Isnin, 22 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Hak bebas beragama dipermain

Posted: 21 Aug 2011 05:00 PM PDT

Hak bebas beragama dipermain BANGI - Kebelakangan ini kes-kes murtad dalam kalangan orang Melayu Islam dan golongan saudara baru semakin menjadi-jadi. Fenomena ini tidak harus dibiarkan berterusan kerana ia adalah isu penting agama Islam.

Pengerusi Penaja Pertubuhan Dakwah dan Kebajikan Sosial Islam Malaysia (Perdim), Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz berkata, menukar agama dilarang keras oleh Islam.

"Perkara itu tidak boleh dipandang remeh, jika tidak ditangani segera ia akan menjadi suatu gejala menggugat agama Islam sebagai agama persekutuan di samping melemahkan kekuatan kaum Melayu.

"Di Malaysia isu murtad dan menukar agama (meninggalkan Islam) adalah isu sensitif yang boleh mencetuskan rusuhan serta perlu ditangani secara tegas tetapi penuh hemah keran dikhuatiri ada sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan sebagai strategi mempengaruhi orang Islam untuk menukar agama," katanya.

Menurutya, pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri serta pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) perlu bertegas dan bersungguh-sungguh menangani gejala murtad.

"Isu ini serius jangan dipandang sepi, jika tiada maklumat berhubung isu murtad dilaporkan pihak berwajib tidak menjalankan siasatan dan akan bertindak hanya pada maklumat. Sekiranya perkara ini semakin parah apa yang mampu dilakukan lagi.

"Selain melihat perundangan sebagai pengawalan, perhatian utama perlu diberikan kepada usaha dakwah secara besar-besaran bagi mengukuhkan kesedaran dan kefahaman agama dalam kalangan umat Islam sendiri," katanya.

Mohd Farhan berkata, tumpuan utama harus diberikan kepada generasi muda terutama remaja yang mudah terpesong dan terikut-ikut sesuatu ajaran sehingga memesongkan akidah kerana kebanyakan daripada mereka hanya mewarisi Islam daripada ibu bapa dan penghayatan Islam tidak masuk dalam jiwa.

:

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved