Sabtu, 18 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Muzium Tekstil peraga warisan

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Muzium Tekstil peraga warisan Berkembang pesat dengan nilai eksport RM10.6b, ketujuh dalam sektor perkilangan

Sebagai menunjukkan tekstil merupakan sumber yang turut menyumbang kepada industri negara, kerajaan telah membangunkan kompleks muzium khas bagi mempamerkan pelbagai aktiviti dan proses melibatkan penghasilan tekstil.

Muzium Tekstil Negara terletak di Bangunan JKR, Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur. Ia terletak di tengah-tengah antara Bangunan Dayabumi dan bangunan Sultan Abdul Samad.

Muzium ini merupakan sebuah bangunan warisan yang pernah digunakan oleh pelbagai jabatan dan institusi sebelum ini kerajaan.

Bangunan ini siap dibina pada tahun 1896 berketinggian dua tingkat setengah dengan keluasan tanah 3259 meter persegi dan keluasan lantai 3145.3 meter persegi.

Muzium Tekstil Negara dibuka secara rasmi pada Januari 2010 dan menempatkan koleksi, sejarah asal-usul dan lain-lain perkara yang melibatkan tekstil di negara kita.

Muzium ini terbahagi kepada beberapa galeri utama seperti Galeri Pelangi, Galeri Pohon Budi, Galeri Ratna Sari dan Galeri Teluk Berantai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terapi 3D kawal sakit

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Terapi 3D kawal sakit WASHINGTON - Permainan video tiga dimensi (3D) sering dianggap aktiviti mengkhayalkan kanak-kanak dan golongan muda.

Bagaimanapun, satu kajian dilakukan penyelidik di Amerika Syarikat (AS) terhadap golo-ngan berumur antara 25 hingga 60 tahun, mendapati permainan itu boleh menjadi terapi maya kepada pesakit untuk menahan kesakitan ketika melakukan pembedahan atau rawatan.

Rawatan menggunakan program dikenali SnowWorld yang memaparkan imej dunia sebenar dengan pemandangan alam sekeliling begitu indah dan dilengkapi sistem bunyi seakan-akan berada di lokasi berkenaan.

Hanya menekan tetikus sahaja pesakit boleh bermain permainan video tanpa menyedari mereka sebenarnya berada di dunia 3D.

Keputusan daripada ujian terbabit mendapati penurunan ketara terhadap komponen deria dan emosi, selain mengawal kesakitan dialami selepas menerima rawatan.

Rawatan itu dikatakan lebih berkesan kepada warga emas dan digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami masalah tekanan perasaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Peluru tembusi kepala

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Peluru tembusi kepala SUNGAI PUYU - Polis menggiatkan usaha menjejaki dua lelaki yang disyaki pembunuh upahan selepas mereka menembak mati pemilik kilang beras Joo Choon Sdn Bhd di sini, awal pagi semalam.

Mangsa, Ooi Ching Tian, 58, yang ditembak tiga das dari jarak dekat meninggal dunia selepas tiga jam dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini akibat kepalanya ditembusi peluru.

Dalam kejadian pada jam 12.50 pagi di hadapan rumahnya di Taman Sungai Puyu di sini itu, mangsa ditembak ketika keluar dari kereta untuk membuka pintu pagar sebaik pulang dari makan malam di Butterworth sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias yang dihubungi berkata, sebaik tiba di hadapan rumahnya, mangsa yang keseorangan ketika itu, turun dari kereta Toyota Harrier untuk membuka pintu pagar apabila tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan melepaskan tiga das tembakan tepat mengenai kepalanya.

"Bunyi tembakan didengari isteri dan anaknya yang meluru keluar namun terkejut apabila mendapati Ching Tian rebah berlumuran darah di tepi kenderaan manakala suspek dilihat melarikan dengan memecut kereta Proton Wira berwarna gelap dipercayai dipandu rakan subahat menghala ke Mak Mandin," katanya.

Menurutnya, isteri dan anaknya kemudian menghantar Ching Tian ke HSJ namun mangsa meninggal dunia selepas tiga jam diberikan rawatan.

Difahamkan, mangsa seorang peniaga beras yang berjaya di daerah ini dan dikenali dalam kalangan pekerjanya sebagai seorang yang bersifat pemurah.

Mayat mangsa selesai dibedah siasat pagi semalam dan dituntut ahli keluarganya sejurus itu.

Zulkifli berkata, polis menubuhkan unit khas untuk menyiasat kes pembunuhan Ching Tian, pagi ini.

Menurutnya, pihaknya kini giat menjejaki suspek dan motif pembunuhan ke atas mangsa.

"Buat masa ini, kami sedang siasat secara terperinci untuk mengetahui motif sebenar pembunuhan kerana terdapat banyak kemungkinan yang boleh dikaitkan dengan kes ini, antaranya dendam, masalah perniagaan dan selisih faham," katanya.

Sehubungan itu, saksi diminta tampil membantu siasatan, manakala kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Stor diesel subsidi diserbu

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Stor diesel subsidi diserbu BERCHAM – Perbuatan berselindung di sebalik sebuah premis untuk menyimpan 10,000 liter minyak diesel bersubsidi yang telah dikitar semula, berjaya dihidu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perak, semalam.

Stor di persimpangan Jalan Bercham-Tanjung Rambutan itu yang menyimpan lebih 10 tangki besar minyak bernilai RM18,000.

Serbuan pada jam 3 petang itu dilakukan hasil intipan selama sebulan.

Timbalan Pengarah PPDNKK Negeri, Rosli Ahmad berkata, pihaknya mempercayai bahawa minyak itu diselewengkan dengan 'mencuci' diesel yang digunakan untuk dijual semula kepada pihak industri sekitar kawasan itu.

"Hasil intipan selama sebulan, kita menjumpai beberapa tangki minyak diesel. Ketika serbuan, stor ini didapati kosong dan tiada tangkapan dilakukan.

"Kita juga mendapati terdapat sebuah mesin yang dipercayai digunakan untuk mencuci minyak diesel ini sebelum dijual," katanya di sini, semalam.

Rosli berkata, siasatan lanjut dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM100,000 atau tiga tahun penjara.

Pesanan terakhir sebelum ajal

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pesanan terakhir sebelum ajal BUKIT CHATAK - "Sebelum nyawa pak cik diambil Tuhan, pak cik ingin melihat masalah banjir kilat yang dihadapi penduduk di sini berakhir. Alhamdulillah dengan bantuan surat khabar Sinar (Harian), masalah ini berjaya diatasi," itulah ungkapan yang pernah diluahkan arwah Wan Khalid Muda (gambar), 72, salah seorang mangsa banjir kilat yang terpaksa melalui detik sukar itu sejak lebih 30 tahun lalu.

Wan Khalid yang sempat menghiasi muka depan akhbar ini dalam laporan mengenai penderitaan penduduk menghadapi banjir di kampungnya, meninggal dunia ketika ingin menjamah hidangan di sebuah kedai makan di Sura Gate, kira-kira jam 12.30 tengah hari Selasa lalu.

Ketika kejadian, arwah yang juga penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu, difahamkan baru pulang selepas mengambil ubat di Hospital Dungun sebelum dia secara tiba-tiba rebah akibat serangan jantung.

Mengimbas kembali detik semasa hayatnya, balu arwah, Zainun Daud, 52, berkata, pada malam sebelum kejadian menimpa bekas pekerja lombong bijih itu, arwah suaminya ada bercerita mengenai nasib bakal menimpa isterinya jika dia sudah tiada lagi.

Menurut Zainun, apa yang difikirkan arwah ialah berkaitan tempat tinggalnya kerana rumah yang pernah menjadi tempat mereka berteduh bersama, bukan miliknya.

"Arwah berkata, kalau dia tidak ada, bagaimanalah nasib saya, mungkin saya kehilangan tempat tinggal kerana rumah ini bukan rumah kami, hanya menumpang rumah orang.

"Dia juga menyebut supaya mencari wartawan Sinar Harian jika perlukan bantuan kerana katanya, dia sendiri walaupun tidak mempunyai sebarang pertalian, namun pernah mendapat bantuan wartawan itu untuk menyelesaikan masalah sehingga segala kesulitan berjaya diselesaikan," kata Zainun sambil mengesat air mata.

Sementara itu, rakan arwah, Wan Mamat Wan Embong (gambar) berkata, dia sempat membawa arwah ke hospital sebelum arwah mengajaknya makan tengah hari di kedai makan berdekatan Sura Gate.

"Selepas selesai urusan, dia mengajak saya makan.

"Namun, sebaik sahaja dia mengambil lauk, ketika ingin duduk di kerusi, dia tiba-tiba rebah. Belum sempat berpesan, dia meninggal dunia," katanya.

Arwah Wan Khalid ketika hayatnya pernah mendapat bantuan wartawan Sinar Harian untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di rumahnya, selain sempat menaiki kereta Skuad Cakna untuk meminta bantuan daripada pihak berkaitan.

PNP serah memorandum

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

PNP serah memorandum KUANTAN - Persatuan Nelayan Negeri Pahang (PNP) tampil menyerahkan memorandum sebagai tanda sokongan terhadap dasar kerajaan khasnya dalam membangunkan industri perikanan demi meningkatkan taraf hidup golongan terbabit.

Memorandum setebal sembilan muka surat itu diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur, Datuk Wan Adnan Wan Mamat, Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Pahang di Jeti Tengku Adnan, Tanjung Api di sini, petang semalam.

Pengerusinya, Zulkiflee Md Yusoff berkata, penyerahan memorandum itu dilakukan bersempena Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Masyarakat Nelayan di sini.

Menurutnya, PNP yang dianggotai kira-kira 4,000 ahli menyokong penuh dasar dan inisiatif diperkenalkan kerajaan dan mengharapkan supaya ianya diteruskan.

"Kami menyokong penuh usaha kerajaan terus memberi subsidi diesel dan petrol kepada nelayan Zon A dan B (nelayan pantai tradisional) selain bantuan sara hidup RM200 sebulan serta bantuan insentif 10 sen sekilogram untuk pendaratan ikan," katanya.

Zulkiflee berkata, pihaknya berharap kerajaan mengekalkan pemberian subsidi petrol dan diesel bagi nelayan Zon A dan B kerana peningkatan harga bahan api itu membebankan nelayan.

"Kami kesal kerana ada pihak menyalahgunakan diesel dan petrol bersubsidi dengan menjual bahan itu kepada nelayan asing dan sektor lain.

"Tindakan kerajaan mengurangkan subsidi diesel kepada nelayan Zon C2 wajar dan perlu juga dilaksanakan kepada Zon C," katanya.

Menurutnya, lesen sampan perlu diberikan kepada nelayan pantai tulen kerana mereka berpeluang menikmati kemudahan termasuk subsidi bahan api, bantuan sara hidup dan insentif pendaratan ikan yang akan membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

"Kita juga berharap bantuan sara hidup nelayan dikemas kini segera supaya pembayarannya dapat dilakukan kepada mereka yang benar-benar layak secara lebih teratur," katanya.

Zulkiflee berkata, PNP menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha yang dilakukan untuk menentang dasar kerajaan oleh segelintir pihak kerana tindakan itu boleh mengganggu gugat kesejahteraan nelayan.

"Kami juga tidak bersetuju dengan sebarang bentuk perhimpunan dan piket haram bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan," katanya.

Sementara itu, seorang wakil nelayan Kuantan, Mohamad Amir Mohsin berkata, majlis kesyukuran dan doa selamat itu diadakan semata-mata sebagai tanda kesyukuran mereka terhadap rezeki yang diberikan Allah.

"Walaupun berdepan pelbagai dugaan sejak kebelakangan ini, ia bukan satu alasan untuk kami mendesak kerajaan dengan pelbagai permintaan.

"Sebaliknya kami sepakat mengadakan kenduri ini dan pada masa yang sama menyerahkan memorandum kepada LKIM dan Jabatan Perikanan Pahang," katanya.

Dia berkata, kenduri secara bergotong royong itu dihadiri kira-kira 2000 tetamu termasuk masyarakat nelayan dan orang ramai.

Ketika ditanya tentang harga ikan yang naik kebelakangan ini, dia berkata, dakwaan kenaikan harga ikan disebabkan faktor kenaikan bahan api kurang tepat sebaliknya masalah itu berlaku akibat faktor semula jadi .

"Musim ini memang ikan kurang dan hasil tangkapan nelayan juga merosot," katanya.

Tiga beradik tanpa sijil lahir

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tiga beradik tanpa sijil lahir KAMPUNG PANCHOR – Dalam keadaan perkembangan ekonomi dan pelbagai agenda pembangunan yang dilaungkan kerajaan saban hari, masih terdapat banyak rakyat yang tersisih dari arus kemajuan.

Jika berumahkan sebuah bangsal kecil, berlantaikan tanah liat, berbumbung dan berdindingkan zink semata–mata, tidak keterlaluan jika dikatakan terlalu jauh ketinggalan seolah-olah baru semalam, pasca kemerdekaan, masih dibelenggu kemiskinan biar apapun faktor penyebabnya.

Salah seorangnya, Mohd Tarmizi Ismail, 42, cuma seorang buruh kuari dengan pendapatan beberapa ratus sebulan, tidak mampu menyara keluarganya dengan empat anak.

Isterinya, Rosnida Sharifudin, 30, sekadar suri rumah biasa, tanpa pendapatan.

Lebih malang, apabila pasangan ini tidak mampu menyediakan kos pembayaran hospital menyebabkan tiga anak mereka gagal mendaftarkan kelahiran sekali gus gagal memperoleh sijil kelahiran.

Rosnida berkata, hanya anak sulungnya yang berusia 9 tahun mempunyai sijil kelahiran dan dapat mengikuti persekolahan seperti biasa.

"Anak kedua kami, Mohd. Fairus Firdaus, 8, tidak dapat didaftarkan kelahirannya kerana kami tidak mampu membayar kos hospital menyebabkan sijil kelahiran tidak dapat didaftarkan.

"Kini dia berada di tahun dua di Sekolah Kebangsaan Gunung hasil ihsan pihak sekolah yang membenarnya bersekolah walaupun dia tidak mempunyai sijil kelahiran," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, pondoknya kini dibina di atas tanah mentuanya selepas beberapa kali berpindah randah sebelum ini.

Selain itu, katanya, pondok yang didiami mereka berdepan masalah takungan air setiap kali hujan lebat.

"Setiap kali hujan lebat air akan bertakung dalam pondok kami separas 0.3 meter yang menyebabkan kami terpaksa menumpang di rumah mentua berhampiran.

"Untuk membina kediaman yang lebih sempurna kami tidak mampu kerana upah pekerjaan suami hanya mencukupi bagi makan minum kami sekeluarga sahaja," katanya.

Namun katanya, apa yang membimbangkan ialah masa depan tiga anaknya yang tidak mempunyai sijil kelahiran.

"Dua lagi anak kami yang tidak mempunyai sijil kelahiran ialah Mohd. Ridhuan Haikal, 6, dan Mohd Adam Mukhriz, 2.

"Kami tidak tahu bagaimana lagi caranya untuk membolehkan anak- anak kami mendapatkan sijil kelahiran bagi membolehkan mereka meneruskan pelajaran kelak," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Husain menggesa pihak berkenaan untuk mengambil tindakan drastik terhadap kanak- kanak yang tidak mempunyai sijil kelahiran tersebut.

"Saya amat berharap pihak berkenaan dapat turun padang mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah kanak- kanak yang tidak mempunyai sijil kelahiran ini.

"Mereka adalah dari keluarga miskin yang tidak mampu membayar kos hospital menyebabkan kelahiran mereka tidak dapat dikeluarkan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan membuat usul untuk membolehkan keluarga ini menerima peruntukan wang ihsan bagi pembinaan sebuah rumah yang lebih selesa.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Syed Ali kekal Ketua UMNO Bahagian Cheras

KUALA LUMPUR – Kesemua 31 cawangan UMNO dalam bahagian Cheras yang telah selesai mengadakan mesyuaratnya masing-masing sebulat suara mengekalkan Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee sebagai ketua bahagian untuk penggal keempat berturut-turut.

Beliau yang mula menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Cheras sejak 15 Mac 1998, menang tanpa sebarang pertandingan.

Turut kekal tanpa bertanding ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, Datuk Faridah Abu Hassan dan Ketua Pergerakan Pemuda, Tuan Syed Mehdhar Syed Abdullah.

Manakala bagi jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian, Sarina Shariff juga memenanginya tanpa sebarang pertandingan apabila penyandang, Puan Norlaili Mohamed melepaskan jawatan kerana melebihi had umur yang ditetapkan.

Sementara itu, Syed Ali menegaskan kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli UMNO menerusi mesyuarat peringkat cawangan merupakan satu mandat dan tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

"Seperti yang selalu saya tegaskan sebelum ini, kita memegang jawatan hanya untuk berkhidmat kepada parti menerusi kepimpinan berasaskan kepada semangat kekeluargaan dan bermusyuwarah," tegasnya.

Menurut beliau, apabila seseorang diberikan kepercayaan memegang jawatan tertinggi parti sama ada di peringkat cawangan dan bahagian, maka kepercayaan itu hendaklah diterjemahkan menerusi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Mengenai kesediaannya untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Disember ini, Syed Ali menjelaskan beliau menawarkan diri kerana ingin memberi khidmat bakti kepada parti menerusi skop yang lebih luas.

"Saya menawarkan diri kerana ingin berkhidmat kepada parti, apatah lagi sewaktu keyakinan orang Melayu terhadap UMNO agak terhakis khususnya selepas pilihan raya umum ke-12 yang lalu," ujarnya.

Dipetik daripada Blog Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tuntutan Spratly perlu diselesai cara bijaksana - Zahid

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tuntutan Spratly perlu diselesai cara bijaksana - Zahid

TANAH MERAH – Malaysia tetap berpendirian bahawa menyelesaikan segala masalah dengan menggunakan kekuatan ketenteraan perlu dielakkan kerana banyak lagi cara untuk menyelesaikan tuntutan beberapa negara di Kepulauan Spratly.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia telah memberikan beberapa cadangan untuk mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku seperti mengadakan pertemuan dua hala, pemantauan bersama serta dialog pelbagai hala bagi mencari kata sepakat antara negara terbabit.

"Malaysia tertakluk kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (Unclos) 1982 iaitu perlu berada di sekitar 200 batu nautika dan apa pun kita tetap meletakkan anggota tentera laut kita untuk mengawasi.

"Kekuatan ketenteraan perlu dielakkan oleh semua pihak sebaliknya kita menyarankan agar digunakan diplomasi ketenteraan kerana ini adalah lebih baik," katanya yang juga Naib Presiden UMNO kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Tanah Merah di sini hari ini.

Suasana tegang kembali mewarnai isu tuntutan di Spratly apabila China bertindak menggerakkan kapal peronda terbesar dalam angkatan tentera lautnya di Laut China Selatan sejak beberapa hari lalu bagi mengawasi perairan itu.

Ia berikutan pergeseran antara negara kuasa besar Asia itu dengan Filipina.

Selain Filipina dan China, beberapa gugusan Kepulauan Spratly turut dituntut oleh Malaysia, Vietnam dan Brunei dengan Malaysia sendiri membina kubu pertahanan di tiga kawasan iaitu Terumbu Layang-Layang, Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani.

Ahmad Zahid berkata, semua negara yang menuntut juga disarankan agar tidak mengadakan latihan ketenteraan di kawasan kepulauan itu yang dilihat cuba membuat provokasi kekuatan ketenteraan mereka. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sampan berputar di udara

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Sampan berputar di udara MERSING – Puluhan sampan mengalami kerosakan dalam satu kejadian angin puting beliung yang berlaku kira-kira lima minit di pesisiran pantai Mersing berhampiran Pulau Setindan, Teluk Buih, Kampung Air Papan, di sini, semalam.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 itu.

Seorang saksi, Sharifah Aini Mohd Zin, 34, berkata, ketika puting beliung itu berlaku, dia berada di jeti Teluk Buih dan melihat angin puting beliung itu bermula daru Pulau Setindan menghala ke arah jeti dia berdiri.

"Melihat angin puting beliung itu menuju ke jeti, saya bergegas lari ke darat untuk menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui semalam.

Seorang pemilik sampan, Mohd Rashid Terang, 47, berkata, peristiwa itu adalah kali pertama dialami dan dilihatnya sepanjang dia menjadi nelayan.

"Saya terkejut apabila melihat salah satu dari puluhan sampan berputar-putar naik ke udara, sebelum jatuh menghempap jeti Teluk Buih. saya bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri," katanya.

Mohd Asri Jaafar, 55, memberitahu, dia bersama beberapa nelayan dalam menyediakan persiapan untuk turun ke laut pada keesokan harinya.

Menurutnya, dia tidak menyangka kejadian angin puting beliung dalam sekelip mata menyebabkan kerugian kerana bot rosak.

"Angin puting beliung datang terlalu cepat sehingga menyebabkan bumbung kedai makan di jeti saya turut rosak.

"Suasana ketika itu memang kelam-kabut dan saya hanya berserah kepada Allah," katanya yang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, kejadian angin puting beliung itu adalah pertama kali berlaku di kawasan terbabit yang menggemparkan penduduk berhampiran.

Masih ada tidak faham jenayah rogol, zina

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Masih ada tidak faham jenayah rogol, zina SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata, masih terdapat masyarakat yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina dan keperluan mengemukakan empat saksi.

Menurutnya, zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi.

"Adakah mungkin selepas ini pihak-pihak berkenaan akan mencadangkan supaya wanita-wanita yang membuat aduan menjadi mangsa rogol datuk, bapa, atau orang lain kena membawa empat orang saksi dan disabit 80 sebatan rotan.

"Dapatkah dicari empat orang saksi beriman? Di mana pula di dunia ini ada orang yang dirogol disaksikan empat orang saksi beriman dan saksi-saksi itu pula akan hanya melihat saja tanpa melarang perbuatan itu?," katanya

Asri berkata, rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah.

"Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri.

"Secara logiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?," katanya dalam entri terbaru dalam laman blognya, www.mindatajdid.com.

Asri berkata, seseorang yang mendakwa dirogol atau diliwat boleh menguatkan kes dan tidak semestinya mengemukakan empat saksi saja. Pendakwa boleh mengemukakan qarinah (bukti atau apa saja yang berkaitan) untuk membantu siasatan.

Mengulas lanjut berhubung karikatur yang disiar dalam Utusan Malaysia, Asri berkata, beliau tidak pasti, apakah kartunis itu hendak menghina Islam atau pihak tertentu.

"Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam," katanya.

Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengusaha stesen minyak tidak rugi

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pengusaha stesen minyak tidak rugi SHAH ALAM – Pengusaha stesen minyak tidak terbeban dengan penurunan harga petrol RON97 kerana hanya segelintir pihak menggunakan petrol jenis itu.

Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman berkata, petrol RON97 hanya digunakan oleh 15 peratus rakyat negara ini termasuk pengguna yang memiliki kenderaan mewah.

Menurutnya, keputusan kerajaan menurunkan harga petrol RON97 adalah berita baik kepada pengguna petrol jenis itu kerana sejak awal tahun ini, petrol RON97 mengalami empat kenaikan sehingga mencecah RM2.90 seliter.

"Sebagai pengusaha stesen minyak, pengurangan harga petrol RON97 dianggap bukanlah kerugian melampau kerana keuntungan seliter masih kekal iaitu RM12.19 sen per liter.

"Penduduk di negara ini gemar menggunakan petrol RON 95 kerana ia lebih murah dan sesuai digunakan kebanyakan kenderaan yang biasanya dimiliki golongan berpendapatan rendah serta sederhana," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, perkara yang menjadi kerisauannya apabila ada segelintir pihak termasuk syarikat pengeluar minyak mengambil kesempatan mengaut keuntungan sebaik mendapat tahu kemungkinan harga minyak di pam akan naik.

"Ada sesetengah pihak tahu mengenai kenaikan harga mereka akan mengurangkan penghantaran minyak seperti yang dijadualkan," katanya.

Menurutnya, jika masalah di negara-negara pengeluar minyak seperti di Libya dan Mesir selesai, pasti harga minyak dunia akan kembali seperti biasa.

Kelmarin, keputusan kerajaan menurunkan harga petrol disifatkan satu tindakan yang membuktikan kerajaan peka terhadap rakyat.

Harga RON97 mengalami kenaikan berperingkat sejak diapungkan tahun lalu turun 10 sen buat pertama kalinya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMNO runding bebas tawanan

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

UMNO runding bebas tawanan KUALA LUMPUR – Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO berunding dengan 'orang tengah' minggu depan, yang bertanggungjawab menculik ahli perniagaan, Nazaruddin Saidin, di Pulau Jolo, Selatan Filipina, dalam usaha membebaskannya.

Biarpun tanggungjawab itu mencabar dan membahayakan, Pengerusi biro berkenaan, Datuk Mohd Khairun Aseh yakin Nazaruddin dapat dibawa pulang selepas lebih sebulan ditahan.

Bagaimanapun, usaha itu akan diteruskan sekiranya mendapat 'lampu hijau' daripada kumpulan tersebut.

Setakat ini rundingan yang diadakan sudah hampir mencapai kata sepakat sebelum tiga individu, termasuk Mohd Khairun, berangkat ke negara berkenaan untuk tindakan susulan.

Mohd Khairun berkata, sebelum ini beliau pernah memohon untuk bercakap dengan Nazaruddin melalui panggilan telefon tetapi rancangan yang diatur terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

"Nazaruddin selamat tetapi berada dalam keadaan tertekan kerana dia merasakan dirinya teraniaya. Itu maklumat yang kita peroleh melalui orang tengah.

"Kita yakin akan dapat berkomunikasi dengan mereka. Kita akan cuba memberi penerangan supaya mereka sedar tanggung jawab Nazaruddin sebagai orang Islam dan juga bapa kepada enam orang anak," katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Turut hadir, bekas isteri Nazaruddin, Mazlina Mohamad, 38, anak-anaknya, Amir Hazazi, 15, Nur Amirah, 14, Nur Atiqah,12, Nabil Haikal, 11, Adip Irfan, 7, Nur Athirah, 4, dan bapanya, Saidin Aziz, 63.

Dalam kejadian tersebut, Nazaruddin dilaporkan diculik oleh 10 individu lengkap bersenjata api ketika berada di sebuah bandar kecil di Pulau Jolo pada 7 Mei lalu untuk menguruskan perniagaan berkaitan cicak tokek.

Beliau berkata, beliau yakin pertemuan dengan kumpulan itu akan membuahkan hasil untuk memberi sinar harapan kepada keluarga malang tersebut.

Mayat berseluar dalam

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Mayat berseluar dalam PETALING JAYA - Mayat seorang pemandu teksi hanya berseluar dalam yang dibungkus dengan permaidani ditemui dalam teksinya di Jalan Medan 32, Blok E, Taman Medan, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mayat mangsa, dikenali sebagai Wong Chee Leong, 32, ditemui oleh penduduk di kawasan itu kira-kira jam 7.30 malam.

"Siasatan awal menunjukkan terdapat kesan lebam pada badan mangsa, dipercayai dipukul.

"Kita juga temui sampel cap jari dalam kenderaan itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.

Arjunaidi berkata, mangsa mati kurang tempoh 24 jam sebelum ditemui dan polis percaya, mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan dalam teksi di kawasan terbabit.

"Motif kejadian belum dikenal pasti, tetapi siasatan menunjukkan tiada unsur samun," katanya.

Difahamkan, mangsa adalah anak kelima daripada enam beradik dan keluarganya memiliki kilang membuat kasut khas untuk polis.

Beliau berkata, tiada senjata ditemui di lokasi kejadian dan semakan mendapati mangsa berasal dari Sri Kembangan itu tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved