Sabtu, 18 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Peluru tembusi kepala

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Peluru tembusi kepala SUNGAI PUYU - Polis menggiatkan usaha menjejaki dua lelaki yang disyaki pembunuh upahan selepas mereka menembak mati pemilik kilang beras Joo Choon Sdn Bhd di sini, awal pagi semalam.

Mangsa, Ooi Ching Tian, 58, yang ditembak tiga das dari jarak dekat meninggal dunia selepas tiga jam dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini akibat kepalanya ditembusi peluru.

Dalam kejadian pada jam 12.50 pagi di hadapan rumahnya di Taman Sungai Puyu di sini itu, mangsa ditembak ketika keluar dari kereta untuk membuka pintu pagar sebaik pulang dari makan malam di Butterworth sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias yang dihubungi berkata, sebaik tiba di hadapan rumahnya, mangsa yang keseorangan ketika itu, turun dari kereta Toyota Harrier untuk membuka pintu pagar apabila tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan melepaskan tiga das tembakan tepat mengenai kepalanya.

"Bunyi tembakan didengari isteri dan anaknya yang meluru keluar namun terkejut apabila mendapati Ching Tian rebah berlumuran darah di tepi kenderaan manakala suspek dilihat melarikan dengan memecut kereta Proton Wira berwarna gelap dipercayai dipandu rakan subahat menghala ke Mak Mandin," katanya.

Menurutnya, isteri dan anaknya kemudian menghantar Ching Tian ke HSJ namun mangsa meninggal dunia selepas tiga jam diberikan rawatan.

Difahamkan, mangsa seorang peniaga beras yang berjaya di daerah ini dan dikenali dalam kalangan pekerjanya sebagai seorang yang bersifat pemurah.

Mayat mangsa selesai dibedah siasat pagi semalam dan dituntut ahli keluarganya sejurus itu.

Zulkifli berkata, polis menubuhkan unit khas untuk menyiasat kes pembunuhan Ching Tian, pagi ini.

Menurutnya, pihaknya kini giat menjejaki suspek dan motif pembunuhan ke atas mangsa.

"Buat masa ini, kami sedang siasat secara terperinci untuk mengetahui motif sebenar pembunuhan kerana terdapat banyak kemungkinan yang boleh dikaitkan dengan kes ini, antaranya dendam, masalah perniagaan dan selisih faham," katanya.

Sehubungan itu, saksi diminta tampil membantu siasatan, manakala kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved