Sabtu, 18 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Masih ada tidak faham jenayah rogol, zina

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Masih ada tidak faham jenayah rogol, zina SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata, masih terdapat masyarakat yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina dan keperluan mengemukakan empat saksi.

Menurutnya, zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi.

"Adakah mungkin selepas ini pihak-pihak berkenaan akan mencadangkan supaya wanita-wanita yang membuat aduan menjadi mangsa rogol datuk, bapa, atau orang lain kena membawa empat orang saksi dan disabit 80 sebatan rotan.

"Dapatkah dicari empat orang saksi beriman? Di mana pula di dunia ini ada orang yang dirogol disaksikan empat orang saksi beriman dan saksi-saksi itu pula akan hanya melihat saja tanpa melarang perbuatan itu?," katanya

Asri berkata, rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah.

"Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri.

"Secara logiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?," katanya dalam entri terbaru dalam laman blognya, www.mindatajdid.com.

Asri berkata, seseorang yang mendakwa dirogol atau diliwat boleh menguatkan kes dan tidak semestinya mengemukakan empat saksi saja. Pendakwa boleh mengemukakan qarinah (bukti atau apa saja yang berkaitan) untuk membantu siasatan.

Mengulas lanjut berhubung karikatur yang disiar dalam Utusan Malaysia, Asri berkata, beliau tidak pasti, apakah kartunis itu hendak menghina Islam atau pihak tertentu.

"Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam," katanya.

Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengusaha stesen minyak tidak rugi

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pengusaha stesen minyak tidak rugi SHAH ALAM – Pengusaha stesen minyak tidak terbeban dengan penurunan harga petrol RON97 kerana hanya segelintir pihak menggunakan petrol jenis itu.

Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman berkata, petrol RON97 hanya digunakan oleh 15 peratus rakyat negara ini termasuk pengguna yang memiliki kenderaan mewah.

Menurutnya, keputusan kerajaan menurunkan harga petrol RON97 adalah berita baik kepada pengguna petrol jenis itu kerana sejak awal tahun ini, petrol RON97 mengalami empat kenaikan sehingga mencecah RM2.90 seliter.

"Sebagai pengusaha stesen minyak, pengurangan harga petrol RON97 dianggap bukanlah kerugian melampau kerana keuntungan seliter masih kekal iaitu RM12.19 sen per liter.

"Penduduk di negara ini gemar menggunakan petrol RON 95 kerana ia lebih murah dan sesuai digunakan kebanyakan kenderaan yang biasanya dimiliki golongan berpendapatan rendah serta sederhana," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, perkara yang menjadi kerisauannya apabila ada segelintir pihak termasuk syarikat pengeluar minyak mengambil kesempatan mengaut keuntungan sebaik mendapat tahu kemungkinan harga minyak di pam akan naik.

"Ada sesetengah pihak tahu mengenai kenaikan harga mereka akan mengurangkan penghantaran minyak seperti yang dijadualkan," katanya.

Menurutnya, jika masalah di negara-negara pengeluar minyak seperti di Libya dan Mesir selesai, pasti harga minyak dunia akan kembali seperti biasa.

Kelmarin, keputusan kerajaan menurunkan harga petrol disifatkan satu tindakan yang membuktikan kerajaan peka terhadap rakyat.

Harga RON97 mengalami kenaikan berperingkat sejak diapungkan tahun lalu turun 10 sen buat pertama kalinya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved