Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Posted: 07 Oct 2011 05:00 PM PDT Hudud: Pas sedia muzakarah
KOTA BHARU - Pas sedia bermuzakarah dengan mereka yang terlibat, termasuk institusi raja Melayu dan Umno bagi merungkai keraguan yang timbul dalam isu pelaksanaan hukum hudud. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dalam isu hudud, muzakarah adalah jalan yang lebih baik, berbanding debat, sekali gus dapat menyelesaikan masalah yang berbangkit mengenai pelaksanaan hukuman tersebut. "Kita (Pas) memberi ruang kepada Umno bermuzakarah, bukan berdebat. Umno ada biro agama mereka, Pas ada Dewan Ulama dan Majlis Syura. Institusi raja ada mufti-mufti. Apa salahnya bermuzakarah? "Muzakarah adalah pentas paling sesuai bagi merungkai persoalan yang diragui," katanya pada sidang media sebelum ceramah perdana Pakatan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad IV di sini, semalam. Program itu bermula dengan so Maghrib, diikuti kuliah agama disampaikan Senator lDatuk Dr Johari Mat, disusuli dengan solat Isyak dan solat hajat yang diimamkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dalam pada itu, Hadi menafikan isu pelaksanaan hukum hudud sengaja dibangkitkan bagi mendapat sokongan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), sebaliknya menyalahkan media yang didakwa tidak memberi liputan tepat. Menurutnya, Pas dilahirkan untuk mengangkat syiar Islam. |
Posted: 07 Oct 2011 05:00 PM PDT Bukan ciptaan Pas: Nik Aziz
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar pihak yang didakwa cuba menyekat pelaksanaan hukum hudud sedangkan ia terdapat dalam al-Quran dan bukannya ciptaan Pas. Menurutnya, mereka yang menyekat hudud sama ada tidak memahaminya atau terpengaruh dengan dunia luar yang menganggap Islam sebagai pengganas. "Sekarang kita adakan pelbagai bentuk penerangan mengenainya, termasuk wacana dan forum," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mingguan di Dataran Ilmu di sini, semalam. Ketika diminta mengulas pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang meminta Putrajaya memberi peluang kepada Kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud, Nik Abdul Aziz berkata, mufti mesti mengetahui dengan jelas hukum-hukum syariah. Harussani berkata, hudud bukan perkara senang untuk dilaksanakan kerana banyak perkara perlu dipatuhi. Bagaimanapun, katanya, ia mesti dibenarkan sebagai percubaan untuk dinilai keberkesanannya. Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan akan melantik jawatankuasa khas yang merangkumi pelantikan hakim, mewartakan hukum tersebut dan banyak lagi hal berkaitan teknikal dalam usahanya berhubung hukum hudud. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan