Rabu, 13 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Presiden Filipina masih cari kekasih

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

Presiden Filipina masih cari kekasih

KALIBO - Presiden Filipina, Benigno Aquino, kelmarin sekali lagi menyuarakan hasratnya untuk berkahwin selepas penggal perkhidmatannya berakhir pada 2016.

Aquino, 51, menyentuh mengenai kehidupan peribadinya itu semasa uca-pan di majlis pengagihan geran dan subsidi kerajaan di Aklan, Filipina.

"Saya patut tinggal di sini kerana ramai wanita cantik untuk dijadikan calon isteri," kata Aquino secara berseloroh di hadapan 4,000 penduduk tempatan.

Walaupun sering mengkritik media kerana kerap mempersoalkan hal percintaannya, pemimpin berumur 51 tahun itu sendiri kerap menyelitkan isu perhubungannya dalam ucapan beliau.

Lagi demonstrasi di Mesir

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

Lagi demonstrasi di Mesir KAHERAH - Ribuan penduduk Mesir berarak menuju ke ibu pejabat pemerintah tentera kelmarin bagi menuntut pengunduran pemerintahan Majlis Tertinggi Tentera daripada kerajaan sementara negara itu.

Perarakan itu dilakukan selepas Majlis Tentera memberi amaran akan menggunakan semua cara yang sah dari segi undang-undang untuk mengakhiri protes lima hari di Dataran Tahrir yang diadakan penunjuk perasaan.

Penunjuk perasaan berarak dari Dataran Tahrir ke pejabat perdana menteri dan menuntut pengunduran pemimpin Majlis Tentera, Mohammed Hussein Tantawi.

Tantawi berkhidmat sebagai menteri pertahanan selama dua dekad semasa pemerinta-han pemerintah kuku besi negara itu, Hosni Mubarak yang terpaksa meletak jawatan selepas rakyat bangkit menentang pimpinannya, Februari lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tepung, minyak masak kurang di Yan

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tepung, minyak masak kurang di Yan YAN - Masalah bekalan tepung gandum bersubsidi dan minyak masak dikesan berlaku di beberapa kawasan di Yan sejak dua minggu lalu.

Tinjauan Sinar Harian di Guar Chempedak dan Yan Kechil semalam, mendapati, bekalan tepung gandum bersubsidi dan minyak masak seringkali terganggu setiap kali menjelang Ramadan.

Pemilik Pasar Mini Guar Indah, Yusof Ismail, 46, berkata, kebanyakan masalah bekalan barang keperluan harian ialah melibatkan barangan bersubsidi seperti tepung gandum, minyak masak dan beras nasional.

Menurutnya, masalah paling kritikal yang dihadapinya ialah kekurangan bekalan tepung gandum bersubsidi.

"Sebelum ini, bekalan tepung gandum diterima tiga kali dalam seminggu dengan kuantiti sehingga 300 kilogram (kg) bagaimanapun sejak beberapa minggu lalu, saya hanya mendapat kira-kira 100 kg.

"Terdapat penurunan kira-kira 600 kg dalam tempoh seminggu, namun sejak seminggu lalu, saya tidak menerima bekalan langsung, malah saya dimaklumkan bahawa kuota daripada kilang adalah terhad malah pembekal juga tidak mempunyai stok simpanan," katanya.

Yusof berkata, menjelang musim perayaan, bekalan minyak masak (paket 1 kg) juga turut terganggu, khususnya pada setiap hujung bulan.

"Masalah kekurangan bekalan minyak masak dikesan bermula pada 20 hari bulan, dan bekalan biasanya akan pulih menjelang satu hari bulan. Perkara ini sudah berlarutan sejak sebulan lalu, malah hampir setiap tahun perkara sama berulang.

"Sewajarnya, Kerajaan perlu mengambil pendekatan menambahkan kuota agar peruncit dan pengguna tidak berasa terbeban," katanya.

Seorang lagi peruncit di Jalan Dulang Sungai Yan, Chuah Tea Cho, 40, berkata, masalah kekurangan bekalan minyak dihadapinya pada setiap hujung bulan.

"Sebelum ini, saya menerima kira-kira 400 kg bekalan minyak masak pada setiap minggu bagaimanapun bekalan minyak masak yang dijual pada harga runcit RM2.50 itu, kini semakin berkurangan.

"Hari ini (semalam), saya hanya mendapat 300 kg, terdapat pengurangan kira-kira 100 kg dan apabila hujung bulan, bekalan semakin berkurangan," katanya.

Sementara itu, seorang lagi peruncit di Pasar Yan Kecil, Suhaimi Mohd Mahadi, 43, berkata, sejak seminggu lalu, dia tidak dapat menjual minyak masak kepada pelanggannya kerana ketiadaan bekalan.

"Memang ramai pelanggan yang merungut. Biasanya dalam tempoh seminggu, saya menerima 200 kg tetapi sejak akhir-akhir ini hanya 40 ke 80 kg sahaja.

"Satu lagi masalah yang terpaksa ditanggung peruncit seperti saya ialah harga beli RM2.45 manakala harga runcit yang ditetapkan ialah RM2.50. Untung yang kami peroleh sangat kecil, hanya 5 sen," katanya.

» selanjutnya...

Lelaki nekad minum racun

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

Lelaki nekad minum racun AULONG LAMA – Tidak tahan dengan tekanan akibat putus cinta dan tuduhan merogol, seorang lelaki mengambil langkah mudah dengan meminum racun.

Pemuda yang dikenali sebagai Chen, 25, berkata, sebelum ini, dia mempunyai seorang teman wanita berusia 16 tahun dan hubungan mereka terjalin hampir beberapa bulan.

Menurutnya, bagaimanapun hubungan itu ditentang oleh bapa teman wanitanya setelah mendapat tahu mereka pernah melakukan hubungan seks.

"Saya tidak menyangka ia akan berakhir dengan keadaan begini kerana saya sememangnya menyayangi dan ingin berkahwin dengannya," katanya.

Chen berkata, bapa perempuan itu meminta dia menyerahkan sejumlah wang, memutuskan hubungan dan tidak lagi berjumpa dengan anaknya.

Menurutnya, akibatnya dia mengambil tindakan meminum racun dan kini terpaksa terlantar di hospital.

"Selepas minum racun, saya sempat mengirimkan sistem pesanan ringkas (SMS) kepada ibu supaya tidak membayar wang yang diminta.

"Saya mengalami muntah, suara menjadi garau dan dihantar ke hospital oleh pakcik. Sehingga kini, dua kali buah pinggang saya dicuci akibat minum racun itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, polis telah menerima laporan dari kedua-dua pihak yang terlibat.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, pihak polis juga akan membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan.

"Walaupun, mangsa melakukan hubungan seks secara rela tetapi jika mangsa di bawah umur 16 tahun, ia juga dikira sebagai merogol.

"Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini," katanya.

Kerana wanita, seorang lelaki maut ditikam

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kerana wanita, seorang lelaki maut ditikam MERU – Gara-gara dendam dan berebutkan seorang wanita, seorang lelaki berusia 27 tahun terkorban akibat ditikam dengan pisau oleh seorang lelaki di dalam sebuah bengkel membaiki kenderaan, di Jalan Meru, di sini, semalam.

Mangsa yang ketika itu sedang berjalan seorang diri dikejutkan dengan kehadiran dua suspek. Dia segera berlari menyelamatkan diri sebaik menyedari kelibat suspek utama yang memegang pisau dengan masuk ke sebuah bengkel baiki kereta.

Bagaimanapun tindakan itu gagal apabila mangsa dikejar sebelum ditikam suspek. Namun, mangsa tidak berputus asa sebelum bangun dan berlari sambil memegang bahagian yang ditikam dan keluar dari bengkel tersebut.

Namun sudah ajal mangsa apabila hanya 50 meter berlari dari lokasi terjatuh, dia kemudiannya rebah dan meninggal dunia di hadapan sebuah premis dalam keadaan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohamad Shukor Sulong berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari yang mana mangsa sedang berjalan di lorong belakang premis dua tingkat itu sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal dipercayai warga Indonesia.

"Berdasarkan penelitian pada kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di belakang premis itu, salah seorang suspek menunggu di motosikal manakala suspek utama mengejar mangsa.

"Menyedari dikejar suspek, mangsa segera berlari ke dalam sebuah bengkel sebelum dia terjatuh dan ditikam.

"Berikutan itu, mangsa cedera parah. Dia kemudiannya meninggal dunia sebaik rebah di hadapan sebuah premis," katanya.

Akibat kejadian, menurutnya, polis sedang menjejaki suspek dikenali Andriyanto, 21, yang mana pada masa kejadian dia memakai t-shirt putih dan berseluar jeans bagi membantu siasatan.

"Sesiapa yang menyaksikan kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara bagi melengkapkan siasatan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian petang semalam.

Kantoi silap dail nombor

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kantoi silap dail nombor KUALA TERENGGANU - Mengundang padah! Hasrat seorang kakitangan sebuah hospital untuk mendapatkan bekalan pil kuda daripada 'tauke dadah' tidak kesampaian setelah dia tersalah membuat tempahan dengan mendail nombor telefon salah seorang Pegawai Polis Narkotik Kuala Terengganu, kelmarin.

Suspek, 48, yang merupakan kakitangan bahagian forensik sebuah hospital itu difahamkan pada awalnya ingin menghubungi 'tauke dadah' berkenaan untuk mendapatkan bekalan dadah, namun dia tersilap langkah apabila nombor yang dihubungi itu adalah milik seorang Pegawai Polis Narkotik Kuala Terengganu.

Suspek difahamkan telah membuat tempahan sebanyak dua biji pil kuda untuk dijadikan bekalan supaya tidak mengantuk atas alasan ingin menghantar isterinya yang sarat mengandung lapan bulan ke rumah mentuanya di Besut.

Bagaimanapun, suspek yang bakal menerima cahaya mata pertama selepas sembilan tahun berkahwin terkedu apabila tangannya digari dan bukannya pil kuda yang diterima ketika menghulurkan wang kepada pegawai polis yang disangka 'tauke dadah' itu di hadapan bilik mayat hospital terbabit kira-kira jam 1 tengah hari.

Selepas ditahan, suspek dibawa ke Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) untuk ujian saringan air kencing dan hasilnya, dia didapati positif pil kuda.

Sementara itu, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid (gambar) berkata, siasatan awal mendapati suspek telah terlibat dengan pengambilan pil kuda sejak lapan tahun lalu.

"Namun, suspek membuat pengakuan yang dia sudah lama berhenti mengambil pil kuda itu dan kini, baru mula berjinak untuk mengambilnya semula.

"Suspek kini ditahan reman sehingga 15 Julai ini untuk siasatan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya kepada media ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Dua beradik ditemui lemas

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

Dua beradik ditemui lemas BACHOK – Dua beradik ditemui mati lemas dalam tali air Kampung Mak Lipah kira-kira 400 meter dari kediamannya, di sini pada jam 8.15 malam kelmarin.

Mayat dua beradik itu, Alwani Shamimi,11, ditemui penduduk kampung dan mayat Mohd. Izzat Afiq, 9, ditemui bapanya di dalam tali air tersebut.

Bapa mangsa, Mohd. Rizal Azly Awang, 35, berkata, ketika kejadian beliau bersama isteri, Asmarani Ismail, 30, dan anak bongsu mereka menziarahi keluarga ibu mentuanya di Alor Bakat.

"Ketika itu saya bersama isteri dan anak bongsu kami ke rumah mentua saya di Alor Bakat petang semalam. Apabila kami pulang ke rumah kira-kira jam 7 petang, kami dapati anak kami tiada.

"Kemudian saya ke rumah ibu saudara saya berdekatan untuk mencari mereka tetapi tiada. Begitu juga gagal mencari mereka ketika ke rumah ibu. Selepas itu sepupu memberitahu supaya mencari anak berhampiran tali air kerana dilihat berada di sana pada petang semalam," katanya, kepada Sinar Harian semalam.

Kemudian katanya, dia telah ke tepi tali air untuk mencari anak-anaknya dan ternampak basikal anak sulungnya di tebing tali air.

Selepas itu Mohd. Rizal meminta bantuan penduduk untuk mencari anaknya. Kira- kira jam 8.15 malam, mayat anak sulung ditemui Mohd. Rizal sendiri dan mayat anak lelakinya ditemui penduduk dengan keadaan tertindih oleh basikal di dasar tali air.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Yahya Salleh yang dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Celcom beri peluang menang RM50,000

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

Celcom beri peluang menang RM50,000 Sebagai sebahagian daripada usaha Celcom Axiata Berhad (Celcom) meraikan 8.7 juta pengguna pasca bayarnya, Celcom sekali lagi mengadakan promosi Hello Money yang terbuka kepada pelanggan Xpax, U.O.X, S.O.X, Celcom Blue dan Sukses.

Promosi ini memberi peluang penggunanya memenangi wang tunai berjumlah RM50,000 setiap minggu dengan hanya membuat lima panggilan tempatan sehari sehingga 31 Julai akan datang.

Sebagai peneraju penyedia telekomunikasi di Malaysia, Celcom sentiasa memastikan penggunanya mendapat perkhidmatan terbaik selain penjimatan yang bernilai pada setiap masa.

Sementara itu, bagi minggu keempat ini, pembantu jururawat, Noorhafizza Nazali, 26, telah dipilih sebagai pemenang keempat sekali gus membawa pulang wang tunai RM50,000.

Dengan hanya membuat beberapa panggilan sehari dan menjadi pengguna setia Xpax selama setahun, Noorhafiza gembira apabila dipilih sebagai pemenang bertuah dalam promosi Hello Money ini.

Hadir di majlis penyampaian hadiah, Naib Presiden Celcom Bahagian Pemasaran Produk, Umi Haina Abdul Rahman, Pengurus Kanan Pemasaran Produk Celcom, Masdiana Sulaiman dan kakitangan Celcom turut hadir memeriahkan acara.

PNB terima pelaburan lebih RM11 bilion

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

PNB terima pelaburan lebih RM11 bilion Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menerima pelaburan lebih RM11 bilion daripada pelabur-pelabur di seluruh negara dalam semua unit Amanah Saham dari Januari hingga Jun tahun ini.

Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, PNB mengharapkan pulangan kompetitif dari masa ke semasa berdasarkan minat mendalam orang ramai terhadap pelaburan harga tetap.

Menurutnya, jumlah kutipan secara keseluruhan pelaburan dikutip setakat ini ialah RM130 bilion daripada 10.5 juta pelabur.

"PNB menguruskan dana berharga tetap yang mana ia menarik minat orang ramai dan transformasi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan membantu perkembangan prestasi pelaburan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Kumpulan PNB kepada Negeri Kelantan, di Kota Bharu, Kelantan.

Hamad Kama Piah berkata, PNB menerusi anak syarikat, Amanah Mutual Berhad (AMB) baru saja melancarkan produk islamik, Dana Nabeel iaitu dana pasaran wang Islam pertama di negara ini bernilai RM200 juta.

Jelasnya, Amanah Saham PNB kesemuanya untuk penyertaan secara individu dan AMB � membuka peluang kepada syarikat korporat membuat pelaburan.

"Harga unit mengikut harga semasa, masih lagi dibuka dan kita masih menunggu respons mengenai perkembangannya.

"Dana amanah berlandaskan syariah itu adalah dana pasaran wang terbuka bersaiz 400 juta unit dengan harga tawaran awal bernilai 50 sen seunit," katanya.

Beliau berkata, Kelantan merupakan negeri kelima menerima zakat perniagaan Kumpulan PNB pada tahun ini di mana sebelum ini Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Perlis menerima RM5.92 juta, RM5.5 dan RM700,000 bagi tahun kewangan 2008 dan 2009 sementara Kedah menerima RM5.65 juta untuk tahun kewangan 2007, 2008 dan 2009.

Pada majlis itu, Hamad Kama Piah menyampaikan zakat bernilai RM1.62 juta kepada Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Dua beradik cemas berdepan perompak

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

Dua beradik cemas berdepan perompak

KUANTAN - Seorang wanita bersama abangnya berdepan detik mencemaskan apabila diacukan parang oleh dua perompak bertopeng yang menceroboh masuk rumahnya di Batu 15, Jalan Gambang dekat sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu, mangsa berusia 38 tahun dan abangnya, seorang lelaki kurang upaya (OKU) berusia dalam lingkungan 40an terpaksa menyerahkan rantai leher yang dipakai kerana bimbang dicederakan perompak terbabit.

Dua beradik itu bagaimanapun selamat dan tidak dicederakan namun terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM2,000 selepas barang kemas, telefon bimbit, kunci kereta dan sejumlah wang tunai dikebas perompak.

Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Superintenden Noor Asyikin Shamsuri berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama abangnya keluar rumah untuk menghantar anak saudara mereka ke tempat kerja di sebuah pasar raya.

Menurutnya, mangsa meninggalkan rumah dalam keadaan berkunci sebelum kembali semula kira-kira setengah jam kemudian.

"Ketika mangsa sampai, dia ternampak sekeping papan dinding rumahnya tercabut lalu mensyaki berlaku pencerobohan.

"Mangsa memberanikan diri memanggil penceroboh terbabit selepas menyedari kehadiran individu asing dalam rumahnya itu," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Noor Asyikin berkata, mungkin bimbang kegiatan mereka disedari orang ramai akibat jeritan wanita itu, dua suspek yang menutup muka menggunakan kain dan bersenjatakan parang keluar dan segera mendekati mangsa.

"Mangsa diacukan parang sebagai amaran supaya tidak menjerit sebelum salah seorang perompak merampas rantai leher yang dipakai.

"Seorang lagi perompak mendekati abang mangsa yang masih berada dalam kereta dan turut merampai rantai leher yang dipakai lelaki itu," katanya.

Beliau berkata, selepas mendapatkan habuan mereka, dua perompak terbabit melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal berwarna putih.

"Mangsa bagaimanapun tidak sempat mengecam jenis dan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan dua perompak itu.

"Kes ini masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Langsung tak serik

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

Langsung tak serik SENAI – Hasrat 75 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia untuk pulang ke negara asal menggunakan 'laluan tikus' tidak kesampaian apabila ditahan oleh Pasukan Gerakan Marin (PGM) di kawasan pembuangan sampah di Kampung Masjid, Teluk Ramunia, Sungai Rengit dekat Kota Tinggi, di sini, kelmarin.

Komander Markas PGM Wilayah 2, Deputi Superintendan Rosman Ismail berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, sepasukan anggotanya membuat serbuan di kawasan tersebut yang disyaki menjadi kawasan transit sementara kepada semua Pati tersebut sebelum dihantar pulang ke negara asal.

"Daripada 75 Pati itu, 13 daripadanya adalah wanita berusia antara 19 hingga 50 tahun. Kesemua Pati yang datang dari beberapa negeri termasuk Kelantan dan Pahang itu sudah tiba di kawasan tersebut sejak dua hari lalu.

"Mereka hanya menunggu 'lampu hijau' daripada ejen untuk dihantar pulang, namun kepantasan pihak kami membuat serbuan berjaya mematahkan cubaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Rosman berkata, kedudukan kawasan pembuangan sampah tersebut terletak di dalam kawasan pedalaman hutan dan hanya dilalui oleh lori-lori untuk membuang sampah.

Katanya, kesemua warga asing berkenaan yang ditemui lemah kerana tidak makan itu dipercayai mahu pulang ke negara asal untuk menyambut Ramadan dan Syawal yang akan menjelang tidak lama lagi.

Menurutnya, mereka yang berada di bawah kes tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini, PGM Wilayah 2 berjaya menahan 755 Pati ketika cuba masuk dan keluar dari negara ini melalui laluan haram termasuk 14 tekong berbanding 371 Pati sepanjang tahun lalu.

'Bukan saya atur perjumpaan'

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

'Bukan saya atur perjumpaan' KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan desas-desus mengatakan beliau adalah individu yang mengatur pertemuan antara Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 5 Julai lalu.

Beliau berkata, pada hari tersebut, beliau meminta berjumpa Ambiga untuk menasihatinya bahawa Tuanku telah mengeluarkan titah khas dan seluruh rakyat Malaysia termasuk Ambiga perlu akur kepadanya.

Menurutnya, pada perjumpaan tersebut, beliau juga mengingatkan Ambiga perhimpunan seperti ini bukanlah budaya rakyat negara ini kerana percaya pelbagai masalah boleh muncul sekiranya perhimpunan Bersih 2.0 menjadi tidak terkawal.

"Saya harap tiada lagi perhimpunan seperti ini dianjurkan kerana kita tidak mahu malapetaka seperti di negara-negara lain terjadi di negara ini.

"Tuhan begitu baik dengan negara kita, tiada gempa bumi, tiada gunung berapi, tiada taufan dan tiada bencana alam lain, jadi kenapa kita mahu menimbulkan keadaan huru-hara dan masalah dalam negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Pelancongan Dunia Islam di sini semalam.

Beliau berkata, pada perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, pihak polis melakukan tugas yang baik kerana berjaya menghalang dan mengawal perhimpunan ini menjadi lebih besar.

"Tugas polis bukannya mudah, tetapi mereka bertindak dengan penuh hati-hati. Saya bersyukur tiada perkara buruk berlaku," katanya.

Ditanya mengenai kesan perhimpunan ini pada pilihan raya umum yang akan datang, Tun Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas menegaskan mungkin ada kesan, imej pentadbiran Perdana Menteri mungkin tercalar kerana ia melibatkan pendapat awam.

"Mungkin ada kesan, tetapi saya percaya kerajaan perlu dan boleh mencari jalan mengatasinya," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan kerajaan tidak mempedulikan tuntutan Bersih 2.0, Tun Abdullah menolak andaian tersebut kerana kerajaan sejak dahulu lagi sentiasa melihat tuntutan ini dan mengkajinya.

"Kerajaan sentiasa melihat tuntutan ini kerana tahu ia adalah untuk kebaikan dan kepentingan awam, jadi dakwaan yang mengatakan kerajaan tidak mempedulikan tuntutan ini adalah tidak benar sama sekali," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Proklamasi darurat masih relevan

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

Proklamasi darurat masih relevan KUALA LUMPUR - Kerajaan belum memansuhkan Proklamasi Darurat kerana ia masih relevan dan perlu dikekalkan untuk diguna pakai dalam memelihara keselamatan negara, ketenteraman awam dan membanteras jenayah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong (gambar) berkata, Proklamasi Darurat boleh dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong apabila keadaan keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam negara terancam seperti yang termaktub dalam Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan berpandangan Ordinan Darurat didapati perlu untuk memperteguh usaha ke arah mengekalkan ketente�raman dan keselamatan awam demi menghadapi ancaman terhadap keselamatan, ekonomi negara dan perpaduan rakyat.

"Selain itu, negara-negara luar juga dilihat cenderung membuat undang-undang yang mirip dengan undang-undang yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat 1969 seperti Antikeganasan, Akta Jenayah dan Keselamatan 2001 di United Kingdom dan juga Akta Patriotik Amerika Syarikat 2001," katanya ketika menjawab soalan Senator Dr S Ramakrishnan di Dewan Negara semalam.

Dr Ramakrishnan ingin tahu mengapa kerajaan masih belum memansuhkan pengisytiharan darurat yang telah digunakan lebih 40 tahun.

Menurut Liew, sejak kemerdekaan sehingga kini, sebanyak empat Proklamasi Darurat telah diisytiharkan iaitu Proklamasi Darurat pada 3 Sept 1964 bagi seluruh Persekutuan; Proklamasi Darurat 15 Mei 1969 bagi seluruh Persekutuan; Proklamasi Darurat 14 Sept 1969 di Sarawak dan Proklamasi Darurat 8 November 1977 di Kelantan.

Bagaimanapun katanya, Proklamasi Darurat 1964 terbatal secara implikasi oleh Proklamasi Darurat pada 1969 seperti diputuskan Majlis Privi dalam kes Teh Cheng Poh lwn Pendakwa Raya (1979) 1 MLJ 50.

Beliau berkata, Proklamasi Darurat 1969 masih berkuat kuasa kerana Proklamasi Darurat 1977 dengan jelas tidak menyentuh Proklamasi Darurat pada 1969. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Sami tolak cinta nenek

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

Sami tolak cinta nenek KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan kekasih yang dicari oleh seorang nenek berusia 82 tahun terjawab semalam apabila lelaki itu tampil menemuinya di Biro Pengaduan Awam MCA.

Bagaimanapun, pertemuan itu bukanlah ibarat jejak kasih seperti yang diharapkan Ting Ah Moi, lebih malang apabila lelaki itu, seorang sami, tidak mahu meneruskan hubungan.

Khong Chee Fook, 67, berkata, selepas mengetahui berita mengenainya disiarkan media pada 5 Julai lalu, dia terus menghubungi biro itu dan pergi ke sana dua hari kemudian untuk berbincang.

Menurutnya, dia menafikan mereka adalah pasangan kekasih, sebaliknya selama ini niatnya hanya mahu membantu nenek berkenaan.

Katanya, dia selalu bersembahyang serta makan bersama-sama nenek itu.

Dia juga membantu menghalau roh jahat kedua-dua anak lelaki wanita itu yang telah meninggal dunia selepas dikatakan kerap mengganggunya.

Bagaimanapun, mungkin disebabkan kerap bersama dan sering membantu menyebabkan berlaku salah faham seolah-olah wujudnya perasaan cinta.

"Tujuan saya datang ke sini hendak menjelaskan bahawa saya tidak mahu meneruskan apa-apa hubungan dan berharap tidak diganggu lagi," katanya pada sidang media semalam.

Bagaimanapun, Chee Fook tidak banyak bercakap pada sidang media itu berbanding Ah Moi yang kelihatan beberapa kali menitiskan air mata memujuk lelaki itu supaya bersamanya lagi.

Chee Fook berharap Ah Moi dapat menerima takdir bahawa mereka tidak boleh bersama.

Ah Moi berkata, dia berharap sami itu mengubah fikirannya untuk terus berhubungan dengannya.

Malah dia merayu supaya Chee Fook menghubunginya sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Ah Moi menegaskan dia benar-benar jatuh cinta dengan Chee Fook dan menganggap 'dia segala-galanya'.

Dia ternyata kecewa dan tidak dapat menahan sebak dengan keputusan Chee Fook tetapi terpaksa akur.

Akhbar ini melaporkan 5 Julai lalu, nenek itu mencari kekasihnya yang lima bulan menghilangkan diri.

Kali terakhir mereka bertemu 24 Februari lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ragu perjanjian urusan tanah

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

Ragu perjanjian urusan tanah SHAH ALAM – Bekas suami jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya memaklumkan, perbincangan bersama N Pathmanabhan mengenai pembelian tanah bernilai RM25 juta daripada seorang lelaki warga India, Allal Kathan Muturaja agak hangat kerana terdapat enam perkara dalam dokumen perjanjian bertarikh 24 Mac 2008 itu diragui oleh beliau.

Menjelaskan penglibatannya dalam perbincangan tersebut Buhari Mohamed, 62, berkata, Sosilawati membawanya berjumpa Pathmanabhan untuk membantu berurusan mengenai hal tanah di Pulau Pinang itu memandangkan beliau tahu serba sedikit mengenai selok belok urusan berkenaan kerana pernah bekerja sebagai pengurus bank.

Menurutnya, beliau mempertikai enam perkara tersebut setelah didapati tidak sempurna kerana tanah berkenaan didapati bermasalah berikutan masih terdapat kaveat di atasnya.

Selain itu katanya, maklumat identiti penjual tanah (Muturaja) juga tidak lengkap kerana tidak diletakkan nombor kad pengenalan atau nombor pasport selain tidak ada pengesahan daripada Kedutaan India untuk sahkan kewujudan lelaki itu.

"Pathmanabhan kata dia lama jadi peguam dan berpengalaman, jadi dia mengatakan masalah itu boleh diselesaikan. Bagi pihak Sosilawati tidak komen apa-apa cuma saya kesal kerana semasa dia bawa saya, perjanjian sudah ditandatangani dan 10 peratus sudah dibayar," katanya.

Allal Kathan Muturaja ialah seorang ahli perniagaan batu permata di Chennai, India yang dilaporkan hilang di Banting.

Pada Oktober tahun lalu, media melaporkan isterinya S Usharani, 26, mendakwa ada bukti berhubung penglibatan suspek utama dalam kes pembunuhan Sosilawati dengan kehilangan suaminya.

Antaranya buku cek, dokumen urusan jual beli tanah di Kuala Selangor dan beberapa dokumen lain, selain beberapa keping gambar suaminya bersama N Pathmanabhan.

Pada 22 September tahun lalu, media melaporkan kehilangan lelaki itu selepas berurusan dengan suspek utama kes Sosilawati di Banting.

Sosilawati dan tiga rakannya pula dilaporkan hilang setelah ke Banting berkaitan urusan tanah pada petang 30 Ogos 2010.

Dalam keterangannya Buhari berkata, Pathmanabhan memberitahu bahawa Sosilawati tidak berjumpa dengannya pada hari tersebut.

Katanya, Pathmanabhan menyatakan demikian ketika beliau menelefonnya pada 2 September 2010 selepas dimaklumkan oleh anaknya bahawa Sosilawati tidak pulang ke rumah.

Buhari memberitahu ada menghubungi Pathmanabhan melalui nombor yang pernah ditulisnya di atas satu dokumen perjanjian jual beli tanah sewaktu pertama kali bertemu Pathmanabhan pada 2008 selepas gagal mencari bekas peguam itu di Banting pada 31 Ogos 2010 lalu menyuruh anaknya membuat laporan polis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Menghayati susah sesudah senang

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

Sebahagian besar daripada kita asalnya datang daripada keluarga yang serba kekurangan. Sewaktu kecil, kita pernah merasa punyai hanya sepasang baju sekolah yang senteng kerana ayah tak mampu membeli pakaian baru. Ataupun, kita menyarung baju yang gedoboh kerana ia asalnya pakaian sekolah abang yang diberi kepada kita.

Untuk berjimat, kita membawa bekal ke sekolah berupa lempeng atau cekodok sekadar mengalas perut. Kalaupun diberi duit belanja, ianya cukup-cukup untuk membeli mi sepinggan dan segelas air sirap. Itu pun sudah cukup baik kerana ramai lagi kawan-kawan di waktu itu tidak membawa sesen pun ke sekolah. Mereka berlapar. Kalau haus, mereka menonggeng minum air paip sehingga kenyang. Tiada paip water cooler di sekolah pada zaman itu.

Di rumah, kita makan apa yang emak hidangkan. Kadang-kadang, makan malam kita adalah lauk tengah hari. Ada juga masanya, makan malam kita adalah lauk dua-tiga hari lepas, yang diperhangat sampai kering. Seisi keluarga akan makan hidangan yang sama. Bukan macam sekarang. Ada kalanya, hanya si suami yang akan makan masakan isterinya, sedangkan anak-anak makan apa jua menu selain daripada masakan ibu.

Siapa yang tidak pernah merasai kemiskinan? Sama ada ketika di kampus ataupun di hari-hari terakhir bulan ketika hidup membujang, sebahagian daripada kita tentu sekali pernah mengalami situasi tidak berduit hendak makan. Keadaan itu cukup menyakit dan memalukan. Malu pada orang dan malu pada diri sendiri.

Sebab itu, kita berazam untuk mengubah cara hidup dengan belajar rajin-rajin hingga mendapat kerja baik, atau menjadi usahawan hingga hidup kita menjadi selesa, kaya dan akhirnya dihujani kemewahan yang melimpah ruah. Alhamdulillah. Kita yang asalnya susah dan 'makan untuk hidup' kini bertukar senang dan kini 'hidup untuk makan.' Betapa lama kelamaan, kesenangan yang berpanjangan itu menjadikan kita terlupa apa erti kemiskinan.

Kita yang mewah biasa melancong ke pelbagai tempat eksklusif atau bersantai bersama keluarga di kompleks membeli-belah. Di sana, kita lihat wajah-wajah yang riang gembira seperti kita. Kemewahan ada di mana-mana. Orang masih berbelanja walaupun ramai yang kata harga barang-barang sudah mahal.

Tetapi, kita tak akan terserempak dengan golongan yang sudah tidak mampu mengunjungi ke tempat-tempat rekreasi seperti kita. Mereka tiada di tempat-tempat ini. Mereka juga tidak kelihatan di gerai-gerai tepi jalan, di pasar-pasar tani, bahkan di pasar-pasar malam. Mereka hanya berada di tempat kerja. Selepas kerja, mereka akan berkurung di rumah. Pendek kata, mereka sudah berundur dari pentas dunia kerana lelah mengejar kesenangan. Mereka kalah dan terperosok di dalam dunia kemiskinan dan menyisih diri. Sebab itu kita sudah tidak temui mereka.

Apakah kebimbangan mereka yang miskin ini? Mereka bimbang bagaimana hendak memberi makan kepada isteri dan anak-anak, membayar sewa rumah, melangsaikan pelbagai jenis bil dan hutang piutang yang semakin bertambah. Hidup mereka kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Masa depan mereka hanyalah setakat esok hari. Mereka tidak berani berpandangan jauh kerana yang dekat pun sudah tidak terlarat hendak difikirkan, apatah lagi diimpikan.

Barangkali, dalam keadaan risau dan hampir putus harap akibat kemiskinan, maka terdetik di hati mereka mengapakah Allah menjadikan mereka sesusah dan semalang ini? Mengapa mereka tidak bernasib baik seperti orang lain yang cukup makan pakainya? Oleh kerana melihat masa depan yang kelam dan suram, mereka tergamak mempersoal Allah yang menjadikan mereka malang sebegitu.

"Hampir-hampir kemiskinan itu membawa kepada kekufuran." Meskipun hadis ini lemah, kemiskinan harta boleh membuatkan seseorang itu bimbang, risau dan putus asa. Kemiskinan harta boleh menjadikan seseorang itu juga miskin jiwanya hingga bertanya keadilan Allah yang mengatur segalanya.

Alangkah baik, dalam kemewahan kita pada hari ini, kita tidak lupa kepada mereka yang malang ini. Kita kena tolong mereka. Apabila kita menghulurkan bantuan kepada mereka, tentulah mereka akan memanjatkan syukur kepada Allah. Mereka akan memuji-Nya kerana rintihan mereka didengari oleh Yang Maha Mendengar.

Jika sebelum ini, mereka mempersoalkan Allah kerana kemiskinan mereka, tidakkah bantuan yang kita sampaikan kepada mereka itu menjadikan mereka berterima kasih dan mengagungkan Allah kembali? Dalam erti kata yang lain, tidakkah bantuan kita menarik mereka dari jurang kekufuran untuk kembali meyakini-Nya?

Kerana itu, program Sinar Kasih Ramadhan kali keempat yang diusahakan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan, Kongres India Muslim Malaysia, Kumpulan Media Karangkraf dan akhbar ini seharusnya disokong. Dengan bantuan kita sebagai individu mahupun melalui syarikat, 1,000 keluarga miskin di seluruh Semenanjung akan memperoleh belanja berbuka dan bersahur di sepanjang bulan Ramadhan ini.

Mari hayati zaman sukar kita dengan menyenangkan orang lain. Mari gembirakan hati kita dengan membahagiakan orang lain. "Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia menyelesaikan kesulitan orang lain." (Hadis riwayat: Imam Ahmad) Layari http://www.maafcakap.blogspot.com untuk membaca artikel-artikel sebelum ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Khilaf terbesar: Penjajahan minda

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

Langit Kuala Lumpur petang 9 Julai, menangis. Hujan lebat mengekang ion-ion gas pemedih mata disembur ke arah rakyat yang berarak di jalanan. Rakyat dikecam sebagai hooligan atau samseng jalanan, pengkhianat aktiviti ekonomi atau demonstran perhimpunan haram di sisi undang-undang.

Tetapi untuk saya, Kuala Lumpur tidak menangis kerana merintihi tyranny di tanah bertuah, bumi keramat ini; Kuala Lumpur menangis kerana matahari demokrasi dan kebebasan bersuara masih menyala, jadi obor penyuluh gelita. Walau tidak sempurna, hak itu tetap ada. Tidak pasti di mana paksi pegangan anda, tetapi untuk saya yang masih mentah, perkara di bawah payung Perlembagaan Persekutuan amat jelas.

Walau bakal dituduh pseudo-liberal bengap sejarah, atau lebih teruk lagi dilabel persis mak nenek kuat membebel, saya ulang semula semangat di bawah Perlembagaan Persekutuan: Perkara 10(1)(a)dan(b) memberi hak kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengeluarkan pendapat dan berhimpun secara aman.

Hak ini, bagaimanapun, tertakluk kepada pengecualian di bawah Perkara 10(2),(3)dan(4) sekiranya perhimpunan tersebut mencabar keselamatan negara (national security). Sementara Seksyen 27(5) Akta Polis 1967 yang memaktubkan rakyat perlu permit untuk berhimpun bercanggah dengan semangat di bawah Perlembagaan Persekutuan. Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat juga mendukung kebebasan di bawah Perkara 10(1) di atas. Maaf cakap, kalau setakat mahu berhimpun menyatakan pendapat, sekurang-kurangnya dalam kamus hidup saya, tidak jatuh dalam fasal keselamatan negara.

Tetapi kenapa hari minggu warga kota berantakan? Enteng sahaja. Itu akibatnya apabila nakhoda-nakhoda pemimpin negara - yang rata-rata berkiblatkan egoisme dan agenda masing-masing - gagal mencari titik penyelesaian atas nama tolak-ansur. Jelas tolak-ansur itu mudah di mulut, seksa di perut. Keikhlasan itu sangat mahal harganya.

Jangan kita melatah mengecam polis yang menjadikan lalu-lintas Kuala Lumpur lebih teruk dari Jakarta pada petang 8 Julai; jangan kita mengecam mereka kerana menyembur gas pemedih mata atau mengasari demonstran; jangan kita memuji polis kerana cekap menangkap nama-nama yang telah diperintahkan di bawah Seksyen 98 Kanun Prosedur Jenayah agar tidak memasuki Kuala Lumpur; jangan mengutuk polis kerana menjamu para demonstran dengan buffet makanan sedap-sedap. Mereka itu boneka tanpa jiwa, aksi dan suara mereka adalah mainan tok dalang wayang kulit dalam arena politik negara.

Jika benar ada molotov cocktail dan parang dalam kereta si demonstran, kenapa paraphernalia itu tidak digunakan pada 9 Julai? Jika benar tanggapan apabila ramai berkumpul negara bakal jadi huru-hara, kenapa pagi Ahad 10 Julai, Kuala Lumpur masih bernafas seperti biasa?

Soalan terakhir yang kuat mengganggu minda: kenapa ditangkap lalu diseret ke mahkamah si penjual baju kuning di Kota Bharu dan Alor Setar? Cara penangkapan dan liputan media yang diuar-uarkan persis mereka itu penjenayah besar.

Tidak, saya tidak melupakan rintihan hati pedagang dan pemandu teksi kota yang bersungut kerana hilang pendapatan pada hari tersebut. Tetapi bukankah negara ini mempraktikkan sistem keadilan sekata? Tepuk dada tanya peguam anda, sekiranya mantap kes dibina, saman sahaja semua yang terlibat. Tetapi jangan lupa, bukan demonstran baju kuning sahaja bertanggungjawab. Si baju merah pula bagaimana?

Dan untuk segelintir yang berpendapat kononnya demonstrasi jalanan bukan budaya kita orang timur, maaf saya tidak setuju. Perkara budaya dan adat bukan boleh dikoreografikan dalam rentak hak rakyat di bawah Perlembagaan Persekutuan. Untuk apa bersorak mempertahankan budaya jika minda terjajah? Seperti pernah saya kicaukan di laman Twitter: khilaf insani yang terbesar adalah apabila kita cuba untuk menjajah minda.

Aspirasi keamanan, kebebasan dan hak untuk bersuara bersifat universal, bukan novelty. Perang minda seharusnya lebih menjurus untuk memenangi kepercayaan di hati dan persepsi di mata rakyat, bukan untuk menayang kemampuan pihak berkuasa mengekang huru-hara yang 'bakal' tiba.

Untuk suami, saya pohon maaf kerana pendapat saya hanya berpaksikan Perlembagaan Persekutuan semata, bukan practicality. Juga untuk pembaca budiman yang tidak bersetuju dengan komentar saya minggu ini, tidak mengapa, kerana Mahatma Gandhi pernah berkata, "honest disagreement is a good sign of progress."

Elviza juga seorang peguam sedang berkicau di http://twitter.com/elviza.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved