Rabu, 13 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


'Bukan saya atur perjumpaan'

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

'Bukan saya atur perjumpaan' KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan desas-desus mengatakan beliau adalah individu yang mengatur pertemuan antara Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 5 Julai lalu.

Beliau berkata, pada hari tersebut, beliau meminta berjumpa Ambiga untuk menasihatinya bahawa Tuanku telah mengeluarkan titah khas dan seluruh rakyat Malaysia termasuk Ambiga perlu akur kepadanya.

Menurutnya, pada perjumpaan tersebut, beliau juga mengingatkan Ambiga perhimpunan seperti ini bukanlah budaya rakyat negara ini kerana percaya pelbagai masalah boleh muncul sekiranya perhimpunan Bersih 2.0 menjadi tidak terkawal.

"Saya harap tiada lagi perhimpunan seperti ini dianjurkan kerana kita tidak mahu malapetaka seperti di negara-negara lain terjadi di negara ini.

"Tuhan begitu baik dengan negara kita, tiada gempa bumi, tiada gunung berapi, tiada taufan dan tiada bencana alam lain, jadi kenapa kita mahu menimbulkan keadaan huru-hara dan masalah dalam negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Pelancongan Dunia Islam di sini semalam.

Beliau berkata, pada perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, pihak polis melakukan tugas yang baik kerana berjaya menghalang dan mengawal perhimpunan ini menjadi lebih besar.

"Tugas polis bukannya mudah, tetapi mereka bertindak dengan penuh hati-hati. Saya bersyukur tiada perkara buruk berlaku," katanya.

Ditanya mengenai kesan perhimpunan ini pada pilihan raya umum yang akan datang, Tun Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas menegaskan mungkin ada kesan, imej pentadbiran Perdana Menteri mungkin tercalar kerana ia melibatkan pendapat awam.

"Mungkin ada kesan, tetapi saya percaya kerajaan perlu dan boleh mencari jalan mengatasinya," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan kerajaan tidak mempedulikan tuntutan Bersih 2.0, Tun Abdullah menolak andaian tersebut kerana kerajaan sejak dahulu lagi sentiasa melihat tuntutan ini dan mengkajinya.

"Kerajaan sentiasa melihat tuntutan ini kerana tahu ia adalah untuk kebaikan dan kepentingan awam, jadi dakwaan yang mengatakan kerajaan tidak mempedulikan tuntutan ini adalah tidak benar sama sekali," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Proklamasi darurat masih relevan

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

Proklamasi darurat masih relevan KUALA LUMPUR - Kerajaan belum memansuhkan Proklamasi Darurat kerana ia masih relevan dan perlu dikekalkan untuk diguna pakai dalam memelihara keselamatan negara, ketenteraman awam dan membanteras jenayah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong (gambar) berkata, Proklamasi Darurat boleh dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong apabila keadaan keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam negara terancam seperti yang termaktub dalam Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan berpandangan Ordinan Darurat didapati perlu untuk memperteguh usaha ke arah mengekalkan ketente�raman dan keselamatan awam demi menghadapi ancaman terhadap keselamatan, ekonomi negara dan perpaduan rakyat.

"Selain itu, negara-negara luar juga dilihat cenderung membuat undang-undang yang mirip dengan undang-undang yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat 1969 seperti Antikeganasan, Akta Jenayah dan Keselamatan 2001 di United Kingdom dan juga Akta Patriotik Amerika Syarikat 2001," katanya ketika menjawab soalan Senator Dr S Ramakrishnan di Dewan Negara semalam.

Dr Ramakrishnan ingin tahu mengapa kerajaan masih belum memansuhkan pengisytiharan darurat yang telah digunakan lebih 40 tahun.

Menurut Liew, sejak kemerdekaan sehingga kini, sebanyak empat Proklamasi Darurat telah diisytiharkan iaitu Proklamasi Darurat pada 3 Sept 1964 bagi seluruh Persekutuan; Proklamasi Darurat 15 Mei 1969 bagi seluruh Persekutuan; Proklamasi Darurat 14 Sept 1969 di Sarawak dan Proklamasi Darurat 8 November 1977 di Kelantan.

Bagaimanapun katanya, Proklamasi Darurat 1964 terbatal secara implikasi oleh Proklamasi Darurat pada 1969 seperti diputuskan Majlis Privi dalam kes Teh Cheng Poh lwn Pendakwa Raya (1979) 1 MLJ 50.

Beliau berkata, Proklamasi Darurat 1969 masih berkuat kuasa kerana Proklamasi Darurat 1977 dengan jelas tidak menyentuh Proklamasi Darurat pada 1969. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved