Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT UMNO runding bebas tawanan
KUALA LUMPUR – Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO berunding dengan 'orang tengah' minggu depan, yang bertanggungjawab menculik ahli perniagaan, Nazaruddin Saidin, di Pulau Jolo, Selatan Filipina, dalam usaha membebaskannya.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Biarpun tanggungjawab itu mencabar dan membahayakan, Pengerusi biro berkenaan, Datuk Mohd Khairun Aseh yakin Nazaruddin dapat dibawa pulang selepas lebih sebulan ditahan. Bagaimanapun, usaha itu akan diteruskan sekiranya mendapat 'lampu hijau' daripada kumpulan tersebut. Setakat ini rundingan yang diadakan sudah hampir mencapai kata sepakat sebelum tiga individu, termasuk Mohd Khairun, berangkat ke negara berkenaan untuk tindakan susulan. Mohd Khairun berkata, sebelum ini beliau pernah memohon untuk bercakap dengan Nazaruddin melalui panggilan telefon tetapi rancangan yang diatur terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. "Nazaruddin selamat tetapi berada dalam keadaan tertekan kerana dia merasakan dirinya teraniaya. Itu maklumat yang kita peroleh melalui orang tengah. "Kita yakin akan dapat berkomunikasi dengan mereka. Kita akan cuba memberi penerangan supaya mereka sedar tanggung jawab Nazaruddin sebagai orang Islam dan juga bapa kepada enam orang anak," katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam. Turut hadir, bekas isteri Nazaruddin, Mazlina Mohamad, 38, anak-anaknya, Amir Hazazi, 15, Nur Amirah, 14, Nur Atiqah,12, Nabil Haikal, 11, Adip Irfan, 7, Nur Athirah, 4, dan bapanya, Saidin Aziz, 63. Dalam kejadian tersebut, Nazaruddin dilaporkan diculik oleh 10 individu lengkap bersenjata api ketika berada di sebuah bandar kecil di Pulau Jolo pada 7 Mei lalu untuk menguruskan perniagaan berkaitan cicak tokek. Beliau berkata, beliau yakin pertemuan dengan kumpulan itu akan membuahkan hasil untuk memberi sinar harapan kepada keluarga malang tersebut. |
Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT Mayat berseluar dalam
PETALING JAYA - Mayat seorang pemandu teksi hanya berseluar dalam yang dibungkus dengan permaidani ditemui dalam teksinya di Jalan Medan 32, Blok E, Taman Medan, di sini, malam kelmarin.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mayat mangsa, dikenali sebagai Wong Chee Leong, 32, ditemui oleh penduduk di kawasan itu kira-kira jam 7.30 malam. "Siasatan awal menunjukkan terdapat kesan lebam pada badan mangsa, dipercayai dipukul. "Kita juga temui sampel cap jari dalam kenderaan itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam. Arjunaidi berkata, mangsa mati kurang tempoh 24 jam sebelum ditemui dan polis percaya, mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan dalam teksi di kawasan terbabit. "Motif kejadian belum dikenal pasti, tetapi siasatan menunjukkan tiada unsur samun," katanya. Difahamkan, mangsa adalah anak kelima daripada enam beradik dan keluarganya memiliki kilang membuat kasut khas untuk polis. Beliau berkata, tiada senjata ditemui di lokasi kejadian dan semakan mendapati mangsa berasal dari Sri Kembangan itu tidak memiliki sebarang rekod jenayah. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan