Sabtu, 18 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tiga beradik tanpa sijil lahir

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tiga beradik tanpa sijil lahir KAMPUNG PANCHOR – Dalam keadaan perkembangan ekonomi dan pelbagai agenda pembangunan yang dilaungkan kerajaan saban hari, masih terdapat banyak rakyat yang tersisih dari arus kemajuan.

Jika berumahkan sebuah bangsal kecil, berlantaikan tanah liat, berbumbung dan berdindingkan zink semata–mata, tidak keterlaluan jika dikatakan terlalu jauh ketinggalan seolah-olah baru semalam, pasca kemerdekaan, masih dibelenggu kemiskinan biar apapun faktor penyebabnya.

Salah seorangnya, Mohd Tarmizi Ismail, 42, cuma seorang buruh kuari dengan pendapatan beberapa ratus sebulan, tidak mampu menyara keluarganya dengan empat anak.

Isterinya, Rosnida Sharifudin, 30, sekadar suri rumah biasa, tanpa pendapatan.

Lebih malang, apabila pasangan ini tidak mampu menyediakan kos pembayaran hospital menyebabkan tiga anak mereka gagal mendaftarkan kelahiran sekali gus gagal memperoleh sijil kelahiran.

Rosnida berkata, hanya anak sulungnya yang berusia 9 tahun mempunyai sijil kelahiran dan dapat mengikuti persekolahan seperti biasa.

"Anak kedua kami, Mohd. Fairus Firdaus, 8, tidak dapat didaftarkan kelahirannya kerana kami tidak mampu membayar kos hospital menyebabkan sijil kelahiran tidak dapat didaftarkan.

"Kini dia berada di tahun dua di Sekolah Kebangsaan Gunung hasil ihsan pihak sekolah yang membenarnya bersekolah walaupun dia tidak mempunyai sijil kelahiran," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, pondoknya kini dibina di atas tanah mentuanya selepas beberapa kali berpindah randah sebelum ini.

Selain itu, katanya, pondok yang didiami mereka berdepan masalah takungan air setiap kali hujan lebat.

"Setiap kali hujan lebat air akan bertakung dalam pondok kami separas 0.3 meter yang menyebabkan kami terpaksa menumpang di rumah mentua berhampiran.

"Untuk membina kediaman yang lebih sempurna kami tidak mampu kerana upah pekerjaan suami hanya mencukupi bagi makan minum kami sekeluarga sahaja," katanya.

Namun katanya, apa yang membimbangkan ialah masa depan tiga anaknya yang tidak mempunyai sijil kelahiran.

"Dua lagi anak kami yang tidak mempunyai sijil kelahiran ialah Mohd. Ridhuan Haikal, 6, dan Mohd Adam Mukhriz, 2.

"Kami tidak tahu bagaimana lagi caranya untuk membolehkan anak- anak kami mendapatkan sijil kelahiran bagi membolehkan mereka meneruskan pelajaran kelak," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Husain menggesa pihak berkenaan untuk mengambil tindakan drastik terhadap kanak- kanak yang tidak mempunyai sijil kelahiran tersebut.

"Saya amat berharap pihak berkenaan dapat turun padang mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah kanak- kanak yang tidak mempunyai sijil kelahiran ini.

"Mereka adalah dari keluarga miskin yang tidak mampu membayar kos hospital menyebabkan kelahiran mereka tidak dapat dikeluarkan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan membuat usul untuk membolehkan keluarga ini menerima peruntukan wang ihsan bagi pembinaan sebuah rumah yang lebih selesa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved