Sabtu, 22 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Susun struktur masjid

Posted: 21 Oct 2011 05:00 PM PDT

Susun struktur masjid PEKAN - Setiap pegawai pentadbiran dan ahli jawatankuasa masjid di negeri ini perlu menekankan beberapa aspek dalam usaha mengimarahkan lagi rumah ibadat itu secara lebih sistematik.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, masjid merupakan medan institusi keilmuan serta panduan masyarakat Islam mendapatkan ilmu selain mengeratkan silaturahim sesama ummah.

Titah baginda, bagi tujuan itu, pegawai dan ahli jawatankuasa perlu menyusun struktur kerja masjid sebagai sebuah pusat pentadbiran yang meliputi semua aspek dalam kehidupan.

"Bukan sekadar itu sahaja, pengurusan masjid juga perlu mempunyai pengetahuan serta wawasan selain kreatif menggerakkan aktiviti masjid dan mendekatkan masyarakat kepada rumah ALLAH SWT.

"Pengurusan serta jawatankuasa masjid juga perlu bersama-sama mengambil inisiatif untuk mendekatkan golongan muda dengan aktiviti keagamaan yang diadakan," titah baginda pada majlis tahlil dan doa selamat perasmian masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj di sini.

Turut berkenan berangkat ke majlis, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah, dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Baginda bertitah, peredaran zaman juga menuntut perhatian yang lebih mengenai kegunaan masjid dan melakukan pemantauan yang antara lain bertujuan mengelak institusi itu disalah guna individu tertentu mencorak pemikiran umat Islam ke arah persepsi negatif.

Sehubungan itu baginda meminta Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) serta Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sentiasa memantau pembangunan serta kemajuan masjid di seluruh negeri ini.

"Usaha membudayakan masjid dan mendekatkan ia kepada masyarakat seharusnya diberi perhatian dalam menyatukan ummah dan tidak menjadikan ia sebagai tempat untuk menyebarkan dakyah dan anasir negatif.

"Apa yang diharapkan ialah pihak pengurusan masjid terus memajukan masjid melalui kreativiti dalam aktiviti yang diadakan seterusnya mewujudkan sebuah masyarakat yang berilmu dan mempunyai didikan agama yang kukuh," titah baginda.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved