kenderaan terbabit meletup dan terbakar.

Dalam perkembangan lain, terdapat sebuah kenderaan pikap Thailand jenis Isuzu Dmax dipercayai membawa mercun dan bunga api seludup ke negara ini terbakar di Kilometer 7.7 Lebuh Raya Bukit Kayu Hitam, kelmarin.

Ketua Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zamri Chik berkata, siasatan awal mendapati terdapat satu letupan bunga api yang disorokkan pada bahagian enjin pikap berkenaan sebelum berlakunya kebakaran pada enjin kenderaan terbabit.

Menurutnya, kebakaran kemudiannya merebak ke bahagian tempat duduk hadapan, sebelum api berjaya dikawal kira-kira empat minit selepas anggota tiba di tempat kejadian.

"Kita menerima panggilan kira-kira jam 12.14 tengah hari dan berjaya mengawal kebakaran dengan kekuatan tujuh anggota," katanya.

» selanjutnya...

Sedekah tanda murah hati

Posted: 21 Aug 2011 05:00 PM PDT

Sedekah tanda murah hati IPOH – Amalan bersedekah dan menderma menggambarkan sifat insani, kemurahan hati dan keluhuran budi seseorang manusia, titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Titah baginda, di Malaysia badan-badan amal dan kebajikan adalah platform terbaik dalam menyatukan usaha rakyat yang ingin mencari dan melaksanakan kebaikan.

"Melaluinya (badan-badan amal dan kebajikan), rakyat dari pelbagai agama, kumpulan etnik, strata sosial dan status ekonomi dapat menggabungkan sumber, tenaga, fikiran dan usaha secara produktif lagi konstruktif dalam melakukan kerja-kerja murni," titahnya.

Selain itu, baginda bertitah kesejahteraan tidak mungkin berlaku jika dalam kalangan yang kaya memilih untuk mengasingkan diri daripada golongan miskin.

"Oleh itu, semangat untuk melakukan amal, kebajikan, bersedekah dan menderma hendaklah sentiasa tersemai dalam kalangan rakyat yang berkemampuan.

"Justeru, mereka yang dikurniakan nikmat yang lebih perlu menumpukan perhatian dan memberi pembelaan kepada fakir dan miskin," titahnya.

Dalam perkembangan sama, baginda turut mengingatkan bahawa manusia hanya pemegang amanah untuk menguruskan kekayaan yang dikurniakan Tuhan.

Titahnya, rasa syukur terhadap kekayaan yang diberikan hendaklah dicerminkan dengan mengamalkan sifat perikemanusiaan yang tinggi.

"Sikap prihatin dan belas kasihan sesama manusia perlu dilaksanakan terutama ke atas mereka yang wajib dihulurkan pertolongan," titahnya.

Baginda bertitah pada Majlis Penyampaian Kurniaan Yayasan Sultan Azlan Shah yang diadakan di Dewan Azlan Shah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), semalam.

Pada majlis itu Raja Dr Nazrin memberi perkenan menganugerahkan kurniaan yayasan berkenaan kepada 65 pertubuhan sukarela serta badan amal dan kebajikan dari pelbagai agama dan kumpulan etnik.

Antara penerimanya termasuklah Pertubuhan Kebajikan Pengkalan Hulu, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim/Miskin Dahikmah Gopeng, Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Nur Hidayah, Bukit Gantang.

Berpantang maut, pemandu treler tersepit selamat

Posted: 21 Aug 2011 05:00 PM PDT

Berpantang maut, pemandu treler tersepit selamat IJOK - Berpantang maut sebelum ajal, gambaran yang dapat diberikan kepada seorang pemandu treler, di sini meskipun kenderaannya terjunam ke dalam parit dalam satu kemalangan membabitkan dua lori di Kilometer 22 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, pemandu lori, Abd Rahim Ishak, 26, yang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Pulau Pinang hanya mengalami patah kaki kiri selepas gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh belakang lori lain yang ketika itu sedang berhenti untuk membelok ke kiri laluan.

Pemangku Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Kuala Selangor, Cif Inspektor Roslan Ismail berkata, mangsa yang tersepit di bahagian pemandu berjaya dikeluarkan anggota bomba.

"Hasil siasatan mendapati, mangsa berkemungkinan memandu dalam keadaan mengantuk, menyebabkannya tidak dapat mengawal kenderaan apabila lori di hadapan berhenti untuk membelok.

"Insiden itu menyebabkan aliran trafik menghala ke Kuala Selangor dan Kuala Lumpur sesak apabila orang ramai mula mengerumuni lokasi kejadian," katanya.

Abd Rahim, yang membawa muatan paip pembetung kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, pemandu lori yang membawa muatan batu bata dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Roslan berkata, pemandu terutamanya kenderaan berat perlu lebih berwaspada ketika memandu terutama sempena musim perayaan ini.

"Jika letih atau mengantuk, mereka perlu berehat sebelum meneruskan perjalanan, saya harap mereka memahami jarak pemanduan dan had kelajuan kenderaan masing-masing bagi mengelak kejadian sama berulang," katanya.

Tersepit setengah jam

Posted: 21 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tersepit setengah jam KAMPUNG BUKIT KOLAM - Seorang pemandu lori mengalami detik mencemaskan dan menanggung kesakitan hampir setengah jam akibat tersepit di tempat duduk setelah kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 3.40 petang itu, mangsa dikenal sebagai Wan Zamri Sulung, 30-an berasal dari Tepoh mengalami cedera parah di bahagian kaki kiri dan dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu menaiki ambulans sebaik sahaja dia berjaya dikeluarkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang.

Difahamkan, ken-deraan dinaiki mangsa bersama kelindan Che Wan Mohd Faezzuddin Che Wan Dollah, 20-an, dari arah Bukit Besi menuju ke Ajil dan sebaik tiba di lokasi, lori dipandunya secara tiba-tiba merempuh sebuah lori tiga tan dinaiki Alias Abd Talib serta anaknya, Mohd Afiq Alias, 15, dari Kampung Durian Kasim yang ketika itu ingin membelok ke kanan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, PBK II Mohd Pitter Tengah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.45 petang daripada orang ramai dan terus ke lokasi kejadian bersama lapan anggota termasuk sebuah jentera.

"Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu setelah kenderaan dipandunya remuk di bahagian hadapan akibat rempuhan. Malah, pihak bomba dan penyelamat menggunakan alat pemotong hidraulik dengan mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum berjaya mengeluarkan mangsa.

"Akibat kemalangan berkenaan, mangsa mengalami kecederaan terutamanya di bahagian kaki kiri, manakala tiga individu lain tidak cedera," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian, di sini, kelmarin.

Menurutnya, dalam perkembangan berkaitan pihaknya turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan menumpukan sepenuh perhatian sewaktu memandu bagi mengelakkan sebarang kemungkinan tidak diingini, apatah lagi bilangan kenderaan pasti bertambah pada musim perayaan ini.

Sementara itu, Sinar Harian dalam keluaran 16 Ogos lalu menyiarkan laporan berkaitan kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 52 jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi, di hadapan Stesen Penyelidikan Mardi Jerangau, di Kampung Landas dalam kejadian kira-kira 1.45 petang pada 15 Ogos dan Kampung Bukit Kolam ini terletak di laluan yang sama dengan Kampung Landas.

Pegawai Angkasa maut

Posted: 21 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pegawai Angkasa maut FELDA PADANG PIOL – Seorang pemuda yang juga pegawai Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di Kelana Jaya, Nazrudin Mat Daud, 26, disahkan meninggal dunia di Hospital Jerantut pada jam 1.30 tengah hari kelmarin selepas mengalami muntah selama tiga hari.

Allahyarham Nazrudin yang berasal dari Felda Padang Piol Jerantut, dipercayai meninggal dunia akibat mengalami keracunan makanan.

Kematian Allahyarham sekali gus membatalkan majlis perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada Disember ini.

Abang mangsa, Mazdi, 30-an, berkata, adiknya menghubunginya pada pagi Isnin lalu dan memberitahu tidak dapat datang kerja kerana mengalami muntah teruk selepas menikmati juadah berbuka berupa martabak dan nasi lemak yang dibelinya di bazar Ramadan berhampiran rumahnya di Damansara.

Menurutnya, dia bekerja satu pejabat dengan arwah, justeru membolehkan dia membantu arwah dengan mengambilnya di rumah seterusnya menghantarnya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan.

"Setelah menjalani pemeriksaan, doktor memberitahu arwah tiada sebarang masalah kecuali kandungan asid dalam badannya agak banyak dan disyaki keracunan makanan," katanya ketika di rumahnya di Felda Padang Piol.

Mazdi berkata, perkara itu kemudiannya dimaklumkan kepada keluarga di kampung dan bapanya, Mat Daud Awang, 53, menyuruhnya membawa Nazrudin pulang.

Menurutnya, dua adiknya iaitu Mazlan, 30, dan Hafizi, 23, membawa Nazrudin pulang ke kampung, namun ketika itu dia dalam keadaan lemah serta mengalami muntah.

"Keadaan Nazrudin makin lemah dan muntah tidak berhenti menyebabkan keluarga menghubungi ambulans untuk membawanya ke Hospital Jerantut bagi menerima rawatan," katanya.

Beliau berkata, ketika keadaan Nazrudin semakin tenat, arwah sempat meminta maaf dengan ahli keluarga sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Sementara itu, tunang mangsa, Noorasiqen Mohd Noor, 26, berkata, dia terkejut apabila keluarga Nazrudin memberitahu arwah meninggal dunia dan terus bergegas ke Hospital Jerantut.

Menurutnya, mereka bertunang pada Jun lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada Disember ini, malah segala barangan hantaran sudah dibeli.

"Kami sudah membeli semua barang, arwah turut membeli pakaian hari raya untuk ibu bapanya semasa kami pergi membeli-belah pada minggu pertama Ramadan.

"Saya sama sekali tidak menyangka perkara ini akan berlaku kerana arwah seorang periang selain tiada masalah kesihatan, tetapi kini dia pergi buat selama-lamanya sebelum sempat majlis perkahwinan kami berlangsung," katanya.

Jenazah Nazrudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Padang Piol selepas solat Asar petang Khamis lalu.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Majlis Syura untuk cari penyelesaian isu pemeriksaan JAIS di Gereja

Kerajaan Selangor akan menubuhkan Majlis Syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu.

Majlis Penasihat Syura ini akan dianggotai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Mufti Negeri Selangor, Dato' Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan Timbalannya, Dato' Abd Majid Omar.

"Idea penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh DYMM Sultan Selangor ketika kami mengadakan perbincangan pada minggu lalu. Saya menghargai nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan," kata Menteri Besar.

"Saya juga telah berjumpa dengan Mufti Negeri Selangor dan kami telah merumuskan formula untuk dirujuk oleh Majlis Syura," kata beliau lagi.

Majlis ini akan mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor untuk dibangunkan garis panduan demi memastikan sikap hormati menghormati dan harmoni pelbagi kaum dan agama terus terpelihara.

Menteri Besar juga berkata majlis ini akan mendapatkan maklumat daripada JAIS dan penganjur majlis makan malam itu, Harapan Komuniti. Sekiranya perlu, Majlis Syura juga akan memanggil DUMC dan 12 orang Islam yang menghadiri majlis makan malam di gereja berkenaan ketika pemeriksaan itu dilakukan.

Majlis ini juga akan mendengar dan meneliti sedalam-dalamnya laporan penuh oleh JAIS termasuk memeriksa maklumat, bukti dan pita rakaman mengenai pemeriksaan itu.

"Keutamaan Kerajaan Selangor ialah memastikan setiap aspek pentadbiran mematuhi prinsip keadilan, telus, amalan pentadbiran yang baik dan berintegriti," kata Menteri Besar.

Kerajaan Selangor mengulangi kesediaan untuk berbincang dan berdialog untuk menjaga keharmonian dan keamanan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Dipetik daripada laman Selangorku

12 khemah bazar Ramadan Seri Iskandar musnah dilanda ribut

Posted: 21 Aug 2011 05:00 PM PDT

12 khemah bazar Ramadan Seri Iskandar musnah dilanda ribut

PARIT - Sebanyak 12 khemah yang menempatkan peniaga Pasar Ramadan berhampiran Pejabat Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar dekat sini musnah dalam kejadian ribut petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang ketika bazar tersebut sesak dengan orang ramai yang sedang membeli juadah berbuka puasa di situ.

Peorang peniaga, A. Halim Ngah Ismail, 36, berkata, ketika kejadian, dia bersama beberapa pekerja sedang melayan pelanggan yang datang ke gerai untuk membeli minuman.

Katanya angin kencang melanda mengakibatkan khemah peniaga diterbangkan hampir 10 meter dan keadaan ketika itu sangat cemas menyebabkan peniaga dan pengunjung bertempiaran menyelamatkan diri.

"Bagaimanapun, syukur kepada Allah kerana kejadian tersebut tidak menyebabkan sebarang kecederaan serius atau kehilangan nyawa di kalangan peniaga atau pelanggan," katanya.

Sementara itu, Anggota Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria berkata, pihak Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) akan mengambil tindakan segera membantu peniaga yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Jika semuanya berjalan lancar, semua peniaga akan dapat berniaga seperti biasa di situ esok bagi membolehkan mereka mencari rezeki ketika membuat persiapan menyambut kedatangan Hari Raya minggu depan, katanya.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Jangan mudah terpedaya enam taktik penipuan

Posted: 21 Aug 2011 05:00 PM PDT

Jangan mudah terpedaya enam taktik penipuan

KOTA BHARU – Orang ramai dinasihati supaya tidak mudah terpedaya dengan enam taktik penipuan yang banyak dikesan kerana sebanyak 203 menjadi mangsa yang membabitkan kerugian RM947,291 direkodkan sepanjang Januari hingga 18 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, jumlah kes penipuan itu seumpama itu membimbangkan kerana ramai masyarakat yang tidak menyedari menjadi mangsa.

"Bagi kes penipuan membabitkan pembelian barangan di laman web mudah.my atau Facebook, kami mengesan 38 kes membabitkan jumlah kerugian RM42,989 manakala 65 kes direkodkan bagi penipuan jumlah wang dalam perbankan Internet berkurangan dengan kerugian RM166,745.

"Jenis penipuan seterusnya apabila mangsa menerima khidmat pesanan ringkas memenangi peraduan Power Root, Petronas dan Shell iaitu 65 kes dengan kerugian RM209,049. Padahal ia memang tidak wujud," katanya pada siding media, di sini, semalam.

Menurutnya, sebanyak 14 kes penipuan laman web perbankan palsu pula merekodkan kerugian RM37,970 yang mana mangsa menyedari wang dalam akaun milik mereka hilang selepas mengaktifkan perbankan itu di mesin pengeluaran automatik (ATM).

Katanya, seterusnya kes paling banyak kerugian dikesan adalah mangsa yang ditipu sindiket yang mengirim bungkusan hadiah mahal dari luar negara iaitu 14 kes dengan kerugian RM260,950.

Mazlan berkata, jenis penipuan terakhir yang banyak mempengaruhi masyarakat kelantan adalah sindiket yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara dan pegawai polis.

"Sindiket penyamaran ini dipercayai dilakukan rakyat Taiwan yang menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong dan tempatan.

"Oleh itu masyarakat negeri ini dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan individu tidak dikenali ketika berkenalan melalui Internet kerana banyak kes penipuan dikesan yang menjadikan masyarakat Kelantan sebagai mangsa," katanya.

Konvoi terakhir

Posted: 21 Aug 2011 05:00 PM PDT

Konvoi terakhir KULAIJAYA – "Saya tidak sangka tahlil yang sama-sama kami baca di rumah penerima sumbangan tengah hari tadi (semalam) merupakan bacaan terakhir dari arwah," kata peserta konvoi, Mohd Ali Ahmad, 37.

Malang tidak berbau apabila salah seorang peserta konvoi Kelab Johor Bikers maut setelah terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang selepas mengagihkan sumbangan kepada mangsa sula, di Bandar Tenggara, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah hari semalam apabila motosikal berkuasa tinggi ditunggang mangsa, Mohd Nizam Rohani, 35, bertembung dengan Proton Wira di Jalan Sengkang-Felda Inas arah Kulaijaya, kira-kira 1 kilometer dari laluan kereta api Sengkang.

Mohd Ali berkata, ketika kejadian, pasukan konvoi Kelab Johor Bikers yang disertai sepuluh penunggang sedang dalam perjalanan ke Rumah Anak-anak Yatim Bukit Cagar untuk mengagih sumbangan seterusnya selepas selesai menziarahi mangsa sula, Mohd Shah Abdul Razak, 23.

"Saya amat terkejut dengan kejadian yang berlaku sehingga meragut nyawa arwah... yang paling sedih adalah apabila arwah sempat menyertai kami membacakan doa tahlil untuk bapa Mohd Shah yang telah meninggal dunia.

"Sepanjang aktiviti kami berkonvoi ini arwah langsung tidak menunjukkan tanda-tanda atau kelakuan pelik," katanya.

Mohd Ali berkata, ketika kejadian beliau berada di kedudukan belakang dan ternampak mangsa membuat brek kecemasan menyebabkannya terlanggar seorang peserta konvoi sebelum mangsa dilanggar sebuah kereta dari arah bertentangan.

"Mangsa terjatuh dari motosikal dan termasuk ke bawah kereta berkenaan manakala seorang lagi peserta konvoi terjatuh ke arah bahu jalan.

"Peserta konvoi yang terjatuh mengalami kecederaan di bahagian bahu dan kini menerima rawatan di hospital pakar swasta," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa memotong sebuah lori lalu bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.

"Mangsa yang meninggal dunia berasal dari Taman Cahaya, Pontian manakala pemandu kenderaan yang bertembung dengan mangsa tidak mengalami kecederaan," katanya.

Hak bebas beragama dipermain

Posted: 21 Aug 2011 05:00 PM PDT

Hak bebas beragama dipermain BANGI - Kebelakangan ini kes-kes murtad dalam kalangan orang Melayu Islam dan golongan saudara baru semakin menjadi-jadi. Fenomena ini tidak harus dibiarkan berterusan kerana ia adalah isu penting agama Islam.

Pengerusi Penaja Pertubuhan Dakwah dan Kebajikan Sosial Islam Malaysia (Perdim), Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz berkata, menukar agama dilarang keras oleh Islam.

"Perkara itu tidak boleh dipandang remeh, jika tidak ditangani segera ia akan menjadi suatu gejala menggugat agama Islam sebagai agama persekutuan di samping melemahkan kekuatan kaum Melayu.

"Di Malaysia isu murtad dan menukar agama (meninggalkan Islam) adalah isu sensitif yang boleh mencetuskan rusuhan serta perlu ditangani secara tegas tetapi penuh hemah keran dikhuatiri ada sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan sebagai strategi mempengaruhi orang Islam untuk menukar agama," katanya.

Menurutya, pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri serta pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) perlu bertegas dan bersungguh-sungguh menangani gejala murtad.

"Isu ini serius jangan dipandang sepi, jika tiada maklumat berhubung isu murtad dilaporkan pihak berwajib tidak menjalankan siasatan dan akan bertindak hanya pada maklumat. Sekiranya perkara ini semakin parah apa yang mampu dilakukan lagi.

"Selain melihat perundangan sebagai pengawalan, perhatian utama perlu diberikan kepada usaha dakwah secara besar-besaran bagi mengukuhkan kesedaran dan kefahaman agama dalam kalangan umat Islam sendiri," katanya.

Mohd Farhan berkata, tumpuan utama harus diberikan kepada generasi muda terutama remaja yang mudah terpesong dan terikut-ikut sesuatu ajaran sehingga memesongkan akidah kerana kebanyakan daripada mereka hanya mewarisi Islam daripada ibu bapa dan penghayatan Islam tidak masuk dalam jiwa.

:

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Siapa yang untung lebih?

Posted: 21 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pada 10 Ogos 2011 saya tersentak membaca berita 41 pelajar mendapat biasiswa Sun-MAPCU (The Malaysian Association of Private Colleges & Universities) bernilai RM4.5 juta. Saya berasa pelik, kenapa tidak ada seorang pun penerimanya kalangan orang Melayu (Islam)? Adakah tidak ada permohonan? Atau tidak ada yang layak? Malangnya, tidak ada pertubuhan Melayu atau orang Melayu yang bersuara atau mendesak atau bertanyakan kenapa tidak ada pelajar Melayu mendapat biasiswa tersebut? Bayangkan jika semua pelajar Melayu mendapat biasiswa itu, apakah reaksi bukan Melayu? Sudah dapat dijangkakan. Heboh satu dunia.

Inilah sifat Melayu yang saya puji, jarang sekali kiasu, apatah lagi menjadi ultra. Kiasu ini ada baik dan buruk. Jika langsung tidak ada kiasu, bagaimana kita mahu bersaing dengan orang lain. Buruknya pula, jika kiasu sampai kepada peringkat ekstrem, ia akan menimbulkan pelbagai masalah seperti berlaku hari ini. Pendek kata, kiasu perlu ada dalam diri kita, tetapi perlu digunakan pada tempatnya. Jika terus menerus kiasu sehingga menjadi ultra, kontroversi dan masalah tidak akan selesai.

Misalnya, kontroversi biasiswa JPA terus berlaku saban tahun. Apabila senarai penerima biasiswa dikeluarkan, suara ultra kiasulah yang paling lantang. Mereka akan menyediakan senarai panjang calon-calon mereka yang dikatakan layak tetapi tidak tersenarai. Mereka tidak sedar, masih ramai pelajar Melayu yang layak juga tidak tersenarai.

Tidak cukup dengan itu, biasiswa yayasan-yayasan negeri yang ditawarkan turut menjadi rebutan, terutama Yayasan Selangor. Ultra kiasu semakin mendesak supaya mereka juga diberikan peluang sama. Saya tidak nafikan hak setiap warganegara, tetapi biarlah berpada-pada, berpandukan kepada 'formula' dan garis panduan yang ada.

Tidak lama lagi, jika kerajaan mengiktiraf UEC (Unified Examination Certificate), yakni sijil yang dikeluarkan oleh sekolah persendirian Cina, perebutan dan persaingan akan menjadi semakin sengit, walaupun ada kalangan mereka yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi mendapat pangkat baik dalam peperiksaan.

Isu ini sengaja dipolitikkan oleh ultra kiasu untuk mendapatkan sokongan walaupun hakikatnya pemberian biasiswa JPA adalah terjemahan kepada apa yang terkandung dalam kontrak sosial dan perlembagaan negara yang telah dipersetujui semua kaum. Akibat tekanan dan desakan ini, ditambah pula kepentingan politik, kini pemberian biasiswa tidak lagi mengira kuota, tetapi berasaskan kepada merit peperiksaan semata-mata. Temu duga yang cuba dilakukan oleh JPA ditentang habis-habisan, kerana mereka tahu apa kelemahannya.

Inilah strategi yang amat licik, biasiswa mereka, untuk mereka sahaja. Manakala biasiswa orang lain hendaklah dikongsi. IPTS untuk mereka sahaja (walaupun terbuka), IPTA mesti dikongsi bersama. Syarikat mereka untuk orang mereka sahaja, manakala syarikat kerajaan mesti dikongsi bersama.

Trend sebegini tidak akan berhenti setakat ini sahaja, ia akan bertali-temali dalam segala sektor dan profesion pekerjaan. Kesan jangka panjang amat tidak menguntungkan kita jika tidak ditangani dari sekarang. Syarikat-syarikat bukan Melayu (sektor swasta) akan mengambil graduan-graduan IPTS kepunyaan kaum tertentu. Manakala dalam sektor awam pula yang dikatakan dipenuhi oleh orang Melayu, perlu dibuka kepada semua kaum.

Saya yakin, dalam jangka panjang, IPTA tidak akan mampu bersaing dengan IPTS berasaskan kaum. Tidak perlulah bicara soal IPTA antarabangsa, sudah tentu kabelnya lebih besar.

Pengajaran yang lalu perlu diambil sebagai iktibar. Misalnya, kedudukan Bahasa Melayu. Saya ke sebuah bank yang baru melakukan penggabungan. Polisi bank tersebut, adalah pertama bahasa Inggeris, kedua bahasa Mandarin dan ketiga, lain-lain bahasa. Petunjuk atau papan tanda dalam bahasa Melayu dalam bank itu hampir tiada, kecuali dua atau tiga pekerja di kaunter adalah Melayu.

Justeru, di manakah slogan 'Malaysian first' seperti dicanangkan. Apabila ada di antara kita yang berkata 'Malay first', heboh satu dunia menuduh orang ini rasis orang itu rasis. Tetapi apabila mereka mengetepikan agenda nasional,

mengutamakan bangsa sendiri, itu bukan rasis namanya. Politik rimba apakah ini? Jangan jadi kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu.

Kemunculan kesedaran baru sosial

Posted: 21 Aug 2011 05:00 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen untuk memperbaiki sistem pilihan raya.

Jelas beliau komited melakukan transformasi politik. Ini penting dalam melaksanakan politik baru bagi mematangkan demokrasi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri memahami realiti-realiti baru yang sedang berlaku dalam masyarakat. Menurutnya, masyarakat kita sedang berada dalam transisi dan landskap politik telah berubah.

Satu daripada realiti baru itu ialah kemunculan kesedaran dan gerakan baru sosial. Ia meliputi dua komponen utama, iaitu penggeraknya dan bentuk-bentuk gerakannya.

Komponen pertama, iaitu penggeraknya, terdiri daripada peserta, aktivis dan konstituen yang meliputi golongan baru tetapi semakin besar jumlahnya dan signifikan peranan dan pengaruhnya, iaitu belia, mahasiswa, pensyarah, wanita, k-pekerja, profesional, karyawan dan sukarelawan. Sebahagian daripadanya menggerakkan badan-badan masyarakat sivil yang berpengaruh.

Ciri-ciri mereka ialah pelbagai dan plural; mengongsi identiti kolektif yang kukuh; bebas daripada sebarang struktur dan kategori; fokus terhadap sesuatu yang subjektif, pandangan alam dan pengalaman dikongsi bersama; sesuai dengan kepentingan individu, seperti umur, gender, etnik, bahasa dan latar belakang profesional; dan mementingkan matlamat budaya dan simbolik.

Mereka punya kepercayaan, prinsip dan perjuangan berdasarkan makna dan simbolik berasaskan kepentingan kumpulan, kepakaran, norma dan nilai tertentu.

Komponen kedua ialah tindakan-tindakannya. Mereka bergerak sebagai jaringan sosial, iaitu gabungan dan jaringan longgar, tak-formal dan anti-birokrasi yang berhubung secara interpersonal.

Mobilisasi anggotanya bersifat mikro. Ia terdiri daripada kumpulan-kumpulan kecil yang berselerak, berpaut secara spontan. Organisasi-organisasinya pelbagai, tidak terpusat dan berautonomi. Mereka fokus kepada keprihatinan terhadap isu-isu khusus dan tempatan. Mereka sering bertukar bentuk serta mudah berkumpul, berpecah dan berkumpul semula.

Gerakannya menyentuh kehidupan harian, iaitu aktiviti-aktiviti yang menjadi sebahagian kehidupan harian dan bukannya bergantung pada kegiatan yang besar dan bermusim. Tindakan-tindakannya berkait dengan cara hidup dan isu-isu peribadi. Ia menggabungkan antara kepentingan individu dan kumpulan. Ia mementingkan tindakan melalui teladan peribadi.

Gerakan ini amat ke hadapan dalam menggunakan media (terutamanya media baru) dan ICT. Mereka menggunakan media dan ICT bukan sahaja sebagai alat komunikasi, tetapi, lebih penting lagi, sebagai gelanggang dan tindakan paling utama untuk bersuara, berbuat, berkongsi dan berperwakilan secara meluas dan canggih.

Susunan aktiviti-aktivitinya adalah tak-konvensional. Ia bergantung pada luahan, kreativiti dan penentangan; tindakan yang berskala kecil dan desentralisasi; bersifat sub-institusi, pasca-parlimen dan spontan.

Kempen-kempen gerakan ini bersifat tetap dan transnasional. Tindakan-tindakannya berkesinambungan dan melangkaui masa dan ruang dan berkait rapat dengan pengalaman harian, iaitu memfokuskan terhadap masalah dan peristiwa yang spesifik atau penyelesaian khusus terhadap sesuatu isu.

Mereka melakukan penjajaran semula dan pengorganisasian-semula yang berkesinambungan dalam bidang, kepentingan dan nilai yang luas. Tindakan-tindakan dan aktiviti-aktivitinya menjadi perubahan dan perhubungan yang tidak berkesudahan dan menjadi kebiasaan harian.

Kesedaran baru sosial ini muncul sebagai reaksi terhadap kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekurangan kehidupan hari ini. Ia punya kekuatan gerakan yang tersendiri. Pada masa sama, ia bergabung dengan kesedaran sosial yang sedia ada, iaitu kesinambungan gerakan menegakkan kebenaran, keadilan dan kesejahteraan diperjuangkan sejak dahulu, turut muncul dalam bentuk-bentuk baru.

Gerakan ini membawa perubahan dalam masyarakat. Transformasi politik perlu melibatkan suara dan peranannya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Nenek diragut ketika ke klinik

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

Nenek diragut ketika ke klinik

KUANTAN - Ibarat jatuh ditimpa tangga, seorang wanita warga emas yang tidak sihat hilang rantai emas bernilai RM3,000 apabila diragut lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan ke klinik.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Nordin Mustapha ketika ditemui hari ini, mangsa yang berusia 68 tahun itu keluar bersendirian dari rumahnya di Bera untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Triang.

"Dalam kejadian 11 pagi Jumaat lalu itu, wanita terbabit sedang melintas jalan apabila dihampiri seorang lelaki bermotosikal yang bertindak meragut rantai lehernya," katanya.

Warga emas terbabit bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan polis sedang mengesan suspek, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Dua remaja maut motosikal ditunggang bertembung sesama sendiri

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dua remaja maut motosikal ditunggang bertembung sesama sendiri

KUALA TERENGGANU - Dua remaja maut setelah motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri, dalam kemalangan di Kampung Kedai Buluh, Jalan Kampung Surau Haji Yaacob, Titian Baru, Marang malam tadi.

Mohd Amirul Azlan Shafie, 21 maut di tempat kejadian, manakala Adam Safuan Jaafar, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Sultan Mansor, Kedai Buloh, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya berkata, kejadian kira-kira 7.00 malam itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang Mohd Amirul Azlan dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh motorsikal Adam Safuan dari arah bertentangan.

Akibat pertembungan itu kedua-dua mangsa yang masing-masing berasal dari Kampung Surau Panjang dan Kampung Surau Haji Daud, cedera parah di kepala dan anggota badan, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

"Kita percaya kedua-dua mangsa menunggang motorsikal dalam keadaan laju dan akibat rempuhan yang kuat itu menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan parah," katanya.

Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk dibedah siasat.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved