Sabtu, 18 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pesanan terakhir sebelum ajal

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pesanan terakhir sebelum ajal BUKIT CHATAK - "Sebelum nyawa pak cik diambil Tuhan, pak cik ingin melihat masalah banjir kilat yang dihadapi penduduk di sini berakhir. Alhamdulillah dengan bantuan surat khabar Sinar (Harian), masalah ini berjaya diatasi," itulah ungkapan yang pernah diluahkan arwah Wan Khalid Muda (gambar), 72, salah seorang mangsa banjir kilat yang terpaksa melalui detik sukar itu sejak lebih 30 tahun lalu.

Wan Khalid yang sempat menghiasi muka depan akhbar ini dalam laporan mengenai penderitaan penduduk menghadapi banjir di kampungnya, meninggal dunia ketika ingin menjamah hidangan di sebuah kedai makan di Sura Gate, kira-kira jam 12.30 tengah hari Selasa lalu.

Ketika kejadian, arwah yang juga penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu, difahamkan baru pulang selepas mengambil ubat di Hospital Dungun sebelum dia secara tiba-tiba rebah akibat serangan jantung.

Mengimbas kembali detik semasa hayatnya, balu arwah, Zainun Daud, 52, berkata, pada malam sebelum kejadian menimpa bekas pekerja lombong bijih itu, arwah suaminya ada bercerita mengenai nasib bakal menimpa isterinya jika dia sudah tiada lagi.

Menurut Zainun, apa yang difikirkan arwah ialah berkaitan tempat tinggalnya kerana rumah yang pernah menjadi tempat mereka berteduh bersama, bukan miliknya.

"Arwah berkata, kalau dia tidak ada, bagaimanalah nasib saya, mungkin saya kehilangan tempat tinggal kerana rumah ini bukan rumah kami, hanya menumpang rumah orang.

"Dia juga menyebut supaya mencari wartawan Sinar Harian jika perlukan bantuan kerana katanya, dia sendiri walaupun tidak mempunyai sebarang pertalian, namun pernah mendapat bantuan wartawan itu untuk menyelesaikan masalah sehingga segala kesulitan berjaya diselesaikan," kata Zainun sambil mengesat air mata.

Sementara itu, rakan arwah, Wan Mamat Wan Embong (gambar) berkata, dia sempat membawa arwah ke hospital sebelum arwah mengajaknya makan tengah hari di kedai makan berdekatan Sura Gate.

"Selepas selesai urusan, dia mengajak saya makan.

"Namun, sebaik sahaja dia mengambil lauk, ketika ingin duduk di kerusi, dia tiba-tiba rebah. Belum sempat berpesan, dia meninggal dunia," katanya.

Arwah Wan Khalid ketika hayatnya pernah mendapat bantuan wartawan Sinar Harian untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di rumahnya, selain sempat menaiki kereta Skuad Cakna untuk meminta bantuan daripada pihak berkaitan.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved