SH |
Posted: 21 Oct 2011 05:00 PM PDT Nasi dagang ke Perth
KEMAMAN – Makanan tradisional Terengganu, nasi dagang bakal menembusi pasaran di Perth, Australia apabila Yayasan Usahawan Terengganu (YPU) membuka kedai makan, T-Kafe di sana, awal tahun depan.
|
Full content generated by Get Full RSS.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, selain nasi dagang, pelbagai jenis lagi makanan tradisi Terengganu akan dijual di sana. "Kita akan menjual otak-otak, paih, keropok dan lain-lain lagi kerana di sana terdapat ramai orang Melayu yang kita percaya makanan ini akan mendapat sambutan," katanya kepada Bernama di sini, semalam. Mohamed berkata, di Australia, terdapat lebih kurang 40,000 orang Melayu dan ini satu peluang bagi YPU untuk memasarkan produk industri kecil sederhana (IKS) keluaran negeri ini melalui T-Kafe itu. Beliau berkata T-Kafe itu juga akan menjual barangan kraf buatan Terengganu seperti tekstil dan kraftangan serta air roselle selain makanan tersebut. "Kita tiada masalah untuk mendapatkan bahan untuk membuat nasi dagang kerana beras dan ikan tongkol untuk lauk nasi dagang senang didapati di sana," katanya. Mohamed, yang juga Adun Chukai, Kemaman berkata, YPU akan mengadakan kerjasama dengan usahawan Melayu di Perth untuk membuka kedai T-Kafe di negara itu. Beliau berkata, pada dasarnya, usahawan Melayu itu merupakan seorang peniaga kedai makan yang berjaya di Perth dan beliau bersetuju untuk bekerjasama dengan YPU. "Kami sedang berunding dan akan memulakan perniagaan sebaik sahaja perundingan itu mencapai kata sepakat," katanya. Mohamed berkata YPU yang mewakili Kerajaan Negeri di Perth Royal Show 2011 di Claremont Showground Australia pada bulan lalu telah menemui usahawan tersebut dan sekali gus membuka jalan untuk mewujudkan T-Kafe di sana. Katanya, Kerajaan Negeri memperkenalkan lima jenis produk IKS pada Perth Royal Show 2011 yang berlangsung dari 1 hingga 8 Oktober lalu iaitu keropok lekor sejuk beku, keropok kering, krafta-ngan, tekstil, air minuman roselle dan ikan sardin. Dalam program itu, YPU telah berjaya menjual produk IKS bernilai hampir RM60,000 dan ini merupakan sambutan yang menggalakkan daripada penduduk di Perth terhadap barangan keluaran Terengganu. Selain makanan, Mohamed berkata YPU juga akan memperkenalkan barangan seperti jaket, beg tangan, tali pinggang dan barangan kulit lain yang bermutu di Perth apabila T-Kafe itu dibuka nanti. Katanya, YPU sudah membuka enam T-Kafe di sini dan di luar negara ini yang pertama.

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan