Rabu, 15 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Bantahan memuncak, PR tak berganjak

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

Bantahan memuncak, PR tak ganjak KUALA LUMPUR - Hampir sebulan lagi sebelum perhimpunan Bersih 2.0 diadakan oleh pertubuhan bukan kerajaan yang didalangi pembangkang, suara bantahan pelbagai pihak terus berkemundang dengan laporan polis membantah perhimpunan itu hampir setiap hari dibuat.

Namun pihak yang mendalagi perhimpunan itu setakat ini belum menunjukkan tanda mahu ber�ganjak.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan himpunan itu sebagai menyusahkan rakyat, kotor, bukannya bersih.

Selain menjejaskan pendapatan peniaga, himpunan itu juga menjejaskan industri perlancongan selain memburukkan imej negara.

"Ia membawa membawa imej seolah-olah Malaysia tidak aman sekali gus menakutkan pelancong asing untuk datang ke negara ini," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan pula menmyifatkan ada niat jahat di sebalik perhimpunan itu.

Menurutnya, beliau tidak dapat memahami bagaimana perhimpunan itu yang didalangi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga boleh bergabung kerana selama ini, perbezaan perjuangan mereka amat jelas.

"Perhimpunan ini hanya menyusahkan rakyat," katanya.

Di AMPANG, Selangor, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Kebangsaan membantah keras perhimpunan itu.

Presidennya, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, PSSGM menganggap mereka yang terlibat dengan demonstrasi itu sebagai pengkhianat bangsa dan negara.

"Mereka perlu dikenakan tindakan keras, termasuk ISA," katanya.

Di JASIN, Melaka pula, Timbalan Presiden Belia 4B Malaysia, Mohd Nizam Omar membuat laporan polis bagi memastikan perhimpunan itu dicegah oleh pihak berkuasa.

"Ia sekadar mengganggu ketenteraman awam, merugikan negara. Ini hanya gimik politik murahan pembangkang," katanya. yang turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak terhadap mereka yang menggunakan medium Internet untuk menghebahkan maklumat tidak sihat yang boleh menjerumuskan negara ke dalam kancah kekacauan.

Bagaimanapun di pihak pembangkang, mereka tidak anggap apa yang dilakukan sebagai bercanggah dengan undang-undang.

Di RAUB, Pahang, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar dan Pengguna Pas Kawasan Raub, Mohd Harris Abdullah berkata, tidak ada sekatan di sisi undang-undang terhadap perhimpunan itu.

Menurutnya, dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan menerusi Fasal 10(1) (a) iaitu memberi hak kepada semua warga negera Malaysia untuk bersuara secara bebas selain Fasal 10(1) (b) memberi hak kepada semua warga negara a untuk berhimpun secara aman tanpa senjata," katanya.

Di SENAI, Johor, Ketua Pakatan Rakyat (PR) negeri, Dr Boo Cheng Hau berkata, pihaknya akan menghantar seramai mungkin ahli untuk menyertai perhimpunan itu.

Menurutnya, perhimpunan berkenaan amat penting kerana ia akan membentuk hala tuju negara supaya lebih adil dalam melaksanakan pilihan raya.

"Perhimpunan ini tidak ada masalah jika tidak mempunyai campur tangan pihak ketiga dan pasti akan berlaku secara aman jika tidak ada sebarang bentuk provokasi," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, perhimpunan ini akan dijalankan secara aman dan diadakan kerana tuntutan sebelum ini tidak dilayan.

Di MERSING, seramai 30 aktivis bukan kerajaan (NGO) dari daerah ini turut membantah perhimpunan itu.

Pengerusi Perkasa Mersing, Ishak Awang berkata, bantahan itu dibuat bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini yang boleh memberi masalah kepada rakyat.

"Kami mahu kerajaan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada untuk membatalkan perhimpunan itu kerana boleh menggugat ketenteraman awam," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing semalam.

Di PAKA, Terengganu, sekumpulan ahli Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Ranting Paka diketuai Azmi Yusuf membuat laporan polis membantah perhimpunan itu.

"Kerajaan perlu tegas kerana ini isu ketenteraman awam," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BN batal bincang status Tian Chua

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

BN batal bincang status Tian Chua KUALA LUMPUR - Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) membatalkan hasrat untuk memfailkan usul tergempar bagi membincangkan status kelayakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sebagai wakil rakyat.

Timbalan Pengerusi BNBBC, Datuk Bung Mokhtar Raden berkata, keputusan untuk tidak meneruskan usul berkenaan dibuat selepas mendapat nasihat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Speaker nasihatkan kami supaya tidak teruskan usul ini atas beberapa sebab," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Sebelum ini, BNBBC dilaporkan bercadang untuk membawa usul mengenai kedudukan Ahli Parlimen daripada PKR itu setelah Mahkamah Rayuan menolak rayuannya berhubung hukuman atas tuduhan menggigit seorang anggota polis empat tahun lalu ditolak.

Sementara itu, Tian Chua ketika ditemui berkata, beliau masih Ahli Parlimen yang sah dan akan menghadiri persidangan Dewan Rakyat serta menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

"Apa yang saya tahu, saya masih Ahli Parlimen yang sah, kecuali ada usaha pihak kerajaan untuk mencabar keputusan berkenaan," katanya.

Di Petaling Jaya, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, parti itu akan mengambil tindakan undang-undang jika Tian Chua digugurkan sebagai wakil rakyat.

"Seperti sedia tahu, BN tidak lagi berpegang kepada prinsip keadilan dan kebenaran kerana mereka akan menggunakan kuasa majoriti dalam Parlimen untuk menafikan keadilan bagi seorang wakil rakyat.

"Perkara ini pernah terjadi apabila saya digantung Parlimen kerana BN menggunakan kuasa majoriti. Jadi, saya tidak terkejut mereka menggunakan cara yang sama terhadap Tian Chua," katanya pada sidang media semalam.

Menurutnya, jika BN meneruskan tindakan itu, beliau yakin rakyat akan menghukum BN pada pilihan raya umum akan datang.

Pertengahan Jun tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Tian Chua berhubung tuduhan mencederakan anggota polis pada 2007 dan menggantikannya dengan denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved