Rabu, 13 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Sami tolak cinta nenek

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

Sami tolak cinta nenek KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan kekasih yang dicari oleh seorang nenek berusia 82 tahun terjawab semalam apabila lelaki itu tampil menemuinya di Biro Pengaduan Awam MCA.

Bagaimanapun, pertemuan itu bukanlah ibarat jejak kasih seperti yang diharapkan Ting Ah Moi, lebih malang apabila lelaki itu, seorang sami, tidak mahu meneruskan hubungan.

Khong Chee Fook, 67, berkata, selepas mengetahui berita mengenainya disiarkan media pada 5 Julai lalu, dia terus menghubungi biro itu dan pergi ke sana dua hari kemudian untuk berbincang.

Menurutnya, dia menafikan mereka adalah pasangan kekasih, sebaliknya selama ini niatnya hanya mahu membantu nenek berkenaan.

Katanya, dia selalu bersembahyang serta makan bersama-sama nenek itu.

Dia juga membantu menghalau roh jahat kedua-dua anak lelaki wanita itu yang telah meninggal dunia selepas dikatakan kerap mengganggunya.

Bagaimanapun, mungkin disebabkan kerap bersama dan sering membantu menyebabkan berlaku salah faham seolah-olah wujudnya perasaan cinta.

"Tujuan saya datang ke sini hendak menjelaskan bahawa saya tidak mahu meneruskan apa-apa hubungan dan berharap tidak diganggu lagi," katanya pada sidang media semalam.

Bagaimanapun, Chee Fook tidak banyak bercakap pada sidang media itu berbanding Ah Moi yang kelihatan beberapa kali menitiskan air mata memujuk lelaki itu supaya bersamanya lagi.

Chee Fook berharap Ah Moi dapat menerima takdir bahawa mereka tidak boleh bersama.

Ah Moi berkata, dia berharap sami itu mengubah fikirannya untuk terus berhubungan dengannya.

Malah dia merayu supaya Chee Fook menghubunginya sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Ah Moi menegaskan dia benar-benar jatuh cinta dengan Chee Fook dan menganggap 'dia segala-galanya'.

Dia ternyata kecewa dan tidak dapat menahan sebak dengan keputusan Chee Fook tetapi terpaksa akur.

Akhbar ini melaporkan 5 Julai lalu, nenek itu mencari kekasihnya yang lima bulan menghilangkan diri.

Kali terakhir mereka bertemu 24 Februari lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ragu perjanjian urusan tanah

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

Ragu perjanjian urusan tanah SHAH ALAM – Bekas suami jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya memaklumkan, perbincangan bersama N Pathmanabhan mengenai pembelian tanah bernilai RM25 juta daripada seorang lelaki warga India, Allal Kathan Muturaja agak hangat kerana terdapat enam perkara dalam dokumen perjanjian bertarikh 24 Mac 2008 itu diragui oleh beliau.

Menjelaskan penglibatannya dalam perbincangan tersebut Buhari Mohamed, 62, berkata, Sosilawati membawanya berjumpa Pathmanabhan untuk membantu berurusan mengenai hal tanah di Pulau Pinang itu memandangkan beliau tahu serba sedikit mengenai selok belok urusan berkenaan kerana pernah bekerja sebagai pengurus bank.

Menurutnya, beliau mempertikai enam perkara tersebut setelah didapati tidak sempurna kerana tanah berkenaan didapati bermasalah berikutan masih terdapat kaveat di atasnya.

Selain itu katanya, maklumat identiti penjual tanah (Muturaja) juga tidak lengkap kerana tidak diletakkan nombor kad pengenalan atau nombor pasport selain tidak ada pengesahan daripada Kedutaan India untuk sahkan kewujudan lelaki itu.

"Pathmanabhan kata dia lama jadi peguam dan berpengalaman, jadi dia mengatakan masalah itu boleh diselesaikan. Bagi pihak Sosilawati tidak komen apa-apa cuma saya kesal kerana semasa dia bawa saya, perjanjian sudah ditandatangani dan 10 peratus sudah dibayar," katanya.

Allal Kathan Muturaja ialah seorang ahli perniagaan batu permata di Chennai, India yang dilaporkan hilang di Banting.

Pada Oktober tahun lalu, media melaporkan isterinya S Usharani, 26, mendakwa ada bukti berhubung penglibatan suspek utama dalam kes pembunuhan Sosilawati dengan kehilangan suaminya.

Antaranya buku cek, dokumen urusan jual beli tanah di Kuala Selangor dan beberapa dokumen lain, selain beberapa keping gambar suaminya bersama N Pathmanabhan.

Pada 22 September tahun lalu, media melaporkan kehilangan lelaki itu selepas berurusan dengan suspek utama kes Sosilawati di Banting.

Sosilawati dan tiga rakannya pula dilaporkan hilang setelah ke Banting berkaitan urusan tanah pada petang 30 Ogos 2010.

Dalam keterangannya Buhari berkata, Pathmanabhan memberitahu bahawa Sosilawati tidak berjumpa dengannya pada hari tersebut.

Katanya, Pathmanabhan menyatakan demikian ketika beliau menelefonnya pada 2 September 2010 selepas dimaklumkan oleh anaknya bahawa Sosilawati tidak pulang ke rumah.

Buhari memberitahu ada menghubungi Pathmanabhan melalui nombor yang pernah ditulisnya di atas satu dokumen perjanjian jual beli tanah sewaktu pertama kali bertemu Pathmanabhan pada 2008 selepas gagal mencari bekas peguam itu di Banting pada 31 Ogos 2010 lalu menyuruh anaknya membuat laporan polis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved