Sabtu, 18 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Syed Ali kekal Ketua UMNO Bahagian Cheras

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Syed Ali kekal Ketua UMNO Bahagian Cheras

KUALA LUMPUR – Kesemua 31 cawangan UMNO dalam bahagian Cheras yang telah selesai mengadakan mesyuaratnya masing-masing sebulat suara mengekalkan Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee sebagai ketua bahagian untuk penggal keempat berturut-turut.

Beliau yang mula menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Cheras sejak 15 Mac 1998, menang tanpa sebarang pertandingan.

Turut kekal tanpa bertanding ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, Datuk Faridah Abu Hassan dan Ketua Pergerakan Pemuda, Tuan Syed Mehdhar Syed Abdullah.

Manakala bagi jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian, Sarina Shariff juga memenanginya tanpa sebarang pertandingan apabila penyandang, Puan Norlaili Mohamed melepaskan jawatan kerana melebihi had umur yang ditetapkan.

Sementara itu, Syed Ali menegaskan kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli UMNO menerusi mesyuarat peringkat cawangan merupakan satu mandat dan tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

"Seperti yang selalu saya tegaskan sebelum ini, kita memegang jawatan hanya untuk berkhidmat kepada parti menerusi kepimpinan berasaskan kepada semangat kekeluargaan dan bermusyuwarah," tegasnya.

Menurut beliau, apabila seseorang diberikan kepercayaan memegang jawatan tertinggi parti sama ada di peringkat cawangan dan bahagian, maka kepercayaan itu hendaklah diterjemahkan menerusi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Mengenai kesediaannya untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Disember ini, Syed Ali menjelaskan beliau menawarkan diri kerana ingin memberi khidmat bakti kepada parti menerusi skop yang lebih luas.

"Saya menawarkan diri kerana ingin berkhidmat kepada parti, apatah lagi sewaktu keyakinan orang Melayu terhadap UMNO agak terhakis khususnya selepas pilihan raya umum ke-12 yang lalu," ujarnya.


Dipetik daripada Blog Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tuntutan Spratly perlu diselesai cara bijaksana - Zahid

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tuntutan Spratly perlu diselesai cara bijaksana - Zahid

TANAH MERAH – Malaysia tetap berpendirian bahawa menyelesaikan segala masalah dengan menggunakan kekuatan ketenteraan perlu dielakkan kerana banyak lagi cara untuk menyelesaikan tuntutan beberapa negara di Kepulauan Spratly.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia telah memberikan beberapa cadangan untuk mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku seperti mengadakan pertemuan dua hala, pemantauan bersama serta dialog pelbagai hala bagi mencari kata sepakat antara negara terbabit.

"Malaysia tertakluk kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (Unclos) 1982 iaitu perlu berada di sekitar 200 batu nautika dan apa pun kita tetap meletakkan anggota tentera laut kita untuk mengawasi.

"Kekuatan ketenteraan perlu dielakkan oleh semua pihak sebaliknya kita menyarankan agar digunakan diplomasi ketenteraan kerana ini adalah lebih baik," katanya yang juga Naib Presiden UMNO kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Tanah Merah di sini hari ini.

Suasana tegang kembali mewarnai isu tuntutan di Spratly apabila China bertindak menggerakkan kapal peronda terbesar dalam angkatan tentera lautnya di Laut China Selatan sejak beberapa hari lalu bagi mengawasi perairan itu.

Ia berikutan pergeseran antara negara kuasa besar Asia itu dengan Filipina.

Selain Filipina dan China, beberapa gugusan Kepulauan Spratly turut dituntut oleh Malaysia, Vietnam dan Brunei dengan Malaysia sendiri membina kubu pertahanan di tiga kawasan iaitu Terumbu Layang-Layang, Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani.

Ahmad Zahid berkata, semua negara yang menuntut juga disarankan agar tidak mengadakan latihan ketenteraan di kawasan kepulauan itu yang dilihat cuba membuat provokasi kekuatan ketenteraan mereka. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved