Sabtu, 18 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Muzium Tekstil peraga warisan

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Muzium Tekstil peraga warisan Berkembang pesat dengan nilai eksport RM10.6b, ketujuh dalam sektor perkilangan

Sebagai menunjukkan tekstil merupakan sumber yang turut menyumbang kepada industri negara, kerajaan telah membangunkan kompleks muzium khas bagi mempamerkan pelbagai aktiviti dan proses melibatkan penghasilan tekstil.

Muzium Tekstil Negara terletak di Bangunan JKR, Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur. Ia terletak di tengah-tengah antara Bangunan Dayabumi dan bangunan Sultan Abdul Samad.

Muzium ini merupakan sebuah bangunan warisan yang pernah digunakan oleh pelbagai jabatan dan institusi sebelum ini kerajaan.

Bangunan ini siap dibina pada tahun 1896 berketinggian dua tingkat setengah dengan keluasan tanah 3259 meter persegi dan keluasan lantai 3145.3 meter persegi.

Muzium Tekstil Negara dibuka secara rasmi pada Januari 2010 dan menempatkan koleksi, sejarah asal-usul dan lain-lain perkara yang melibatkan tekstil di negara kita.

Muzium ini terbahagi kepada beberapa galeri utama seperti Galeri Pelangi, Galeri Pohon Budi, Galeri Ratna Sari dan Galeri Teluk Berantai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terapi 3D kawal sakit

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Terapi 3D kawal sakit WASHINGTON - Permainan video tiga dimensi (3D) sering dianggap aktiviti mengkhayalkan kanak-kanak dan golongan muda.

Bagaimanapun, satu kajian dilakukan penyelidik di Amerika Syarikat (AS) terhadap golo-ngan berumur antara 25 hingga 60 tahun, mendapati permainan itu boleh menjadi terapi maya kepada pesakit untuk menahan kesakitan ketika melakukan pembedahan atau rawatan.

Rawatan menggunakan program dikenali SnowWorld yang memaparkan imej dunia sebenar dengan pemandangan alam sekeliling begitu indah dan dilengkapi sistem bunyi seakan-akan berada di lokasi berkenaan.

Hanya menekan tetikus sahaja pesakit boleh bermain permainan video tanpa menyedari mereka sebenarnya berada di dunia 3D.

Keputusan daripada ujian terbabit mendapati penurunan ketara terhadap komponen deria dan emosi, selain mengawal kesakitan dialami selepas menerima rawatan.

Rawatan itu dikatakan lebih berkesan kepada warga emas dan digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami masalah tekanan perasaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved