Sinar Harian :: Suara Cakna |
Wanita dibelasah sebelum mati dibunuh suami Posted: 07 Oct 2011 05:00 PM PDT Wanita dibelasah sebelum mati dibunuh suami HULU BERNAM - Seorang wanita dibelasah sebelum dibunuh oleh suaminya di kuarters pejabat haiwan, dekat sini, awal pagi tadi. Anak sulung mangsa K Sharendra,24, berkata, ayahnya mabuk dan membelasah ibunya sampai mati dalam kejadian berlaku yang pada 11.30 semalam. Menurut sharendra, ketika kejadian ayah, ibu, mkcik, nenek dan adik bongsunya,11, berada di rumah. Ayahnya, G Krishnan, 58, dalam keadaan mabuk mula marah-marah namun keadaan reda seketika. Sharendra kemudiannya keluar dari rumah dan hanya balik pagi tadi. Menurutnya, pada malam itu pertelingkahan berterusan sehingga mengundang kematian. Mangsa, S. Gurmeet Kaur,41, dibelasah termasuk makciknya. Selepas kejadian suami mangsa tertidur dan sedar pada paginya dan mengangkat isterinya ke katil. Mangsa lebam, bengkak di muka, bibir dan badan. Ayah Sharendra ditahan bersama makcik yang lebam- lebam.-SH Selangor/ Hulu Selangor |
Mayat mangsa lemas ditemui di Sungai Kuala Muda Posted: 07 Oct 2011 05:00 PM PDT Mayat mangsa lemas ditemui di Sungai Kuala Muda PENAGA - Salah seorang mangsa yang hilang ketika mandi di Sungai Kuala Muda petang kelmarin akhirnya ditemui lemas. Mayat Mohd Hafiz Mustafa,13, ditemui satu kilometer dari tempat dia mandi manda bersama 14 rakannya sebelum tenggelam dan hilang oleh JPAM yang turut serta dalam gerakan mencari. Mayat ditemui terapung berdekatan tapak mengorek pasir jam 10.30 pagi semalam. Bagaimanapun rakannya yang turut hilang dalam kejadian pada jam 5.30 petang itu Mohd Harraz Bukhori,13, masih belum ditemui. Gerakan mencari masih diteruskan bersama bomba, JPAM, maritin, polis dan nelayan tempatan. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |