Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Posted: 21 Oct 2011 05:00 PM PDT Geng Din Komando tumpas
AMPANG JAYA – Polis menumpaskan geng samun dan curi kenderaan, menggelar kumpulan mereka 'Geng Din Komando', setelah lima ahlinya ditangkap di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur, Isnin lalu.
|
Full content generated by Get Full RSS.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mereka terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita, berusia antara 24 hingga 30 tahun, ditahan selepas polis membuat risikan dan maklumat orang awam. Menurutnya, turut dirampas kereta jenis Proton Wira dan Suzuki Swift, yang dilaporkan dicuri di Cheras, Kuala Lumpur, serta beberapa barangan seperti telefon bimbit, beg tangan, jam tangan, komputer riba dan barangan elektrik, dianggarkan bernilai lebih RM100,000 dan senjata dipercayai untuk merompak. "Pada mulanya, kita tahan dua wanita di bilik sebuah hotel kira-kira jam 11.45 pagi. Ketika serbuan, seorang lelaki tiba-tiba datang bertemu wanita tersebut dan kita terus menahannya. Susulan tangkapan itu, kita tahan dua lagi lelaki di dalam kereta Proton Wira yang di parkir hotel serta menjumpai kunci kereta Suzuki Swift pada salah seorang suspek lelaki itu, " di Ibu Pejabat Polis Daearah (IPD) Ampang Jaya, di sini, semalam. Menurutnya, ketua kumpulan itu dikenali sebagai Din Komando diberkas polis tahun lalu dan mereka dipercayai berpindah hotel selepas menjalankan kegiatan haram tersebut untuk mengelak dikesan pihak berkuasa. Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek turut menyamar sebagai anggota polis, susulan penemuan gari dan buku panduan ringkas pilihan raya milik pihak berkuasa itu. "Tiga suspek lelaki didapati mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes samun, pemerasan, curi dan penyalahgunaan dadah, manakala suspek wanita tiada rekod jenayah. Mereka direman sehingga 23 Oktober ini," katanya. Bagaimanapun katanya, polis masih mengesan sisa ahli geng itu yang masih bebas. |
Posted: 21 Oct 2011 05:00 PM PDT Barang kemas lesap
KUALA LUMPUR – Empat wanita mengalami detik cemas, apabila dihampiri dua perompak bersenjatakan pistol dalam kejadian samun di kedai emas di Jalan Chow Kit, di sini, semalam.
|
Full content generated by Get Full RSS.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian jam 1.46 petang itu, dua penyamun tersebut melarikan tiga dulang barang kemas dianggarkan bernilai RM500,000. "Ketika kejadian, dua pekerja premis sedang melayan dua pelanggan wanita warga Indonesia, sebelum dihampiri kumpulan penyamun bertopi keledar penuh, manakala seorang lagi perompak menunggu di luar premis. "Pekerja premis terpaksa menyerahkan barang kemas kerana diacu pistol dibawa penjenayah, yang disorokkan di dalam beg silang dan baju lelaki itu," katanya. Chin Wah berkata, kumpulan perompak berusia lingkungan 30-an itu melarikan diri dengan menaiki dua motosikal jenis Modenas Kriss, bernombor pendaftaran palsu, lima minit kemudian. "Kita sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesan penjenayah terlibat," katanya. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan