Isnin, 22 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Nenek diragut ketika ke klinik

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

Nenek diragut ketika ke klinik

KUANTAN - Ibarat jatuh ditimpa tangga, seorang wanita warga emas yang tidak sihat hilang rantai emas bernilai RM3,000 apabila diragut lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan ke klinik.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Nordin Mustapha ketika ditemui hari ini, mangsa yang berusia 68 tahun itu keluar bersendirian dari rumahnya di Bera untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Triang.

"Dalam kejadian 11 pagi Jumaat lalu itu, wanita terbabit sedang melintas jalan apabila dihampiri seorang lelaki bermotosikal yang bertindak meragut rantai lehernya," katanya.

Warga emas terbabit bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan polis sedang mengesan suspek, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Dua remaja maut motosikal ditunggang bertembung sesama sendiri

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dua remaja maut motosikal ditunggang bertembung sesama sendiri

KUALA TERENGGANU - Dua remaja maut setelah motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri, dalam kemalangan di Kampung Kedai Buluh, Jalan Kampung Surau Haji Yaacob, Titian Baru, Marang malam tadi.

Mohd Amirul Azlan Shafie, 21 maut di tempat kejadian, manakala Adam Safuan Jaafar, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Sultan Mansor, Kedai Buloh, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya berkata, kejadian kira-kira 7.00 malam itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang Mohd Amirul Azlan dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh motorsikal Adam Safuan dari arah bertentangan.

Akibat pertembungan itu kedua-dua mangsa yang masing-masing berasal dari Kampung Surau Panjang dan Kampung Surau Haji Daud, cedera parah di kepala dan anggota badan, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

"Kita percaya kedua-dua mangsa menunggang motorsikal dalam keadaan laju dan akibat rempuhan yang kuat itu menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan parah," katanya.

Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk dibedah siasat.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved