Rabu, 15 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Tempoh dua hari cari peguam

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tempoh dua hari cari peguam SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini memberi tempoh dua hari kepada Sarjan N Tharmendran untuk melantik peguam baru berhubung kes tuduhan mencuri enjin pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Peguamnya, N Surendran menarik diri melalui surat bertarikh 10 Jun lalu menyebabkan perbicaraan dijadualkan selama tiga hari bermula semalam itu tangguh.

Hakim, Aslam Zainuddin bagaimanapun menegur Tharmendran kerana menyifatkannya satu tindakan tidak wajar berlaku pada saat akhir.

"Dari 10 Jun 2011 hingga sekarang apa kamu buat? Saya beri tempoh dua hari untuk kamu dapatkan peguam. Tidak kira siapa peguam itu, pastikan dia bersedia untuk perbicaraan," katanya yang menetapkan 16 Jun ini untuk perbicaraan.

Tharmendran, 43, dituduh bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi, pada 30 April 2008.

Pada 6 Januari tahun lalu, Tharmendran, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap tuduhan itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama, membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, pengarah syarikat pembekalan, K Rajandran Prasad, 39, turut mengaku tidak bersalah di mahkamah sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu menghapuskan dua enjin terbabit di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang, pada 30 April 2008.

Bagi kes pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang dihadapi kedua-duanya, Aslam menetapkan tarikh bicara sama.

Pada 20 Ogos tahun lalu, Tharmendran turut mengaku tidak bersalah terhadap pengubahan wang haram melibatkan RM62,000, manakala Rajandran mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan serupa membabitkan RM437,319.50.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anwar saman KJ mungkin selesai luar mahkamah

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

Anwar saman KJ mungkin selesai luar mahkamah KUALA LUMPUR - Pihak-dalam saman fitnah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menimbangkan kemungkinan menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Peguam yang mewakili Khairy, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad meminta pihak berkenaan berbuat demikian semasa berjumpa dengan mereka di dalam: kamarnya semalam.

Khairy turut diwakili peguam Sarah Abishegam manakala Anwar diwakili peguam Mohd Haijan Omar.

Muhammad Shafee berkata beliau akan berbincang dengan Khairy mengenai sama ada anak guamnya itu bersetuju dengan penyelesaian itu.

Mahkamah menetapkan 24 Jun bagi pengurusan kes bagi mereka memaklumkan kepada mahkamah mengenai keputusan mereka.

Anwar memfailkan saman, 7 September 2007, mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO telah memfitnahnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, pada Ogos 2007.

Beliau berkata kenyataan memfitnah itu disiarkan oleh media di negara ini pada 3 Ogos, 2007.

Anwar mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai ahli politik tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, tidak mengutamakan perjuangan orang Melayu serta hak dan beliau berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam negara.

Beliau berkata Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindirnya sebagai seorang ejen politik Amerika Syarikat dan Yahudi, bertujuan memusnahkan erjaya :politiknya.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved