Rabu, 15 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Australia diancam tikus

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

Australia diancam tikus

SYDNEY - Peningkatan populasi tikus mengancam beberapa kawasan utama ladang gandum Australia apabila haiwan itu memakan tanaman baru dan mengancam pengeksport gandum terbesar dunia itu.

Cuaca lembap berterusan di timur dan selatan Australia menggalakkan pertumbuhan tanaman, iaitu persekitaran sempuran bagi tikus untuk membiak dengan banyak.

Ancaman terbaru itu mungkin paling teruk sejak 1993 apabila puluhan ribu hektar ladang gandum sekitar Australia Selatan, Victoria, Australia Barat dimusnahkan jutaan tikus.

Petani terpaksa menggunakan racun perosak fosfat bagi membunuh tikus tanpa merosakkan tanaman atau membunuh hidupan liar lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tentera Thai campur tangan

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tentera Thai campur tangan BANGKOK - Ketua tentera Thailand, Prayut Chan-O-Cha memberi amaran kepada pengundi supaya m:elindungi sistem pemerintahan beraja di negara itu.

:Amaran itu ditujukan kepada pihak pembangkang beberapa minggu sebelum pilihan raya umum diadakan pada 3 Julai depan.

:"Jika anda membenar-kan corak pemilihan yang sama diulangi, maka keputusannya akan tetap sama," katanya semasa ditemu ramah media, kelmarin.

:Menurutnya, beliau mahu pengundi membuat keputusan baik untuk mengekalkan keselamatan negara dan pemerintahan diraja serta memilih pemimpin yang boleh menjalankan tugas dengan baik.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

‘Kepala angin’ ranapkan rumah

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

'Kepala angin' ranapkan rumah LANGGAR - Hasrat sebuah keluarga yang mahu menikmati hidangan makan tengah hari terbantut apabila berlaku kejadian 'kepala angin' yang meranapkan rumah lama mereka dan juga menerbangkan semua bumbung rumah baru yang baru sahaja diduduki kira-kira setahun lalu.

Kejadian yang mirip puting beliung itu berlaku kira-kira jam 1.20 petang, semalam.

Mangsa, Ramlah Hassan, 55, berkata, dia yang baru sahaja menyiapkan hidangan makanan tengah hari dapat melihat pusingan angin berkenaan yang datang dalam masa hanya beberapa minit sahaja.

Menurutnya, dia segera mengejutkan suaminya, Ahmad Hashim, 54, yang sedang berehat dan memaklumkan perkara berkenaan untuk menyelamatkan diri.

"Kejadian berkenaan berlaku sangat pantas. Ia menerbangkan semua bumbung rumah baru kami dan merobohkan rumah lama kami yang kini dijadikan sebagai tempat simpan barang," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kampung Alor Senibong, Jalan Langgar, dekat sini.

Ramlah berkata, dia tidak tahu berapa anggaran kerugian yang kini ditanggung oleh mereka sekeluarga, namun mengharapkan ada pihak yang prihatin tampil membantu memulihkan kembali rumahnya.

"Kini kami buat sementara waktu menumpang di rumah saudara-mara yang terdekat," katanya.

Sinar Harian difahamkan sebanyak enam rumah terbabit dalam kejadian bencana itu di sekitar kawasan berkenaan.

Bergegas pulang rumah

Sementara itu, anak kedua Ramlah, Nazri, 24 berkata, dia yang mendapat panggilan telefon daripada keluarganya bergegas pulang untuk melihat kejadian berkenaan.

"Saya tidak sangka ribut yang hanya sementara ini sama sekali meranapkan terus kediaman lama kami dan pada waktu yang sama menerbangkan semua bumbung rumah baru.

"Selama 24 tahun, inilah kejadian pertama kali menimpa keluarga kami," katanya.

Hanya mampu tengok sahaja

Seorang lagi penduduk, Bakar Ishak, 65, yang mengalami kerugian kira-kira RM10,000 hanya mampu melihat sahaja hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan dalam kejadian berkenaan.

Menurutnya, dia yang tidak tahu sama ada angin berkenaan adalah puting beliung, kepala angin ataupun ribut, menerima kejadian itu dengan reda.

"Kejadian ini adalah satu ketentuan dan paling penting adalah semua selamat dan sesiapa pun tidak cedera. Walaupun hampir keseluruhan bumbung diterbangkan, mujurlah masih ada lagi bumbung bahagian dapur untuk saya berteduh dengan isteri saya," katanya.

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Pokok Sena, Zulkifli Ismail yang turun padang ketika ditemui oleh Sinar Harian berkata, pihaknya meminta semua mangsa ribut membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Menurutnya, pihaknya akan mengemukakan masalah ini ke pengetahuan Kerajaan Negeri terutamanya kepada Exco yang berkaitan dalam usaha untuk meringankan beban mangsa bagi memulihkan kembali kediaman masing-masing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Jangan beri muka

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

Jangan beri muka IPOH – Srikandi Keadilan Malaysia, menggesa polis melaksanakan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti dan seterusnya memberkas identiti pemilik laman sembang sosial popular, facebook, berikutan kenyataan biadabnya yang menyuruh semua perogol merogol Srikandi Keadilan.

Ketuanya, Siti Aishah Ismail ketika ditemui berkata, kenyataan berkenaan diterimanya sekitar 5 petang, Isnin lalu dan ianya telah dibuat sebanyak tiga kali dengan menggunakan status yang berlainan.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat berkata, kenyataan itu jelas cuba mempermainkan hukum Islam kerana kenyataan itu ada menyebut bahawa perogol pasti terlepas daripada hukuman kerana tidak cukup empat orang saksi bagi disabitkan kesalahan.

"Kenyataan berkenaan jelas mengandungi unsur ugutan selain berbentuk ancaman kepada semua wanita muda yang bernaung dengan pertubuhan Srikandi Keadilan Malaysia.

"Ini satu isu yang serius kerana melibatkan satu organisasi yang besar. Saya harap polis dapat bertindak segera mengesan dan seterusnya mendedahkan siapakah sebenarnya pemilik atau individu itu kepada umum," katanya kepada Sinar Harian.

Siti Aishah berkata demikian ketika mengulas kenyataan biadab daripada individu yang hanya dikenali sebagai Rango Krew yang terpapar di laman sembang sosial, facebook.

Hadir sama, Setiausaha PKR Negeri, Annuar Zakaria.

Siti Aishah berkata, individu itu juga dilihat seolah-olah cuba mengatakan Islam tidak menitik beratkan soal hukum dalam menangani perlakuan jenayah, khususnya jenayah rogol.

"Saya khuatir kerana ia bukan sekadar komen-komen biasa tetapi boleh menyumbang kepada tindakan secara nyata. Ini membimbangkan saya.

"Saya ada buat kajian dan mendapati individu berkenaan juga adalah ahli Kelab Anti PKR yang dinaungi oleh lebih 500 ahli di seluruh negara.

"Jelas ia datang dari satu organisasi dan bagi saya ia jelas berunsur politik apabila menjadikan Srikandi PKR sebagai sasaran," katanya.

Pihaknya juga akan ke Suruhan Jaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) hari ini, untuk mengemukakan laporan polis itu agar pemilik atau individu berkenaan dapat dikenal pasti untuk tindakan lanjut.

Katanya, berdasarkan kepada maklumat, polis boleh bertindak segera bagi mengesan individu terbabit.

"Saya rasa semua maklumat itu benar dan berdasarkan kepada laporan-laporan polis yang turut dibuat oleh pihak Srikandi Keadilan di seluruh negara semalam, saya harap dia (individu) akan dapat diberkas," katanya.

Nilai lot tanah, banglo RM5.5j

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

Nilai lot tanah, banglo RM5.5j SHAH ALAM - Seorang penilai hartanah memaklumkan bahawa dua lot tanah dan sebuah banglo yang dibeli bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dianggar bernilai RM5.5 juta.

Pengarah di syarikat Konsultan Hartanah Antarabangsa, Long Tian Chek berkata, penilaian itu dibuatnya selepas menerima arahan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2009.

"Penilaian terhadap hartanah itu dibuat berdasarkan harga pasaran pada 2007. Hasil penilaian itu saya dapati banglo berkenaan bernilai RM3.2 juta manakala dua lot tanah bernilai RM2.35 juta," katanya ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Menurutnya, dia sebelum itu turut merujuk laporan penilaian daripada sebuah syarikat, Rahim & Co dan rekod penilaian Hartanah Services Department (JPPH) bagi tujuan perbandingan.

Terdahulu, berdasarkan keterangan Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni, 55, kelmarin, dia menjual dua lot tanah dan banglo berkenaan kepada Mohamad Khir dan isterinya, Zaharah Kechik dengan harga RM3.5 juta.

Dalam perbicaraan semalam, seorang lagi saksi iaitu Pegawai Penilaian di Jabatan Penilaian dan Harta Selangor, Noor Faiza Zainuddin, 48, berkata, Shamsuddin menjual hartanah berkenaan pada harga lebih rendah berbanding nilai sebenar hartanah berkenaan.

Noor Faiza berkata, ' Lot No. 8 ' yang mempunyai banglo dinilai pada harga RM3.9 juta manakala tanah kosong di 'Lot 10' dinilai RM918,000.

Menurutnya, dia bertanggungjawab menentukan nilai kedua-dua lot tanah itu pada urus niaga dijalankan pada 2007.

Katanya, dia ada bertanya kepada pemilik tanah (Shamsuddin) berhubung harga jualan yang begitu rendah ketika melawat hartanah berkenaan.

"Shamsuddin bagi tahu dia ada masalah dan terpaksa jual tanah di bawah nilai harga pasaran sebenar.

"Saya hanya dimaklumkan setakat itu kerana saya tidak bertanya lanjut berhubung perkara berkenaan," katanya.

Dalam kes ini, Mohamad Khir, 45, didakwa mendapatkan dirinya dan isteri, Zaharah, 45, barangan berharga, dua lot tanah dan sebuah rumah daripada Ditamas melalui Shamsuddin.

Perbicaraan hadapan Hakim Datuk Mokhtaruddin Baki bersambung hari ini.

Pas tidak lena tidur akibat ubah dasar

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pas tidak lena tidur akibat ubah dasar KUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman menyifatkan pemimpin Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lena tidur kerana parti itu tidak akan diyakini rakyat memandangkan perjuangannya berubah-ubah.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Mursyidul Am itu yang menganggap pemimpin UMNO tidak akan lena tidur dengan pendekatan negara berkebajikan yang diperkenal Pas.

Ahmad Razif berkata, Pas sudah lari daripada perjuangan asal sehingga sanggup mengubah dasar baru.

"Nik Aziz sudah panas kerana banyak isu yang ditimbulkan mendapat tekanan daripada rakan pakatannya sehingga sanggup lari daripada perjuangan asal.

"Apatah lagi apabila golongan ulama ditolak ahli parti itu sendiri dalam Muktamar Pas yang lepas," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, perubahan konsep tersebut turut menunjukkan bahawa Pas terdesak dan tidak berani untuk berdiri sendiri, sehingga perlu dokongan daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Pas sedar bahawa perjuangan perlu didokong oleh parti lain yang dimonopoli kaum bukan Melayu," katanya.

Katanya, gabungan sedemikian sebenarnya sudah lama dilakukan UMNO melalui Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini ditentang Pas sehingga timbulnya isu kafir-mengkafir.

Sehubungan itu, katanya, UMNO dan BN sebenarnya masih relevan kerana perjuangannya turut diikuti parti lain dalam mendapat sokongan pengundi pelbagai kaum di negara ini.

"Kita tidak perlu bimbang dengan apa yang dilakukan Pas kerana apa yang disebut mereka itu adalah retorik dan kita telah melakukannya sejak dulu lagi.

"Lagipun, orang Pas yang berjaya seperti dalam bidang pendidikan juga adalah hasil dan sumbangan UMNO," katanya.

Angkara lelaki bertatu

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

Angkara lelaki bertatu

KUANTAN - Seorang penjenayah menaiki kereta jenis Perodua Kancil menjadikan seorang suri rumah sebagai mangsa samunnya selepas terserempak dengan wanita itu sedang berjalan kaki bersama anaknya di satu laluan agak sunyi di Jalan Kuantan-Maran kira-kira 300 meter dari Masjid Kampung Paya Bongor dekat sini, petang kelmarin.

Penjenayah berbangsa Cina berusia dalam lingkungan 30-an itu menggunakan modus operandi mendekati mangsa dengan kenderaan dipandu sebelum berpura-pura bertanyakan arah jalan ke Bukit Gambang Resort, Gambang.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 33 tahun tidak mengendahkan suspek sebaliknya dia segera menarik tangan anak lelakinya berusia empat tahun untuk beredar dan cuba mengelak daripada lelaki tidak dikenali itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (Risikan dan Operasi) Superintendan Nordin Mustapha berkata, tidak puas hati dengan tindakan wanita itu, suspek mengeluarkan sebilah pisau lipat dan mengacukan ke arah mangsa.

Menurutnya, penjenayah terbabit mengancam akan mencederakan mangsa sebelum mengarahkan wanita itu menyerahkan rantai leher emas yang dipakai bernilai kira-kira RM4,000.

"Selepas mendapatkan habuannya, lelaki terbabit segera melarikan diri dengan kereta Kancil berwarna perak.

"Mangsa sempat mengecam suspek termasuk gambar tatu di bahagian lengan sebelah kiri," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian di Balai Polis Jaya Gading dekat sini.

"Polis akan memanggil mangsa untuk tujuan pengecaman bagi mendapatkan lakaran wajah penjenayah dalam masa terdekat," katanya.

Menurutnya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Lelaki nyaris putus lengan

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

Lelaki nyaris putus lengan KOTA BHARU - Seorang lelaki nyaris putus lengan kirinya selepas mendakwa diserang dua lelaki menggunakan senjata tajam di Chica, Kubang Kerian di sini petang semalam.

Mangsa, Muhamad Zailani Md. Ali, 38, berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu berlaku ketika dia sedang memandu kereta jenis BMW milik kawannya tiba-tiba ditahan dua lelaki terbabit.

"Saya dikepung di sebuah stesen minyak di Chicha oleh dua kereta dan salah seorang lelaki mengarahkan saya keluar dari kereta, namun saya enggan dan suspek bertindak memecahkan kereta.

"Dalam keadaan kecoh itu, saya keluar dari kereta dan mereka terus menyerang dengan melibas menggunakan senjata tajam dan terkena bahagian lengan kiri sebelum saya tidak sedarkan diri,'' katanya.

Sebaik kejadian tersebut, dia dibantu oleh orang ramai yang menghubungi ambulan sebelum membawanya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini.

Bapa kepada lima cahaya berusia setahun setengah hingga 14 tahun itu mendakwa, dia tidak mengetahui punca dia diserang oleh dua suspek serta motif mereka.

Bagaimana pun dia mendakwa mengenali dua lelaki yang menyerangnya itu.

Sementara itu, menurut isterinya, Rosmani Mat Hussein, 38, yang menemaninya di HUSM berkata, dia hanya mengetahui kecederaan yang dialami suaminya pada sebelah malam.

"Lebih kurang jam 8 malam, saya mendapat tahu mengenai kejadian

tersebut dan bergegas ke HUSM dan suami ketika itu tidak sedarkan diri.

"Sebelum kejadian saya sempat bertemu suami yang baru balik kerja lebih kurang jam 5 petang dan dia keluar semula dengan memberitahu mahu menjual kereta milik kawannya," katanya.

Pihak polis ketika dihubungi mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian sehingga hari ini (semalam).

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

LHDN lipat ganda publisiti

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

LHDN lipat ganda publisiti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan melipatgandakan publisiti berkaitan Potongan Cukai Bulanan (PCB), terutamanya penggunaan Borang TP1 dan TP2, bagi tujuan pelarasan amaun PCB pembayar cukai.

Ini bertujuan agar tidak terdapat lebihan potongan melalui PCB yang dibayar balik oleh LHDNM kepada pembayar cukai.

"Amaun PCB akan dipotong oleh majikan masing-masing daripada saraan bulanan mereka dan seterusnya di meritkan ke LHDNM selewat-lewatnya pada 10 hari bulan setiap bulan," kata Pegawai Perhubungan Awam LHDNM.

Bagaimanapun, potongan itu bukanlah amaun cukai yang muktamad kerana pembayar cukai akan mengetahui sama ada amaun PCB yang dipotong oleh majikan mencukupi atau sebaliknya setelah amaun cukai mereka ditaksir dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan pada tahun berikutnya.

LHDNM juga bersedia untuk memberikan taklimat serta penerangan yang lebih terperinci berkenaan perkhidmatan elektronik ini mengikut keperluan pihak majikan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Intai potensi niaga di Afrika

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

Intai potensi niaga di Afrika Ahli perniagaan Malaysia wajar rebut peluang tersedia tingkat jumlah dagangan.

Peluasan pasaran pengguna Afrika akan terus memacu peningkatan permintaan yang membuka potensi besar untuk ahli perniagaan Malaysia.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Mohamad Kamarudin Hassan berkata, berikutan kemunculan benua Afrika sebagai pasaran yang semakin ketara pada dekad lalu, kami yakin banyak peluang tersedia untuk meningkatkan jumlah dagangan Malaysia dengan Afrika," katanya.

Menurutnya, Matrade menganjurkan Forum Perniagaan pertama Malaysia-Afrika (MABF), 18 Jun sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

"Acara itu dijangka menarik lebih 500 komuniti perniagaan tempatan dan antarabangsa. Setakat ini, forum itu sudah mendaftarkan perwakilan dari Zimbabwe, Lesotho, Gambia, Afrika Selatan, Namibia, Singapura, Bangladesh dan Bahrain," katanya dalam satu kenyataan.

Bertema "Meneroka Dimensi Baru" MABF bermatlamat mengukuhkan dagangan semasa Malaysia-Afrika dengan memperluas capaian dan nilai pasaran tradisional, meningkatkan kerjasama perniagaan dengan mengenal pasti perubahan dalam sentimen pasaran dan memadankannya dengan produk atau perkhidmatan yang bersesuaian.

Forum itu juga bertujuan mengenal pasti usaha untuk mewujudkan kemakmuran ekonomi berkekalan dengan sinergi lebih banyak usaha sama perniagaan Malaysia-Afrika, kata Matrade.

Acara setengah hari itu akan mengetengahkan tokoh terkemuka antarabangsa termasuk dari Bank Dunia, Matrade, Quality Chemical Industries Ltd Uganda dan Precise Consult International PLC Ethopia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sungai dalam rumah

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

Sungai dalam rumah

MUAR - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Penderitaan yang dialami Zalihah Atan, 65, sejak lima tahun lalu memang amat sukar bagi seorang warga emas sepertinya. Pantang hujan, rumahnya bertukar menjadi 'kediaman terapung' - lantas ibu tunggal yang pernah ditinggal suami ini terpaksa redha untuk duduk di atas tanah yang hanya ditutupi tikar getah, dan tidur pula bertemankan hujan.

"Memang letih, lebih-lebih lagi kebelakangan ini cuaca tidak menentu dan setiap hari hujan pada waktu petang.

"Tapi nak buat macam mana, hanya rumah ini sahaja yang makcik ada untuk berteduh bersama seorang anak sejak 28 tahun lalu," katanya.

» selanjutnya...

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

Sungai dalam rumah

MUAR - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Penderitaan yang dialami Zalihah Atan, 65, sejak lima tahun lalu memang amat sukar bagi seorang warga emas sepertinya. Pantang hujan, rumahnya bertukar menjadi 'kediaman terapung' - lantas ibu tunggal yang pernah ditinggal suami ini terpaksa redha untuk duduk di atas tanah yang hanya ditutupi tikar getah, dan tidur pula bertemankan hujan.

"Memang letih, lebih-lebih lagi kebelakangan ini cuaca tidak menentu dan setiap hari hujan pada waktu petang.

"Tapi nak buat macam mana, hanya rumah ini sahaja yang makcik ada untuk berteduh bersama seorang anak sejak 28 tahun lalu," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Bantahan memuncak, PR tak berganjak

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

Bantahan memuncak, PR tak ganjak KUALA LUMPUR - Hampir sebulan lagi sebelum perhimpunan Bersih 2.0 diadakan oleh pertubuhan bukan kerajaan yang didalangi pembangkang, suara bantahan pelbagai pihak terus berkemundang dengan laporan polis membantah perhimpunan itu hampir setiap hari dibuat.

Namun pihak yang mendalagi perhimpunan itu setakat ini belum menunjukkan tanda mahu ber�ganjak.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan himpunan itu sebagai menyusahkan rakyat, kotor, bukannya bersih.

Selain menjejaskan pendapatan peniaga, himpunan itu juga menjejaskan industri perlancongan selain memburukkan imej negara.

"Ia membawa membawa imej seolah-olah Malaysia tidak aman sekali gus menakutkan pelancong asing untuk datang ke negara ini," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan pula menmyifatkan ada niat jahat di sebalik perhimpunan itu.

Menurutnya, beliau tidak dapat memahami bagaimana perhimpunan itu yang didalangi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga boleh bergabung kerana selama ini, perbezaan perjuangan mereka amat jelas.

"Perhimpunan ini hanya menyusahkan rakyat," katanya.

Di AMPANG, Selangor, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Kebangsaan membantah keras perhimpunan itu.

Presidennya, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, PSSGM menganggap mereka yang terlibat dengan demonstrasi itu sebagai pengkhianat bangsa dan negara.

"Mereka perlu dikenakan tindakan keras, termasuk ISA," katanya.

Di JASIN, Melaka pula, Timbalan Presiden Belia 4B Malaysia, Mohd Nizam Omar membuat laporan polis bagi memastikan perhimpunan itu dicegah oleh pihak berkuasa.

"Ia sekadar mengganggu ketenteraman awam, merugikan negara. Ini hanya gimik politik murahan pembangkang," katanya. yang turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak terhadap mereka yang menggunakan medium Internet untuk menghebahkan maklumat tidak sihat yang boleh menjerumuskan negara ke dalam kancah kekacauan.

Bagaimanapun di pihak pembangkang, mereka tidak anggap apa yang dilakukan sebagai bercanggah dengan undang-undang.

Di RAUB, Pahang, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar dan Pengguna Pas Kawasan Raub, Mohd Harris Abdullah berkata, tidak ada sekatan di sisi undang-undang terhadap perhimpunan itu.

Menurutnya, dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan menerusi Fasal 10(1) (a) iaitu memberi hak kepada semua warga negera Malaysia untuk bersuara secara bebas selain Fasal 10(1) (b) memberi hak kepada semua warga negara a untuk berhimpun secara aman tanpa senjata," katanya.

Di SENAI, Johor, Ketua Pakatan Rakyat (PR) negeri, Dr Boo Cheng Hau berkata, pihaknya akan menghantar seramai mungkin ahli untuk menyertai perhimpunan itu.

Menurutnya, perhimpunan berkenaan amat penting kerana ia akan membentuk hala tuju negara supaya lebih adil dalam melaksanakan pilihan raya.

"Perhimpunan ini tidak ada masalah jika tidak mempunyai campur tangan pihak ketiga dan pasti akan berlaku secara aman jika tidak ada sebarang bentuk provokasi," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, perhimpunan ini akan dijalankan secara aman dan diadakan kerana tuntutan sebelum ini tidak dilayan.

Di MERSING, seramai 30 aktivis bukan kerajaan (NGO) dari daerah ini turut membantah perhimpunan itu.

Pengerusi Perkasa Mersing, Ishak Awang berkata, bantahan itu dibuat bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini yang boleh memberi masalah kepada rakyat.

"Kami mahu kerajaan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada untuk membatalkan perhimpunan itu kerana boleh menggugat ketenteraman awam," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing semalam.

Di PAKA, Terengganu, sekumpulan ahli Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Ranting Paka diketuai Azmi Yusuf membuat laporan polis membantah perhimpunan itu.

"Kerajaan perlu tegas kerana ini isu ketenteraman awam," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BN batal bincang status Tian Chua

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

BN batal bincang status Tian Chua KUALA LUMPUR - Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) membatalkan hasrat untuk memfailkan usul tergempar bagi membincangkan status kelayakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sebagai wakil rakyat.

Timbalan Pengerusi BNBBC, Datuk Bung Mokhtar Raden berkata, keputusan untuk tidak meneruskan usul berkenaan dibuat selepas mendapat nasihat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Speaker nasihatkan kami supaya tidak teruskan usul ini atas beberapa sebab," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Sebelum ini, BNBBC dilaporkan bercadang untuk membawa usul mengenai kedudukan Ahli Parlimen daripada PKR itu setelah Mahkamah Rayuan menolak rayuannya berhubung hukuman atas tuduhan menggigit seorang anggota polis empat tahun lalu ditolak.

Sementara itu, Tian Chua ketika ditemui berkata, beliau masih Ahli Parlimen yang sah dan akan menghadiri persidangan Dewan Rakyat serta menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

"Apa yang saya tahu, saya masih Ahli Parlimen yang sah, kecuali ada usaha pihak kerajaan untuk mencabar keputusan berkenaan," katanya.

Di Petaling Jaya, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, parti itu akan mengambil tindakan undang-undang jika Tian Chua digugurkan sebagai wakil rakyat.

"Seperti sedia tahu, BN tidak lagi berpegang kepada prinsip keadilan dan kebenaran kerana mereka akan menggunakan kuasa majoriti dalam Parlimen untuk menafikan keadilan bagi seorang wakil rakyat.

"Perkara ini pernah terjadi apabila saya digantung Parlimen kerana BN menggunakan kuasa majoriti. Jadi, saya tidak terkejut mereka menggunakan cara yang sama terhadap Tian Chua," katanya pada sidang media semalam.

Menurutnya, jika BN meneruskan tindakan itu, beliau yakin rakyat akan menghukum BN pada pilihan raya umum akan datang.

Pertengahan Jun tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Tian Chua berhubung tuduhan mencederakan anggota polis pada 2007 dan menggantikannya dengan denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Tempoh dua hari cari peguam

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tempoh dua hari cari peguam SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini memberi tempoh dua hari kepada Sarjan N Tharmendran untuk melantik peguam baru berhubung kes tuduhan mencuri enjin pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Peguamnya, N Surendran menarik diri melalui surat bertarikh 10 Jun lalu menyebabkan perbicaraan dijadualkan selama tiga hari bermula semalam itu tangguh.

Hakim, Aslam Zainuddin bagaimanapun menegur Tharmendran kerana menyifatkannya satu tindakan tidak wajar berlaku pada saat akhir.

"Dari 10 Jun 2011 hingga sekarang apa kamu buat? Saya beri tempoh dua hari untuk kamu dapatkan peguam. Tidak kira siapa peguam itu, pastikan dia bersedia untuk perbicaraan," katanya yang menetapkan 16 Jun ini untuk perbicaraan.

Tharmendran, 43, dituduh bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi, pada 30 April 2008.

Pada 6 Januari tahun lalu, Tharmendran, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap tuduhan itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama, membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, pengarah syarikat pembekalan, K Rajandran Prasad, 39, turut mengaku tidak bersalah di mahkamah sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu menghapuskan dua enjin terbabit di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang, pada 30 April 2008.

Bagi kes pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang dihadapi kedua-duanya, Aslam menetapkan tarikh bicara sama.

Pada 20 Ogos tahun lalu, Tharmendran turut mengaku tidak bersalah terhadap pengubahan wang haram melibatkan RM62,000, manakala Rajandran mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan serupa membabitkan RM437,319.50.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anwar saman KJ mungkin selesai luar mahkamah

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

Anwar saman KJ mungkin selesai luar mahkamah KUALA LUMPUR - Pihak-dalam saman fitnah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menimbangkan kemungkinan menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Peguam yang mewakili Khairy, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad meminta pihak berkenaan berbuat demikian semasa berjumpa dengan mereka di dalam: kamarnya semalam.

Khairy turut diwakili peguam Sarah Abishegam manakala Anwar diwakili peguam Mohd Haijan Omar.

Muhammad Shafee berkata beliau akan berbincang dengan Khairy mengenai sama ada anak guamnya itu bersetuju dengan penyelesaian itu.

Mahkamah menetapkan 24 Jun bagi pengurusan kes bagi mereka memaklumkan kepada mahkamah mengenai keputusan mereka.

Anwar memfailkan saman, 7 September 2007, mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO telah memfitnahnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, pada Ogos 2007.

Beliau berkata kenyataan memfitnah itu disiarkan oleh media di negara ini pada 3 Ogos, 2007.

Anwar mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai ahli politik tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, tidak mengutamakan perjuangan orang Melayu serta hak dan beliau berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam negara.

Beliau berkata Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindirnya sebagai seorang ejen politik Amerika Syarikat dan Yahudi, bertujuan memusnahkan erjaya :politiknya.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Anda tidak pernah ambil cuti sakit?

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

Syabas kepada Mohd Fakri yang selama 25 tahun bekerja tidak pernah ambil cuti sakit (mc). Moga hasrat murninya berusaha tidak ambil mc hingga bersara 10 tahun lagi tercapai.

Sebenarnya, bukan sedikit yang tidak pernah ambil mc. Saya boleh perkenalkan seorang hamba Allah yang tidak pernah mc dalam tempoh 38 tahun bekerja, kecuali dua hari; itu pun kerana dipaksa doktor sebab tercekik tulang ikan. Seorang pegawai tinggi jabatan kerajaan tidak pernah ambil mc kerana takut ke hospital. Beliau berumur 72 tahun sekarang. Saya doakan beliau terus sihat.

Ada juga yang barangkali tidak pernah ambil mc tapi waktu kerja panjat pasar raya dan masuk pawagam. Ada yang ambil mc tapi pusing seluruh bandar.

Oleh itu, biarlah yang tidak pernah ambil cuti atau mc itu ikhlas, bukan tidak cuti kerana sekadar hendak dipuji kawan dan majikan dan yang ambil mc itu juga jujur, bukan hendak cuti panjang hujung minggu untuk balik kampung.

Dikatanya, usahawan-usahawan sebenarnya ramai yang boleh dianggap kumpulan manusia istimewa. Mereka penuh dengan tenaga, kreatif, semangat berkobar dalam menjalankan pekerjaan dan selalu mengintai peluang.

Ramai usahawan di rantau Asia menulis mengenai pengalaman mereka, tapi di Malaysia, masih sedikit sangat sudi berbuat demkian. Sebuah buku yang saya baca beberapa tahun lalu, yang jika diterjemahkan bermaksud 'Di Setiap Lorong Ada Emas'.

Ia menceritakan mengenai kisah suka-duka Kim, seorang pengasas hebat sebuah syarikat Korea Selatan.

Seorang penagih kerja, Kim kerja 14 ke 16 jam sehari. Yang menarik dan yang saya ingat sangat hingga hari ini adalah Kim, masa itu, berusia lebih 50 tahun, bukan sekadar tidak ambil mc, bahkan tidak pernah tidak bekerja walau sehari pun dalam tempoh kerjayanya. Jadual kerjanya begitu ketat hingga beliau bersarapan pagi atau bercukur dalam kereta dalam perjalanan ke tempat kerja. Beliau ambil cuti hanya sehari, iaitu hari anak perempuannya kahwin.

Kim adalah antara usahawan yang melihat kemungkinan dalam ketidakmungkinan; seperti orang yang melihat peluang menjual kasut di negara penduduk berkaki ayam, atau seperti yang berjaya menjual peti ais kepada orang Eskimo.

Kim adalah usahawan daripada keluarga miskin masa peperangan, ketika ayahnya sendiri meringkuk dalam penjara, meninggalkan ibunya yang terpaksa menyara lima orang anak. Beliau menceritakan bagaimana beliau terpaksa berjalan 10 kilometer (dua jam) ke universiti setiap hari.

Dan dalam segala kesulitan yang dihadapi, beliau mempunyai mimpi besar untuk menjadi seseorang yang hebat dan berjaya di masa dewasa.

Pemegang ijazah bidang ekonomi, Kim banyak belajar masa menjual akhbar untuk bantu kehidupan keluarga.

Apa yang istimewa, beliau tentukan beliau edar akhbar dengan cepat untuk mendahului peniaga lain dan mengutip wang dalam perjalanan pulang. Beliau tidak mengutip semasa mengedar akhbar untuk kejar masa.

Digelar sebagai 'orang paling kuat bekerja di Korea Selatan', Kim menerima banyak hadiah atas kerja dan sumbangannya, termasuk di peringkat antarabangsa.

Nasihatnya kepada belia ialah mereka mesti ada impian. Belia yang tiada impian bukan belia, katanya.

Beliau sedar, di negaranya belia mahu kerja yang bergaji tinggi.

Tamak, padanya, boleh membawa kepada kekeliruan sosial dan di peringkat kebangsaan, peperangan. Sikap ini bertentangan dengan sikap generasi dahulu yang bekerja keras untuk masa depan.

Namun, dihujung hidupnya beliau tidak terlepas daripada masalah. Disebabkan asas kewangan yang rapuh, walaupun syarikatnya mempunyai cawangan terbanyak di luar negara, perniagaannya menjunam ketika krisis kewangan Asia pada 1998/9. Dia terpaksa jual hampir 50 perbadanan, dengan memberi tumpuan hanya kepada syarikat-syarikat besar.

Kim berada dalam senarai Interpol ketika di luar negara, meninggalkan syarikatnya pada 1999 dengan beban RM65 bilion untuk ditanggung kakitangannya.

Beliau ditangkap tidak lama selepas kembali ke Korea Selatan pada 2005 and memohon maaf 'kerana menyakitkan negara' dan menerima tanggungjawab penuh atas kejatuhan kumpulan syarikat dan bersedia menerima apa sahaja tindakan pihak berkuasa'.

Pada 2006, beliau dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana menggelapkan wang dan penipuan akuan. Pada 2007, beliau diberi pengampunan oleh Presiden.

"Kesilapan saya, cita-cita saya terlalu tinggi. Saya cuba lakukan terlalu banyak, terlalu cepat." Balik kepada cerita awal. Apakah anda tergolong dalam kalangan mereka yang kuat kerja dan tidak pernah mc? Jika anda tidak pernah ambil mc selama 25 tahun ke atas, kecuali kurang lima hari kerana terpaksa, marilah kita tubuhkan Persatuan Orang Tidak Pernah Cuti Sakit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berlakon untuk melepas diri

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

Berlakon untuk melepas diri? Anda yang membaca artikel ini juga tidak boleh tidak, pernah berlakon untuk melepaskan diri daripada pelbagai situasi. Bermula sejak di zaman persekolahan, kita berlakon kononnya buku latihan tertinggal di rumah, padahal kita tidak membuat kerja sekolah. Kita berlakon, kaki kita sakit sebab tidak memakai kasut sekolah, padahal kasut kita basah kerana kita bermain lopak hujan petang semalam.

Apabila dewasa, berlakon untuk melepaskan diri menjadi satu mekanisme muslihat untuk mempertahankan diri. Berpura-pura tidak nampak si kakak penjaja kerepek yang singgah dari meja ke meja ketika kita makan di restoran, adalah satu contoh lakonan untuk mengelak daripada membeli jajan yang kita tidak ingini. Menyombongkan diri ketika dihampiri si pengutip derma di hadapan pintu bank mahupun mencampak telefon bimbit ketika berbual sewaktu memandu kerana takut disaman anggota polis trafik yang muncul di sisi adalah contoh lakonan untuk melepas diri.

Terdapat banyak lakonan yang kita lakukan untuk melepaskan diri. Apakah ini satu pembohongan? Ya. Berlakon untuk melepaskan diri juga adalah satu bentuk pembohongan. Saya tidak berani mengatakan ia bohong sunat kerana setahu saya, tidak ada istilah bohong sunat. Kerana itu saya juga tidak berani mengatakan, berlakon untuk melepaskan diri sebagai berpahala, apatah lagi satu perbuatan yang berdosa.

Namun, dalam pelbagai situasi dan ketika, kadangkala kita terpaksa berlakon untuk melepaskan kawan-kawan kita mahupun imej syarikat tempat kita bekerja. Contohnya, kita pernah menyatakan kawan kita Dol, sudah masuk ke pejabat tetapi terpaksa keluar kerana ada hal, sedangkan kita tahu dia datang lewat.

Ataupun memberitahu pihak pembekal, cek untuknya masih belum bos tandatangani lagi, padahal pihak syarikat kita belum ada duit untuk membayarnya. Lakonan untuk menutup kesalahan orang atau pihak lain kita lakukan untuk cover line.

Walau apa pun, berlakon untuk melepaskan diri juga wajar dilakukan agar kita tidak terjerat dengan tipu helah orang lain. Yang tidak bagusnya ialah apabila lakonan untuk melepas diri itu dilakukan berlebih-lebihan sampai sebati di dalam diri. Akhirnya, kita menjadi orang yang sentiasa bersandiwara untuk menipu orang lain.

Manusia yang sebegini menghidap gangguan psikologi yang dinamakan sindrom penafian. Sebuah artikel menarik The Denial Syndrome and Its Consequences, tulisan Dr. Sabrina P Ramet, seorang pensyarah yang berkelulusan Sains Politik, Universiti California, Los Angeles, Amerika menggariskan manusia yang menghidap gangguan psikologi ini.

Menurutnya, seseorang yang menghidapi gangguan psikologi sindrom penafian mempunyai tiga peringkat. Pertama, menafikan yang benar, sebaliknya percaya apa yang diperkatakannya itu yang benar. Kedua, menafikan yang benar, walaupun dia tahu yang apa yang diperkatakannya itu tidak benar.

Ketiga, dia mempunyai persepsi terpilih, ingatan terpilih dan intepretasi terpilih, lalu mengenepikan maklumat yang benar. Dalam erti kata lain, dia hanya memilih apa yang sesuai dengan kehendaknya.

Di peringkat ini, seseorang yang menghidapi sindrom penafian ini akan mempamerkan personaliti yang elok. Pada waktu yang sama, dia akan menyalah atau meletakkan kesemua kesalahan kepada orang lain. Dialah yang sentiasa benar dan orang lain yang menuduhnya pula yang salah.

Sindrom penafian yang ekstrim menjadikan seseorang itu kerap berbohong untuk melepaskan diri. Andainya ia sudah menjadi tabiat yang sebati di dalam diri, ia bererti dia terjerumus sebagai pembohong tegar yang hidup di dalam dunia pembohongan yang dianggapnya benar, sebaliknya realiti yang benar itu palsu pula baginya. Pendek kata, dia hidup di dalam dunia khayalan kerana sudah tidak sedar diri.

Orang begini berasakan dia boleh hidup dengan berbohong kerana dia menyangka orang lain sentiasa mempercayainya.

Ini sama sekali tidak akan terjadi kerana seperti kata Abraham Lincoln, "You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time."

Bukan semua orang bodoh, tetapi ada orang bodoh bagi semua orang. Layari http://www.maafcakap.blogspot.com untuk membaca artikel-artikel sebelum ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved