SH |
Posted: 21 Aug 2011 05:00 PM PDT Pegawai Angkasa maut
FELDA PADANG PIOL – Seorang pemuda yang juga pegawai Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di Kelana Jaya, Nazrudin Mat Daud, 26, disahkan meninggal dunia di Hospital Jerantut pada jam 1.30 tengah hari kelmarin selepas mengalami muntah selama tiga hari.
Allahyarham Nazrudin yang berasal dari Felda Padang Piol Jerantut, dipercayai meninggal dunia akibat mengalami keracunan makanan. Kematian Allahyarham sekali gus membatalkan majlis perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada Disember ini. Abang mangsa, Mazdi, 30-an, berkata, adiknya menghubunginya pada pagi Isnin lalu dan memberitahu tidak dapat datang kerja kerana mengalami muntah teruk selepas menikmati juadah berbuka berupa martabak dan nasi lemak yang dibelinya di bazar Ramadan berhampiran rumahnya di Damansara. Menurutnya, dia bekerja satu pejabat dengan arwah, justeru membolehkan dia membantu arwah dengan mengambilnya di rumah seterusnya menghantarnya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan. "Setelah menjalani pemeriksaan, doktor memberitahu arwah tiada sebarang masalah kecuali kandungan asid dalam badannya agak banyak dan disyaki keracunan makanan," katanya ketika di rumahnya di Felda Padang Piol. Mazdi berkata, perkara itu kemudiannya dimaklumkan kepada keluarga di kampung dan bapanya, Mat Daud Awang, 53, menyuruhnya membawa Nazrudin pulang. Menurutnya, dua adiknya iaitu Mazlan, 30, dan Hafizi, 23, membawa Nazrudin pulang ke kampung, namun ketika itu dia dalam keadaan lemah serta mengalami muntah. "Keadaan Nazrudin makin lemah dan muntah tidak berhenti menyebabkan keluarga menghubungi ambulans untuk membawanya ke Hospital Jerantut bagi menerima rawatan," katanya. Beliau berkata, ketika keadaan Nazrudin semakin tenat, arwah sempat meminta maaf dengan ahli keluarga sebelum menghembuskan nafas terakhir. Sementara itu, tunang mangsa, Noorasiqen Mohd Noor, 26, berkata, dia terkejut apabila keluarga Nazrudin memberitahu arwah meninggal dunia dan terus bergegas ke Hospital Jerantut. Menurutnya, mereka bertunang pada Jun lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada Disember ini, malah segala barangan hantaran sudah dibeli. "Kami sudah membeli semua barang, arwah turut membeli pakaian hari raya untuk ibu bapanya semasa kami pergi membeli-belah pada minggu pertama Ramadan. "Saya sama sekali tidak menyangka perkara ini akan berlaku kerana arwah seorang periang selain tiada masalah kesihatan, tetapi kini dia pergi buat selama-lamanya sebelum sempat majlis perkahwinan kami berlangsung," katanya. Jenazah Nazrudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Padang Piol selepas solat Asar petang Khamis lalu. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan