Sabtu, 22 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

'Plus perlu bayar cukai'

Posted: 21 Oct 2011 05:00 PM PDT

'Plus perlu bayar cukai'

KOTA SARANG SEMUT - Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) perlu menjelaskan hutang cukai tanah yang tertunggak sejak tanah milik Kerajaan Negeri diambil alih untuk dibangunkan sebagai Lebuhraya Utara-Selatan.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau difahamkan bahawa sehingga kini tanah yang ditukar milik untuk tujuan pembangunan prasarana di bawah Kanun Tanah Negara, masih belum digazet sedangkan proses pengambilalihan tanah sudah lama diselesaikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Menurutnya, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara, tanah berkenaan perlulah digazet dan apabila ia digazet pihak pengurusan perlulah menjelaskan cukai tanah kepada Kerajaan Negeri Kedah sama seperti pembayar-pembayar cukai yang lain.

"Laluan itu panjang, bermula dari Bukit Kayu Hitam sehinggalah sempadan Pulau Pinang (dan sempadan Perak), namun sejak laluan berkenaan digunakan, sekupang (satu sen) pun (cukai) tidak dibayar kepada Kerajaan Negeri.

"Tanah yang diambil adalah milik Kerajaan Negeri Kedah, dan kalau tanah itu digunakan, hasilnya (cukai) perlulah dibayar," katanya semasa berucap pada program ceramah sempena Sambutan 60 Tahun Pas peringkat negeri Kedah, yang diadakan di Kompleks Pas Batu 9, malam kelmarin.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang, berkata, tidak ada sebab untuk Plus tidak membayar cukai tanah kepada Kerajaan Negeri sedangkan mereka mengaut untung besar setiap tahun.

"Kenapa projek daripada Plus yang mendapat kutipan tol dan mengaut untung lebih 1 bilion setahun, tidak membayar hasil (cukai) sedangkan laluan dibina di atas tanah Kerajaan Negeri dan bukannya di atas angin.

"Jika bayaran cukai ini dibuat, ia akan menjadi satu lagi hasil baru di bawah pendapatan negeri ini dan perkara ini akan saya tanyakan dalam Dewan Rakyat pada minggu depan," katanya.

Sementara itu, katanya, Kerajaan Negeri Kelantan juga akan menuntut hutang berjumlah RM35 juta, yang melibatkan pembinaan landasan kereta api serta stesen kereta api di beberapa kawasan termasuklah Pasir Mas, Kuala Krai, Tumpat, Gua Musang dan Tanah Merah.

"Kita akan membuat tuntutan, sudahlah royalti minyak pun diambil, kini Perbadanan Aset Keretapi perlu membayar cukai kerana ia didirikan di atas tanah milik Kerajaan Negeri Kelantan," katanya.

Turut hadir pada program itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Koo Ham lapor SPRM

Posted: 21 Oct 2011 05:00 PM PDT

Koo Ham lapor SPRM MERU RAYA – Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham bertindak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, supaya menjalankan siasatan terperinci ke atas sejumlah 27,401 hektar tanah yang diluluskan Kerajaan Negeri dari 2009 hingga Julai tahun ini.

Antara tanah yang diluluskan Kerajaan Negeri sepanjang dua tahun itu termasuklah kuari, lombong, perumahan dan industri/pertanian.

Beliau yang juga Adun Sitiawan berbuat demikian kerana mendakwa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir enggan mengumumkan serta menyenaraikan nama penerima tanah berkenaan.

Koo Ham turut mendakwa berlaku penyelewengan bagi tanah industri/pertanian yang diluluskan dengan harga RM375 bagi 0.4 hektar.

"Jika dilihat pada harga pasaran, sehektar tanah di Perak bernilai sekurang-kurangnya RM20,000.

"Oleh itu, jika 24,224 hektar dijual secara lelong terbuka, Kerajaan Negeri akan menerima wang kira-kira RM1.2 bilion," katanya ketika ditemui di perkarangan pejabat SPRM, semalam.

Hadir sama, Adun Buntong, A Sivasubramaniam dan Adun Tebing Tinggi, Ong Boon Piow.

Dalam perkembangan sama, Koo Ham berkata pada 17 Oktober lalu, Zambry melalui satu kenyataan media menjelaskan bahawa tanah-tanah berkenaan diluluskan kepada Majlis Agama Islam Perak (Maipk), sekolah persendirian Cina (SUWA), Yayasan Perak dan agensi serta syarikat milik Kerajaan Negeri secara nominal.

"Saya percaya jumlah tanah yang diluluskan kepada pihak yang dinyatakan adalah sebahagian kecil sahaja manakala selebihnya berkemungkinan diberikan kepada kroni.

"Sehubungan itu, bagi memastikan ketelusan terhadap perkara berkenaan saya membuat laporan kepada SPRM agar tiada salah guna kuasa atau penyelewengan berkaitan isu tanah ini," katanya.

Sementara itu, Koo Ham berkata beliau tidak akan menarik balik sebarang kenyataan yang dikeluarkan mengenai isu berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Zambry pada Mesyuarat Exco Rabu lalu, yang memberi tempoh 24 jam kepadanya untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan media yang dikeluarkan.

"Semua perkara yang dilakukan ini adalah berdasarkan fakta dan bukti yang kukuh. Kami tidak gentar dan akan terus memperjuangkan perkara ini demi menjaga kepentingan rakyat.

"Jika terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang sekalipun kami sudah bersiap sedia untuk menghadapinya kerana yakin kami di pihak yang benar," katanya.

Lelaki rugi hampir RM235,000

Posted: 21 Oct 2011 05:00 PM PDT

Lelaki rugi hampir RM235,000 SERI KEMBANGAN – Seorang lelaki mendakwa kerugian hampir RM235,000 apabila firma guaman yang menguruskan proses jual beli rumahnya gagal membayar wang hasil jualan rumah itu kepadanya.

Difahamkan, pihak bank sudah meluluskan pinjaman dibuat pembeli rumahnya dan wang berkenaan sudah pun diserahkan kepada syarikat peguam berkenaan.

Namun, syarikat peguam itu dikatakan enggan menyerahkan wang yang sepatutnya menjadi milik mangsa dengan memberikan pelbagai alasan tidak masuk akal.

Mangsa, Wong Cheok Meng, 50, berkata, dia mengambil keputusan menjual rumahnya di Bandar Baru Bangi kepada seorang lelaki yang juga penyewa rumahnya sebelum menandatangani perjanjian sewa beli rumah (S&P) pada 6 September 2010.

Bagaimanapun, katanya, selepas setahun dari tempoh perjanjian ditandatangani dia masih gagal mendapat wang hasil jualan rumah itu.

Cheok Meng berkata, wakil syarikat peguam yang terletak di Subang Jaya itu memberi alasan tidak dapat bayar duit itu kerana belum menerimanya daripada bank.

"Sangkaan saya ia berikutan pembeli belum buat proses pinjaman bank menyebabkan saya ke rumah itu seperti biasa untuk mengutip sewa.

"Namun saya terkejut apabila dimaklumkan pembeli itu dia sudah mula bayar ansuran pinjaman perumahan kepada bank sejak April lalu dan rumah berkenaan sudah ditukar milik namanya," katanya.

Katanya, dia kemudian merujuk kepada bank dan dimaklumkan pembayaran duit rumah itu sudah dibuat kepada syarikat peguam terbabit pada Mac lalu.

"Tidak puas hati dan rasa ditipu, saya kemudian buat laporan polis pada 27 Ogos di Balai Polis Seri Kembangan. Selepas sebulan, wakil syarikat peguam itu ada hubungi dan minta saya datang ke pejabat untuk berbincang.

"Malangnya saya kecewa kerana dimaklumkan, mereka mampu bayar kepada saya sebanyak RM50,000 sahaja dan baki selebihnya akan dibayar apabila mereka sudah mempunyai wang kelak," katanya yang kemudian membuat aduan kepada Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching.

Sementara itu Nie Ching berkata, sebaik terima aduan mangsa, beliau ada menulis surat kepada pejabat peguam terbabit pada 10 Oktober lalu untuk bertanyakan mengapa baki wang tidak dibayar kepada penjual rumah itu.

Beliau berkata, pihaknya meminta syarikat berkenaan memberi penjelasan dalam tempoh tujuh hari berhubung perkara berkenaan.

"Selepas tempoh tamat, tiada sebarang maklum balas diterima malah surat ingatan pertama yang dihantar pada 19 Oktober dari pihak kami juga tidak diendahkan.

"Semalam saya minta pembantu saya bawa mangsa ke Majlis Peguam untuk buat aduan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

Nasi dagang ke Perth

Posted: 21 Oct 2011 05:00 PM PDT

Nasi dagang ke Perth KEMAMAN – Makanan tradisional Terengganu, nasi dagang bakal menembusi pasaran di Perth, Australia apabila Yayasan Usahawan Terengganu (YPU) membuka kedai makan, T-Kafe di sana, awal tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, selain nasi dagang, pelbagai jenis lagi makanan tradisi Terengganu akan dijual di sana.

"Kita akan menjual otak-otak, paih, keropok dan lain-lain lagi kerana di sana terdapat ramai orang Melayu yang kita percaya makanan ini akan mendapat sambutan," katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Mohamed berkata, di Australia, terdapat lebih kurang 40,000 orang Melayu dan ini satu peluang bagi YPU untuk memasarkan produk industri kecil sederhana (IKS) keluaran negeri ini melalui T-Kafe itu.

Beliau berkata T-Kafe itu juga akan menjual barangan kraf buatan Terengganu seperti tekstil dan kraftangan serta air roselle selain makanan tersebut.

"Kita tiada masalah untuk mendapatkan bahan untuk membuat nasi dagang kerana beras dan ikan tongkol untuk lauk nasi dagang senang didapati di sana," katanya.

Mohamed, yang juga Adun Chukai, Kemaman berkata, YPU akan mengadakan kerjasama dengan usahawan Melayu di Perth untuk membuka kedai T-Kafe di negara itu.

Beliau berkata, pada dasarnya, usahawan Melayu itu merupakan seorang peniaga kedai makan yang berjaya di Perth dan beliau bersetuju untuk bekerjasama dengan YPU.

"Kami sedang berunding dan akan memulakan perniagaan sebaik sahaja perundingan itu mencapai kata sepakat," katanya.

Mohamed berkata YPU yang mewakili Kerajaan Negeri di Perth Royal Show 2011 di Claremont Showground Australia pada bulan lalu telah menemui usahawan tersebut dan sekali gus membuka jalan untuk mewujudkan T-Kafe di sana.

Katanya, Kerajaan Negeri memperkenalkan lima jenis produk IKS pada Perth Royal Show 2011 yang berlangsung dari 1 hingga 8 Oktober lalu iaitu keropok lekor sejuk beku, keropok kering, krafta-ngan, tekstil, air minuman roselle dan ikan sardin.

Dalam program itu, YPU telah berjaya menjual produk IKS bernilai hampir RM60,000 dan ini merupakan sambutan yang menggalakkan daripada penduduk di Perth terhadap barangan keluaran Terengganu.

Selain makanan, Mohamed berkata YPU juga akan memperkenalkan barangan seperti jaket, beg tangan, tali pinggang dan barangan kulit lain yang bermutu di Perth apabila T-Kafe itu dibuka nanti.

Katanya, YPU sudah membuka enam T-Kafe di sini dan di luar negara ini yang pertama.

Susun struktur masjid

Posted: 21 Oct 2011 05:00 PM PDT

Susun struktur masjid PEKAN - Setiap pegawai pentadbiran dan ahli jawatankuasa masjid di negeri ini perlu menekankan beberapa aspek dalam usaha mengimarahkan lagi rumah ibadat itu secara lebih sistematik.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, masjid merupakan medan institusi keilmuan serta panduan masyarakat Islam mendapatkan ilmu selain mengeratkan silaturahim sesama ummah.

Titah baginda, bagi tujuan itu, pegawai dan ahli jawatankuasa perlu menyusun struktur kerja masjid sebagai sebuah pusat pentadbiran yang meliputi semua aspek dalam kehidupan.

"Bukan sekadar itu sahaja, pengurusan masjid juga perlu mempunyai pengetahuan serta wawasan selain kreatif menggerakkan aktiviti masjid dan mendekatkan masyarakat kepada rumah ALLAH SWT.

"Pengurusan serta jawatankuasa masjid juga perlu bersama-sama mengambil inisiatif untuk mendekatkan golongan muda dengan aktiviti keagamaan yang diadakan," titah baginda pada majlis tahlil dan doa selamat perasmian masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj di sini.

Turut berkenan berangkat ke majlis, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah, dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Baginda bertitah, peredaran zaman juga menuntut perhatian yang lebih mengenai kegunaan masjid dan melakukan pemantauan yang antara lain bertujuan mengelak institusi itu disalah guna individu tertentu mencorak pemikiran umat Islam ke arah persepsi negatif.

Sehubungan itu baginda meminta Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) serta Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sentiasa memantau pembangunan serta kemajuan masjid di seluruh negeri ini.

"Usaha membudayakan masjid dan mendekatkan ia kepada masyarakat seharusnya diberi perhatian dalam menyatukan ummah dan tidak menjadikan ia sebagai tempat untuk menyebarkan dakyah dan anasir negatif.

"Apa yang diharapkan ialah pihak pengurusan masjid terus memajukan masjid melalui kreativiti dalam aktiviti yang diadakan seterusnya mewujudkan sebuah masyarakat yang berilmu dan mempunyai didikan agama yang kukuh," titah baginda.

Ibadah korban untuk Gaza

Posted: 21 Oct 2011 05:00 PM PDT

Ibadah korban untuk Gaza KOTA BHARU- Kesusahan penduduk Gaza perlu dibantu! Itu luahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika melancarkan Tabung Ibadat Qurban dan Aqiqah untuk penduduk Gaza Palestin di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ibadah korban adalah suatu yang mulia dalam Islam dan daging hasil korban itu perlu diberikan kepada mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi penduduk Gaza yang ditindas oleh rejim Israel.

"Saya minta rakyat Kelantan dapat bersama-sama menghulurkan bantuan seberapa mampu untuk Gaza," katanya yang turut menyumbang derma kepada tabung tersebut.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi II Cakna Palestin Ausaini Ibrahim berkata, pihaknya menyasarkan untuk menghantar sekurang-kurangnya enam lembu dan beberapa ekor kambing ke Gaza pada 24 Oktober ini.

Menurutnya, daging merupakan barangan yang mahal di Gaza dan terpaksa menggunakan laluan bawah tanah untuk sampai kepada penduduk Palestin.

"Untuk tahun lepas, kita menghantar empat lembu dan tujuh kambing dengan kos RM100,000 dan kita mengharapkan jumlah pungutan bertambah," katanya

Menurutnya, matlamat badan ini untuk memberi khidmat semaksimum mungkin sebagai wasilah interaksi kemanusiaan khususnya anak yatim para keluarga syuhada dan fakir miskin di Gaza.

Katanya, tabung tersebut masih dibuka dan pihak berminat boleh datang ke pejabat Misi Cakna Palestin di tingkat 1, Medan Usahawan, Kota Bharu atau wang boleh disalurkan ke Bank Islam di No Akaun: 03018010122939.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

RM3 juta untuk mula bisnes

Posted: 21 Oct 2011 05:00 PM PDT

RM3 juta untuk mula bisnes KEPONG – Geran RM3 juta berbentuk peralatan memulakan perniagaan di bawah program Teman 1AZAM telah diberikan kepada 615 penerima di bawah program kebajikan produktif bagi kawasan Parlimen Kepong, semalam.

Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, program itu bagi membantu isi rumah berpendapatan rendah di bawah untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

"Kita menyediakan peralatan untuk bantu mereka menambah pendapatan terutama bagi memulakan perniagaan. Ini penting kerana berdasarkan pemerhatian, ia amat membantu dan boleh menambah pendapatan sehingga lebih RM600 sebulan," katanya.

Beliau berakata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Teman 1AZAM KPWKM di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Kepong, di sini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Kebajikan dan Masyarakat Penyayang (Mayang) Parlimen Kepong, Datuk Rizuan Abdul Hamid.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama agensi pelaksana seperti Kementerian Pertanian Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Sumber Manusia (MOHR) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Menurut Shahrizat, sehingga 31 September 2011, seramai 12,540: orang telah menyertai program Teman 1AZAM dan berharap lebih ramai peserta mengambil bahagian di dalam program itu terutama dalam k:alangan kaum Cina dan India.

"Setakat ini, secara keseluruhan kita telah membantu 42,637 peserta dibawah program Teman 1AZAM, seluruh negara. Mereka hanya perlu maklumkan apa yang mereka perlukan untuk memulakan perniagaan," katanya.

Shahrizat berkata, Kementerian mempunyai pelbagai inisiatif untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah, selain melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mereka diberi jalan untuk keluar daripada kemiskinan.

"Kita ada senarai individu berpendapatan rendah yang terdapat di eKasih dan JKM. Daripada senarai itu, kita akan kenalpasti mereka yang perlu diberikan bantuan dan mereka yang memerlukan saluran untuk keluar dari kemiskinan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

PTPTN kutip RM3.6 juta

Posted: 21 Oct 2011 05:00 PM PDT

PTPTN kutip RM3.6 juta

SUNGAI PETANI - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerima reaksi positif, sete:lah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dilancarkan dua bulan lalu oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Pengurus Kanan Pelaburan PTPTN, Tuan Din Tuan Mat berkata, berdasarkan rekod, kutipan melalui akaun pendeposit SSPN telah meningkat 100 peratus selepas dilancarkan semula oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Putrajaya.

Menurutnya, kutipan RM3.6 juta direkodkan sepanjang minggu lepas dan ini menunjukkan perkembangan positif terhadap SSPN.

"PTPTN menyasarkan sebanyak RM60 juta dikutip dari SSPN bagi tahun ini berdasarkan jumlah kutipan memberangsangkan sepanjang minggu lepas iaitu sebanyak RM3.6 juta.

"Manakala bagi tahun depan pula dijangka lebih meningkat kerana mulai tahun depan, semua pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN diwajibkan memiliki akaun SSPN dengan simpanan minimum RM20," katanya selepas Majlis Perasmian Program Kemasyarakatan Anjuran Penyelaras Parlimen Merbok dengan kerjasama PTPTN, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan UiTM Kedah di Masjid Al-Majidi, Sungai Layar, dekat sini, semalam.

Hadir sama ialah Ahli Lembaga Pengarah PTPTN, Datuk Tajul Urus Md Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid dan Timbalan Rektor UiTM Kedah, Profesor Madya Kamal Bahrin Shamsuddin.

Untuk rekod, SSPN merupakan satu skim atau instrumen simpanan direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi.

Dalam perkembangan sama, Tajul Urus yang juga merupakan Penyelaras Parlimen Merbok berkata, sehingga 30 September lalu, sebanyak 104,083 tindakan penguatkuasaan saman telah dihantar kepada peminjam ingkar melalui panel peguam yang dilantik dan sebanyak 69,573 saman telah mendapat perintah penghakiman bersih daripada mahkamah.

"Kerajaan telah memperuntukkan kelulusan pembiayaan pendidikan bagi 2011 sehingga 30 September lalu adalah sebanyak RM4.16 bilion melibatkan seramai 172,134 penerima biaya.

"Manakala secara keseluruhannya sehingga 30 September adalah sebanyak RM41.60 bilion melibatkan seramai 1,870,979 penerima biaya," katanya.

Tajul Urus berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 77.37 peratus bilangan pinjaman yang membuat bayaran balik dan sebanyak 22.63 peratus bilangan pinjaman yang tidak membuat bayaran balik direkodkan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

Geng Din Komando tumpas

Posted: 21 Oct 2011 05:00 PM PDT

Geng Din Komando tumpas AMPANG JAYA – Polis menumpaskan geng samun dan curi kenderaan, menggelar kumpulan mereka 'Geng Din Komando', setelah lima ahlinya ditangkap di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mereka terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita, berusia antara 24 hingga 30 tahun, ditahan selepas polis membuat risikan dan maklumat orang awam.

Menurutnya, turut dirampas kereta jenis Proton Wira dan Suzuki Swift, yang dilaporkan dicuri di Cheras, Kuala Lumpur, serta beberapa barangan seperti telefon bimbit, beg tangan, jam tangan, komputer riba dan barangan elektrik, dianggarkan bernilai lebih RM100,000 dan senjata dipercayai untuk merompak.

"Pada mulanya, kita tahan dua wanita di bilik sebuah hotel kira-kira jam 11.45 pagi. Ketika serbuan, seorang lelaki tiba-tiba datang bertemu wanita tersebut dan kita terus menahannya. Susulan tangkapan itu, kita tahan dua lagi lelaki di dalam kereta Proton Wira yang di parkir hotel serta menjumpai kunci kereta Suzuki Swift pada salah seorang suspek lelaki itu, " di Ibu Pejabat Polis Daearah (IPD) Ampang Jaya, di sini, semalam.

Menurutnya, ketua kumpulan itu dikenali sebagai Din Komando diberkas polis tahun lalu dan mereka dipercayai berpindah hotel selepas menjalankan kegiatan haram tersebut untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek turut menyamar sebagai anggota polis, susulan penemuan gari dan buku panduan ringkas pilihan raya milik pihak berkuasa itu.

"Tiga suspek lelaki didapati mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes samun, pemerasan, curi dan penyalahgunaan dadah, manakala suspek wanita tiada rekod jenayah. Mereka direman sehingga 23 Oktober ini," katanya.

Bagaimanapun katanya, polis masih mengesan sisa ahli geng itu yang masih bebas.

Barang kemas lesap

Posted: 21 Oct 2011 05:00 PM PDT

Barang kemas lesap KUALA LUMPUR – Empat wanita mengalami detik cemas, apabila dihampiri dua perompak bersenjatakan pistol dalam kejadian samun di kedai emas di Jalan Chow Kit, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian jam 1.46 petang itu, dua penyamun tersebut melarikan tiga dulang barang kemas dianggarkan bernilai RM500,000.

"Ketika kejadian, dua pekerja premis sedang melayan dua pelanggan wanita warga Indonesia, sebelum dihampiri kumpulan penyamun bertopi keledar penuh, manakala seorang lagi perompak menunggu di luar premis.

"Pekerja premis terpaksa menyerahkan barang kemas kerana diacu pistol dibawa penjenayah, yang disorokkan di dalam beg silang dan baju lelaki itu," katanya.

Chin Wah berkata, kumpulan perompak berusia lingkungan 30-an itu melarikan diri dengan menaiki dua motosikal jenis Modenas Kriss, bernombor pendaftaran palsu, lima minit kemudian.

"Kita sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesan penjenayah terlibat," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved