Sabtu, 18 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

PNP serah memorandum

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

PNP serah memorandum KUANTAN - Persatuan Nelayan Negeri Pahang (PNP) tampil menyerahkan memorandum sebagai tanda sokongan terhadap dasar kerajaan khasnya dalam membangunkan industri perikanan demi meningkatkan taraf hidup golongan terbabit.

Memorandum setebal sembilan muka surat itu diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur, Datuk Wan Adnan Wan Mamat, Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Pahang di Jeti Tengku Adnan, Tanjung Api di sini, petang semalam.

Pengerusinya, Zulkiflee Md Yusoff berkata, penyerahan memorandum itu dilakukan bersempena Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Masyarakat Nelayan di sini.

Menurutnya, PNP yang dianggotai kira-kira 4,000 ahli menyokong penuh dasar dan inisiatif diperkenalkan kerajaan dan mengharapkan supaya ianya diteruskan.

"Kami menyokong penuh usaha kerajaan terus memberi subsidi diesel dan petrol kepada nelayan Zon A dan B (nelayan pantai tradisional) selain bantuan sara hidup RM200 sebulan serta bantuan insentif 10 sen sekilogram untuk pendaratan ikan," katanya.

Zulkiflee berkata, pihaknya berharap kerajaan mengekalkan pemberian subsidi petrol dan diesel bagi nelayan Zon A dan B kerana peningkatan harga bahan api itu membebankan nelayan.

"Kami kesal kerana ada pihak menyalahgunakan diesel dan petrol bersubsidi dengan menjual bahan itu kepada nelayan asing dan sektor lain.

"Tindakan kerajaan mengurangkan subsidi diesel kepada nelayan Zon C2 wajar dan perlu juga dilaksanakan kepada Zon C," katanya.

Menurutnya, lesen sampan perlu diberikan kepada nelayan pantai tulen kerana mereka berpeluang menikmati kemudahan termasuk subsidi bahan api, bantuan sara hidup dan insentif pendaratan ikan yang akan membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

"Kita juga berharap bantuan sara hidup nelayan dikemas kini segera supaya pembayarannya dapat dilakukan kepada mereka yang benar-benar layak secara lebih teratur," katanya.

Zulkiflee berkata, PNP menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha yang dilakukan untuk menentang dasar kerajaan oleh segelintir pihak kerana tindakan itu boleh mengganggu gugat kesejahteraan nelayan.

"Kami juga tidak bersetuju dengan sebarang bentuk perhimpunan dan piket haram bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan," katanya.

Sementara itu, seorang wakil nelayan Kuantan, Mohamad Amir Mohsin berkata, majlis kesyukuran dan doa selamat itu diadakan semata-mata sebagai tanda kesyukuran mereka terhadap rezeki yang diberikan Allah.

"Walaupun berdepan pelbagai dugaan sejak kebelakangan ini, ia bukan satu alasan untuk kami mendesak kerajaan dengan pelbagai permintaan.

"Sebaliknya kami sepakat mengadakan kenduri ini dan pada masa yang sama menyerahkan memorandum kepada LKIM dan Jabatan Perikanan Pahang," katanya.

Dia berkata, kenduri secara bergotong royong itu dihadiri kira-kira 2000 tetamu termasuk masyarakat nelayan dan orang ramai.

Ketika ditanya tentang harga ikan yang naik kebelakangan ini, dia berkata, dakwaan kenaikan harga ikan disebabkan faktor kenaikan bahan api kurang tepat sebaliknya masalah itu berlaku akibat faktor semula jadi .

"Musim ini memang ikan kurang dan hasil tangkapan nelayan juga merosot," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved