Rabu, 13 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Celcom beri peluang menang RM50,000

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

Celcom beri peluang menang RM50,000 Sebagai sebahagian daripada usaha Celcom Axiata Berhad (Celcom) meraikan 8.7 juta pengguna pasca bayarnya, Celcom sekali lagi mengadakan promosi Hello Money yang terbuka kepada pelanggan Xpax, U.O.X, S.O.X, Celcom Blue dan Sukses.

Promosi ini memberi peluang penggunanya memenangi wang tunai berjumlah RM50,000 setiap minggu dengan hanya membuat lima panggilan tempatan sehari sehingga 31 Julai akan datang.

Sebagai peneraju penyedia telekomunikasi di Malaysia, Celcom sentiasa memastikan penggunanya mendapat perkhidmatan terbaik selain penjimatan yang bernilai pada setiap masa.

Sementara itu, bagi minggu keempat ini, pembantu jururawat, Noorhafizza Nazali, 26, telah dipilih sebagai pemenang keempat sekali gus membawa pulang wang tunai RM50,000.

Dengan hanya membuat beberapa panggilan sehari dan menjadi pengguna setia Xpax selama setahun, Noorhafiza gembira apabila dipilih sebagai pemenang bertuah dalam promosi Hello Money ini.

Hadir di majlis penyampaian hadiah, Naib Presiden Celcom Bahagian Pemasaran Produk, Umi Haina Abdul Rahman, Pengurus Kanan Pemasaran Produk Celcom, Masdiana Sulaiman dan kakitangan Celcom turut hadir memeriahkan acara.

PNB terima pelaburan lebih RM11 bilion

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

PNB terima pelaburan lebih RM11 bilion Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menerima pelaburan lebih RM11 bilion daripada pelabur-pelabur di seluruh negara dalam semua unit Amanah Saham dari Januari hingga Jun tahun ini.

Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, PNB mengharapkan pulangan kompetitif dari masa ke semasa berdasarkan minat mendalam orang ramai terhadap pelaburan harga tetap.

Menurutnya, jumlah kutipan secara keseluruhan pelaburan dikutip setakat ini ialah RM130 bilion daripada 10.5 juta pelabur.

"PNB menguruskan dana berharga tetap yang mana ia menarik minat orang ramai dan transformasi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan membantu perkembangan prestasi pelaburan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Kumpulan PNB kepada Negeri Kelantan, di Kota Bharu, Kelantan.

Hamad Kama Piah berkata, PNB menerusi anak syarikat, Amanah Mutual Berhad (AMB) baru saja melancarkan produk islamik, Dana Nabeel iaitu dana pasaran wang Islam pertama di negara ini bernilai RM200 juta.

Jelasnya, Amanah Saham PNB kesemuanya untuk penyertaan secara individu dan AMB � membuka peluang kepada syarikat korporat membuat pelaburan.

"Harga unit mengikut harga semasa, masih lagi dibuka dan kita masih menunggu respons mengenai perkembangannya.

"Dana amanah berlandaskan syariah itu adalah dana pasaran wang terbuka bersaiz 400 juta unit dengan harga tawaran awal bernilai 50 sen seunit," katanya.

Beliau berkata, Kelantan merupakan negeri kelima menerima zakat perniagaan Kumpulan PNB pada tahun ini di mana sebelum ini Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Perlis menerima RM5.92 juta, RM5.5 dan RM700,000 bagi tahun kewangan 2008 dan 2009 sementara Kedah menerima RM5.65 juta untuk tahun kewangan 2007, 2008 dan 2009.

Pada majlis itu, Hamad Kama Piah menyampaikan zakat bernilai RM1.62 juta kepada Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved