Khamis, 15 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Palestin tidak akan tunduk kepada AS

Posted: 14 Sep 2011 05:00 PM PDT

Orang gaji Maghribi ancam wanita Arab

RIYADH - Wanita di Arab Saudi memprotes rancangan negara itu menggantikan pembantu rumah Indonesia dengan pekerja dari Maghribi kerana beranggapan wanita Maghribi cantik dan berupaya merampas suami mereka.

Portal berita Emirates 24/7 melaporkan kelmarin, wanita di Arab Saudi menuntut Majlis Syura negara itu campur tangan bagi menghalang rancangan mengimport pekerja Maghribi bagi menggantikan pembantu rumah Indonesia dan Filipina.

"Ramai wanita Arab menolak rancangan itu kerana merasakan wanita Maghribi sangat cantik dan boleh menyebabkan masalah serta kekacauan rumah tangga," menurut portal itu.

Selain itu, wanita Arab Saudi turut menuduh pembantu rumah Maghribi berkebolehan dalam kuasa sihir yang dikhuatiri digunakan untuk menggoda dan merampas suami mereka.

Laporan itu juga menyebut segelintir wanita Arab sanggup berhenti kerja dan duduk di rumah bagi mengelakkan suami mereka berdua-duaan di rumah dengan pekerja dari Maghribi.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bicara kes khalwat diterus

Posted: 14 Sep 2011 05:00 PM PDT

Bicara kes khalwat diterus GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan perbicaraan kes khalwat Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, dengan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan, 30, diteruskan.

Salim dan Nur Diayana ditangkap di sebuah hotel tiga bintang di Batu Feringghi April lalu oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang sedang melakukan operasi pencegahan maksiat kira-kira jam 4 pagi.

Hakim Syarie, Mohammad Zamri Roslan membuat keputusan itu setelah membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie, Mohd Zulkhairi Aziz supaya semakan dan penggantungan yang dibuat mahkamah itu terhadap prosiding perbicaraan kes khalwat itu yang berjalan di mahkamah rendah dibatalkan.

Mohd Zulkhairi berkata, ia berikutan satu notis yang diterimanya daripada Salim pada 9 September lalu melalui peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang memaklumkan mereka sudah menarik balik semakan berkenaan.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh serta peguam tidak hadir ke mahkamah semalam.

21 Jun lalu, Salim mengemukakan semakan itu setelah tidak berpuas hati keputusan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya yang membenarkan perbicaraan kes khalwat diteruskan walaupun dia mempunyai kes lain di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Mohammad Zamri kemudian menetapkan semalam untuk mendengar hujahan Zainul Rijal dan Mohd Zulkhairi sebelum menentukan sama ada keputusan mahkamah rendah itu betul atau tidak mengikut undang-undang.

Beliau berkata, semakan yang ingin dibuat tertuduh ditarik balik dan dengan itu, mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk membatalkan semakan berkenaan.

Selain itu, mahkamah membenarkan permohonan mereka untuk membatalkan penggantungan yang dibuat oleh mahkamah ini terhadap prosiding perbicaraan di mahkamah rendah terhadap kedua-dua tertuduh.

"Oleh demikian, perbicaraan kes khalwat ini akan diteruskan," katanya.

Mohd Zulkhairi kemudiannya memaklumkan bahawa pihaknya akan menulis surat kepada Mahkamah Rendah Syariah dalam waktu terdekat bagi mendapatkan tarikh perbicaraan kes itu.

Salim yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana didakwa di bawah Seksyen 27 (b) enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, setiap tertuduh boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Zainul Rijal ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah menghantar satu notis ke Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk memaklumkan penarikan dirinya daripada menjadi peguam bela Salim.

"Saya tidak akan menjadi peguam belanya lagi. Notis pemberitahuan saya hantar ke mahkamah hari ini (semalam)," katanya.

» selanjutnya...

Serah kepada pemaju isu kereta kabel Bukit Larut

IPOH – Pembinaan projek kereta kabel Bukit Larut mungkin tertangguh kerana Kerajaan Negeri tidak akan menyelamatkan pemaju yang berdepan masalah kewangan.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, Kerajaan Negeri akan menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab itu kepada Taiping Cable Car Sdn. Bhd. bagi menyelesaikan masalah itu.

"Seperti mana yang kami tahu, projek itu diluluskan kepada syarikat berkenaan dan segala perkara berkaitan projek di bawah tanggung jawab mereka.

"Kerajaan Negeri sudah menandatangani perjanjian dan ia bergantung kepada pemaju agar projek itu berjalan dengan sempurna," katanya.

Hamidah berkata, pihaknya turut menerima maklumat bahawa syarikat berkenaan cuba mendapatkan bantuan kewangan daripada Kementerian Pelancongan bagi merealisasikan projek itu.

"Semuanya terpulang kepada inisiatif syarikat berkenaan bagaimana cara terbaik untuk mendapatkan dana meneruskannya," ujarnya lagi.

Sebelum ini, projek kereta kabel Bukit Larut yang sepatutnya dimulakan tahun lalu terpaksa ditangguhkan akibat masalah kewangan yang melanda pemaju terbabit.

Selain masalah kewangan, bantahan daripada pencinta alam sekitar yang mendakwa air di kawasan bukit berkenaan akan tercemar akibat projek pembinaan kereta kabel turut menjadi punca penangguhan.

Bagaimanapun, pada Mei tahun lalu Kerajaan Negeri menandatangani perjanjian dengan syarikat berkenaan di bawah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Cadangan pembinaan kereta kabel itu akan meliputi 46 gondola yang dapat menampung kira-kira 1,000 penumpang sejam yang membawa mereka ke atas puncak bukit setinggi 1,250 meter dari aras laut hanya dalam masa 12 minit.

Buat masa ini, hanya perkhidmatan pacuan empat roda disediakan untuk ke Bukit Larut dan ia mengambil masa 30 minit untuk tiba di puncak bukit berkenaan.

Penduduk bantah roboh gerai

Posted: 14 Sep 2011 05:00 PM PDT

Penduduk bantah roboh gerai SHAH ALAM-Sebahagian penduduk serta kariah Surau Hamiddean di Seksyen 19, di sini membantah tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengeluarkan arahan roboh gerai makanan yang diusahakan mereka untuk menampung kos selenggara surau tersebut.

Pengerusi surau, Ismail Ahmad menyifatkan arahan itu tidak ambil kira kepentingan awam terhadap pembangunan surau berkenaan.

Katanya, pihaknya menerima notis memaklumkan sehingga hari ini untuk kosongkan premis kerana dibina tanpa kebenaran di atas laluan pejalan kaki.

"Gerai ini sudah lama dibina oleh penduduk setempat dan hasil daripada jualan gerai disalurkan kepada surau untuk tampung kos selenggara, bil api dan air serta program dianjurkan surau ini kerana kita tidak mendapat peruntukkan daripada Kerajaan Negeri serta pihak berkaitan untuk tampung kos-kos tersebut.

"Malah, sebelum ini pun pihak MBSA tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan untuk merobohkan gerai ini. tetapi kenapa sekarang mereka sanggup bertindak sedemikian," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

"Mereka kata premis yang kita bina ini ganggu laluan pejalan kaki sedangkan kita pernah berbincang dengan penduduk sebelum bina gerai dan mereka bersetuju dengan pembinaan ini kerana ia adalah usaha kita mendapatkan dana untuk surau ini.

"Malah, tindakan MBSA mengenakan caj ganti rugi sebanyak RM15,665.50 ke atas kami adalah tindakan tidak masuk akal dan kita terkilan dengan tindakan ini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya sering menerima aduan daripada orang awam mengenai kedudukan gerai tersebut yang didakwa mengancam keselamatan mereka.

Katanya, tindakan itu juga dibuat kerana pembinaan struktur gerai tersebut dibina di atas laluan pejalan kaki dan tanpa kebenaran.

"Sudah banyak kali kita terima aduan daripada orang awam kerana menurut mereka struktur gerai tersebut menghalang pemandangan serta laluan kenderaan di kawasan tersebut.

"Kita sudah keluarkan notis kepada mereka untuk kosongkan gerai dan kita berharap mereka faham dengan keadaan ini," katanya.

Mengulas mengenai caj yang dikenakan untuk melaksanakan kerja-kerja perobohan, Shahrin berkata, kos tersebut adalah caj ganti rugi seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 iaitu bagi kuasa menuntut ganti rugi dalam kerja-kerja perobohan jika pemilik tidak melaksanakan notis tersebut.

"Memang tempoh notis itu hingga esok (hari ini) tetapi kita tidak akan terus robohkan gerai itu. Sebarang keputusan akan kita bincang dalam mesyuarat dalaman nanti," katanya.

Dadah dalam kereta

Posted: 14 Sep 2011 05:00 PM PDT

Dadah dalam kereta KUALA TERENGGANU - Bahana penangan dadah, sepasang suami isteri mungkin berdepan dengan hukuman penjara dan sebat jika disabit kesalahan atas tuduhan memiliki heroin seberat 10.03 gram, setelah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, semalam.

Difahamkan, pasangan Sunaidi Ismail, 33, dari Rantau Panjang, Kelantan dan isterinya, Nuur Muhaimi Yahya, 25, dari Kampung Raja, Besut itu juga sangat dikehendaki polis kerana disyaki terbabit dalam satu kes jenayah lain iaitu kes pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan yang juga anak angkat mereka, Nor Syazwina Alia, 2, pada September 2008 di Kemaman.

Terdahulu, kedua-dua pasangan itu kelihatan tenang sewaktu dibawa masuk ke kamar pertuduhan dan mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua mereka didakwa ada dalam kawalan mereka, dadah berbahaya iaitu heroin seberat 9.49 gram di dalam sebuah kereta Proton Waja berwarna perak di hadapan Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu kira-kira jam 1.30 pagi pada 17 April lalu.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Semakan 1980) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) ADB 1952 akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan dengan hukuman penjara tidak kurang lima tahun atau penjara seumur hidup dan diwajibkan hukuman rotan tidak kurang 10 kali.

Bagi pertuduhan kedua, kedua-dua tertuduh didakwa ada dalam kawalan mereka, dadah berbahaya iaitu heroin seberat 0.54 gram di dalam sebuah kereta Proton Waja berwarna perak di Kampung Durian Kassim, Ajil, Hulu Terengganu kira-kira jam 1 pagi, pada tarikh yang sama.

Dengan itu, mereka bersama-sama telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, setelah pertuduhan dibacakan, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Azman menetapkan 20 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula dan serahan dokumen. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud @ Mamat manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Sebelum ini, akhbar pada April lalu melaporkan mengenai kejayaan polis menangkap pasangan suami isteri itu dalam satu serbuan di Hulu Terengganu.

Penahanan mereka juga dipercayai dapat menyelesaikan kes pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan yang juga anak angkat mereka, Nor Syazwina Alia, 2, pada September 2008 di Kemaman.

Kedua-duanya disyaki mendera dan menyebabkan kematian budak itu kira-kira tiga tahun lalu selepas wanita berkenaan membawa mangsa yang didakwa lemas di dalam bekas air ke Hospital Kemaman dalam keadaan nazak.

Mangsa mengalami pendarahan dalam otak dan mata sebelah kiri, patah tulang lengan kiri dan retak tulang jari telunjuk kanan.

Selenggara jentera lama

Posted: 14 Sep 2011 05:00 PM PDT

Selenggara jentera lama KUANTAN - Semua peralatan dan jentera milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang sudah berusia sentiasa diselenggarakan dan boleh beroperasi dengan baik.

Bagaimanapun kebanyakan jentera yang agak lama itu digunakan sebagai jentera sokongan kerana setiap balai bomba di negeri ini dilengkapi dua buah jentera yang baru dengan teknologi terkini.

Pengarah JBPM Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata berkata, setakat ini keperluan kepada jentera memadam kebakaran dan penyelamatan di Pahang mencukupi.

Menurutnya, usaha mempertingkatkan keupayaan jabatan sentiasa dilakukan melalui penyerahan jentera baru yang lebih moden.

"Sehingga tahun ini JBPM Pahang masih menerima jentera baru termasuk jentera Hazmat (Harzardous Material) yang khusus untuk digunakan dalam kemalangan besar melibatkan bahan kimia," katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya JBPM Pahang di Balai Indera Mahkota di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah JBPM (Pembangunan) Amer Yusof.

Abdul Wahab berkata, usaha menaik taraf dan meningkatkan keupayaan JBPM Pahang dilakukan secara berperingkat bagaimanapun permohonan bergantung kepada ibu pejabat dan kementerian untuk kelulusan.

"JBPM Pahang ada membuat permohonan untuk pembinaan balai bomba baru di beberapa kawasan yang dikenal pasti termasuk di Sungai Lembing dekat sini.

"Bagaimanapun pembinaan tersebut belum diberi keutamaan dan setakat ini hanya projek pembinaan bangunan ibu pejabat dan Balai Bomba Bukit Rangin di sini yang mendapat kelulusan," katanya.

Menurut beliau, permohonan untuk balai bomba Sungai Lembing tetap dibuat termasuk mengenal pasti tapak yang sesuai.

Abdul Wahab berkata, sebagai langkah awal, pihaknya menyedia dan membekalkan peralatan asas memadam kebakaran termasuk sebuah kenderaan jenis Proton Arena kepada Pasukan Bomba Sukarela Sungai Lembing.

"Sekurang-kurangnya pasukan itu dapat mengambil tindakan awal jika berlaku kebakaran di kawasan tersebut," katanya.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Laman baru Friendster dapat sambutan

Posted: 14 Sep 2011 05:00 PM PDT

Laman baru Friendster dapat sambutan Friendster, perintis laman rangkaian sosial yang baru sahaja dilancarkan semula sebagai platform permainan sosial, semakin mendapat sambutan.

Friendster berjaya menarik lebih setengah juta pengguna baru dan kini mempunyai lebih 40 permainan premium dalam tempoh dua bulan selepas ia diperkenalkan kepada orang ramai pada 28 Jun lalu.

Laman baru ini bermatlamat untuk memperkenalkan permainan sosial ini kepada golongan muda di Asia dan membantu penerbit dan pembangun: permainan meneroka pasaran permainan Asia yang pesat.

Permainan sosial merupakan genre baru permainan dalam talian (online) yang mudah dimainkan oleh pengguna dalam kawasan demografi yang besar bersama-sama rakan mereka dalam rangkaian sosial. Antara permainan sosial yang paling popular di Friendster kini termasuk BoomZ dan Dragon's Call.

Ketua Pegawai Eksekutif Friendster, Ganesh Kumar Bangah berkata, permainan sosial semakin memperoleh momentum di Asia.

Keputusan awal membuktikan hakikat bahawa permainan sosial didapati mewujudkan pembabitan dan interaksi mendalam di kalangan pengguna muda di Asia.

Antara keputusan pelancaran semula Friendster adalah pengguna aktif bulanan dan pengguna aktif harian meningkat 50 peratus; lebih daripada 90 peratus pengguna baru kini tinggal di Asia dan terdapat lebih 40 permainan premium dan beratus-ratus permainan percuma untuk dimainkan serta aplikasi.

Sebanyak 30 peratus daripada pengguna tertinggi kebiasaannya mengisi masa lebih 45 minit pada Friendster sepanjang 30 hari lalu dan lebih 10 peratus pengguna membeli kredit visual dalam Friendster bagi membantu mereka menikmati permainan yang lebih baik. -Bernama

Khazanah mahu butir AirAsia X lebih jelas

Posted: 14 Sep 2011 05:00 PM PDT

Khazanah mahu butir AirAsia X lebih jelas Khazanah Nasional Bhd hanya akan memperoleh 10 peratus saham AirAsia X Sdn Bhd apabila mendapat butir yang lebih jelas dalam model perniagaan dan kewangan syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh itu.

"Apabila terdapat butir yang lebih jelas, kami berminat (untuk meneruskan)," kata Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar di Kuala Lumpur, semalam.

Selain kejelasan dalam model perniagaan dan kewangan, cabang pelaburan kerajaan itu juga melihat kepada masa.

"Mereka ada tempoh masa, dari segi bila mereka mahu meneruskan ke peringkat evolusi berikutnya, seperti tawaran awam permulaan dan sebagainya," katanya.

Ogos lalu, Khazanah mengemukakan cadangan untuk memperoleh 10 peratus saham dalam AirAsia X pada terma dan harga untuk dipersetujui kemudiannya.

Cadangan itu susulan daripada pemeteraian perjanjian kerjasama antara Malaysia Airlines (MAS), AirAsia dan AirAsia X.

Hasil perjanjian itu menyaksikan Khazanah kekal sebagai pemegang saham utama dan tunggal terbesar MAS dengan 10 peratus pegangan dalam AirAsia.

Ia juga akan menyaksikan MAS menumpukan aktiviti sebagai syarikat penerbangan premium perkhidmatan penuh, AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) dan AirAsia X, LCC perjalanan jarak sederhana-jauh.

Semasa mengulas lanjut mengenai model perniagaan AirAsia X, Azman berkata, pihaknya tahu model boleh dilaksana dari segi perjalanan jarak dekat tetapi bagi jarak sederhana dan jauh dan beliau berpendapat ia masih agak awal.

"Kami perlu kejelasan berhubung perkara itu," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pemandu maut, tunang parah

Posted: 14 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pemandu maut, tunang parah MACHANG - Seorang lelaki, Noor Iskandar Yusop, 25 maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori ketika berpatah balik mahu mengambil barangan yang tertinggal di rumah tunangnya, di sini, lewat malam, kelmarin.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama tunangnya, Mariam Hussin, 27 setelah pulang melawat nenek Mariam yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam di Kilometer 32.7, Jalan Machang-Kota Bharu, mangsa, Noor Iskandar, pemandu kereta jenis Perodua MyVi, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan manakala tunangnya, Mariam, pula cedera parah sebelum dikejarkan ke Hospital Machang (Hosmac).

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan, Che Malek Bedot berkata, kereta yang dipandu Noor Iskandar dari arah Kuala Krai ke Kota Bharu bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Katanya, kedua-dua kenderaan tersebut dipercayai dipandu laju manakala salah satu daripadanya cuba memotong kenderaan di hadapan.

"Difahamkan pasangan tunang tersebut dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan dipercayai berpatah balik memandangkan kenderaan yang dipandunya dari arah Kuala Krai ke Kota Bharu.

"Noor Iskandar yang berasal daripada Gemas, Negeri Sembilan manakala Mariam beralamat di Bachok bekerja di Kuala Lumpur dan pulang untuk menziarahi nenek Mariam yang sakit,'' katanya.

Sementara itu, bapa saudara Mariam, Abdul Aziz Harun, 39, berkata anak saudaranya itu pulang ke kampung, bersama seorang lagi bapa saudaranya dengan menaiki kenderaan lain bagi menziarahi neneknya.

"Noor Iskandar tiba dari Kuala Lumpur sehari sebelum kejadian dan dikenali sebagai seorang peramah serta mudah mesra dengan ahli keluarga kami lain dan kali terakhir saya berbual dengannya ialah ketika dia bersama Mariam di HUSM, kira-kira 7 petang kelmarin.

"Saya tidak tahu waktu bila mereka bertolak ke Kuala Lumpur, namun, saya sempat menasihati Noor Iskandar supaya memandu kereta secara berhati-hati," katanya

Abdul Aziz berkata , Mariam mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya itu, Mei lalu dan kedua-dua mereka dijangka melangsungkan perkahwinan sempena cuti persekolahan pada penghujung tahun ini.

75 keracunan penangan sambal

Posted: 14 Sep 2011 05:00 PM PDT

75 keracunan penangan sambal KUALA NERANG - Seramai 75 pelajar Kolej Mara Kuala Nerang, di sini mengalami keracunan makanan selepas dipercayai menikmati hidangan sambal ikan yang disediakan kontraktor dewan makan kolej itu bagi makan tengah hari, Jumaat lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Dr Hayati Mohd Radzhi berkata, daripada jumlah itu, 35 daripadanya terpaksa ditahan di wad Hospital Kuala Nerang, di sini, sejak Sabtu lalu, bagi menjalani rawatan lanjut berikutan kesihatan mereka amat lemah dan tidak bermaya.

Menurutnya, seramai 20 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan yang ditahan diberikan rawatan simtomatik iaitu diberikan perubatan bersesuaian dengan simptom yang dialami seperti demam dan kekurangan air.

"Daripada 35 pelajar yang ditahan di wad, 32 daripadanya sudah dibenarkan pulang ke kolej petang semalam setelah kesihatan semakin pulih, manakala tiga lagi pelajar masih ditahan kerana mengalami simptom demam.

"Pihak jabatan mengesyaki punca keracunan makanan sehingga menyebabkan kesemua mangsa mengalami cirit-birit, muntah, demam dan kekurangan air ialah sambal ikan berdasarkan hasil pemeriksaan sampel najis pelajar dan pekerja kontraktor pengendali dewan makan," katanya kepada :Sinar Harian: semalam.

Dr Hayati berkata, susulan itu, pihaknya mengarahkan dewan makan kolej itu ditutup dua hari bagi membolehkan kerja pembersihan dan pemantauan status bakteria dapat dilaksanakan.

Menurutnya, pemantauan berterusan terhadap keadaan kebersihan dan cara penyediaan makanan oleh kontraktor yang mengendalikan dewan makan itu akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

"Pihak kami sudah memaklumkan kepada pengurusan kolej (berhubung punca keracunan makanan) dan terserah kepada mereka untuk meneruskan tender kontraktor terbabit atau sebaliknya.

"Pemantauan yang lebih kerap akan dilakukan di bahagian dapur dan jabatan juga akan memastikan semua pekerja kontraktor terbabit akan menerima suntikan vaksin sebagai langkah pencegahan kuman merebak," katanya.

Dr Hayati turut mendedahkan kes keracunan makanan dilaporkan berlaku di kolej itu kali kedua dalam setahun apabila kejadian sama berlaku terhadap beberapa pelajar pada awal tahun ini.

"Bagaimanapun, kes itu tidak melibatkan pengendali dewan makan kolej kerana siasatan mendapati keracunan makanan berpunca daripada makanan luar," katanya.

Sementara itu, usaha :Sinar Harian: untuk mendapatkan komen daripada pengurusan kolej tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak berjawab.

MCA akan kemuka cadangan rampas Selangor: Donald Lim

Posted: 14 Sep 2011 05:00 PM PDT

MCA akan kemuka cadangan rampas Selangor: Donald Lim PUTRAJAYA - MCA Selangor akan mengemukakan beberapa cadangan kepada Barisan Nasional (BN) negeri dan kebangsaan bagi merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang, kata ketuanya Senator Datuk Ir Donald Lim Siang Chai semalam.

Lim, yang juga Timbalan Menteri Kewangan mengakui MCA mungkin menghadapi tugas berat terutama di Lembah Klang pada pilihan raya umum akan datang.

"Bagaimanapun, meletakkan calon yang tepat akan meningkatakan peluang BN untuk menang.

"MCA telah membincangkannya dan sasaran kami ialah untuk merampas kembali Selangor untuk BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri 'Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang' Jabatan Akauntan Negara Malaysia di sini, semalam.

Pada masa ini, pembangkang menguasai 35 daripada 56 kerusi dewan negeri. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Sampel air Sungai Chengkeh dikaji

Posted: 14 Sep 2011 05:00 PM PDT

Sampel air Sungai Chengkeh dikaji

SENAI – Sampel air di Sungai Chengkeh yang dikatakan tercemar sehingga menyebabkan kematian ribuan ikan telah diambil untuk kajian.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam, Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perikanan Malaysia, Norhayati Syamsu Anuar berkata, sampel air tersebut telah dihantar ke Unit Biosekuriti Jabatan Perikanan Gelang Patah untuk kajian bagi mengetahui punca sebenar kematian ikan dan tali air buangan yang dikatakan tercemar.

"Pada 8 September lalu jam 9 pagi, Pejabat Perikanan Pontian dan Jabatan Alam Sekitar telah menerima aduan melalui telefon dari seorang nelayan mengenai kematian ikan di Sungai Chengkeh.

"Merujuk hasil siasatan mendapati banyak ikan telah timbul dan mati yang menyebabkan pencemaran di sungai tersebut," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Pada 9 September lalu, Sinar Harian melaporkan beribu-ribu ikan mati dengan bangkainya timbul dan terdampar di Sungai Chengkeh, Pontian dipercayai akibat air sungai yang tercemar.

Remaja mengaku cabul kanak-kanak

Posted: 14 Sep 2011 05:00 PM PDT

Remaja mengaku cabul kanak-kanak KLANG – Seorang remaja, berusia 17 tahun terkejut, selepas mendengar hukuman yang boleh dikenakan terhadapnya akibat mengaku bersalah melakukan seks oral, cuba meliwat dan mencabul seorang kanak-kanak, awal bulan lalu.

Tindakan remaja itu yang tiba-tiba tergamam selepas diminta sama ada mahu membuat rayuan atau tidak, menyebabkan Majistret, Sazlinidayu Kamarul Baharin, terpaksa mengulangi pertanyaan itu berkali-kali.

Bagaimanapun remaja tidak bersekolah itu, kekal mengaku salah terhadap semua tuduhan itu, terhadap kanak-kanak berusia 10 tahun yang juga jirannya di rumah di Jalan Bukit Jati, di sini, kira-kira 4 petang, 8 September lalu.

Pertuduhan melakukan seks oral mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan, manakala cubaan meliwat mengikut Seksyen 377C kanun sama yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Bagi tuduhan mencabul dengan mencium mulut mangsa, pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Iskandariah Md Tahir, manakala remaja itu tidak diwakili peguam.

Sazlinidayu menetapkan sebutan kes untuk laporan perubatan dan laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 13 Oktober depan.

Penuntut kolej dituduh ragut pekerja Airasia

Posted: 14 Sep 2011 05:00 PM PDT

Penuntut kolej dituduh ragut pekerja Airasia

KLANG – Walaupun masih terlantar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang kerana sakit, keadaan itu tidak menghalang proses pendakwaan dilakukan terhadap, penuntut kolej swasta atas tuduhan meragut kakitangan syarikat penerbangan Airasia.

Kedatangan Hakim, Siti Noraida Sulaiman dan Timbalan Pendakwa Raya, Kee Wei Lon serta Nizi Shahril Ithnin turut menarik perhatian pesakit lain di Wad 5A hospital tersebut.

Pendakwaan Zaidul Khair Kamarudin, 19, dilakukan di wad itu kerana dia sedang menerima rawatan akibat jatuh dari motosikal dan dipercayai dipukul orang awam ketika kejadian.

Turut hadir, beberapa kakitangan mahkamah termasuk polis dan jurubahasa.

Zaidul Khair patah kaki kanan dan cedera di muka, mengaku bersalah meragut beg tangan milik, C Nalishaa, 20, di Jalan Mastika, Off Taman Teluk Gadong, di sini, kira-kira 7.45 petang, 7 September lalu.

Dia dituduh melakukan kesalahan bersama rakannya yang masih bebas.

Siti Noraida membenarkan tertuduh diikat jamin, RM8,000 dan menetapkan 3 Oktober depan untuk jatuh hukum.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berjalan ke rumahnya, lalu didatangi dua lelaki bermotosikal yang kemudian meragut beg tangannya dari arah belakang.

Mangsa menjerit dan orang awam yang melihat kejadian itu, mengejar suspek, sehingga menyebabkan kemalangan

Suspek ditangkap, manakala rakannya melarikan diri.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Perihal superman Pulau Pinang

Posted: 14 Sep 2011 05:00 PM PDT

Persepsi umum mengenai Pulau Pinang sejauh melibatkan Gerakan dan Tan Sri Koh Tsu Koon ialah parti dan pemimpinnya bukan sahaja sudah tidak relevan kepada pulau itu, malah sudah menjadi sejarah masa silam yang tak perlu dikenang-kenangkan lagi.

Dalam masa hanya dua tahun Pakatan Rakyat ambil alih negeri itu, segala sumbangan BN kepada rakyat seperti sudah dilupakan.

Hakikatnya hari ini Pulau Pinang sudah tidak lagi dikuasai BN. Usaha DAP melalui Projek Tanjung 1 dan Tanjung 2 dalam beberapa pilihan raya umum lalu akhirnya jadi kenyataan dengan bantuan Pas dan PKR.

Tidak siapa duga jambatan Pulau Pinang yang dibina menghubungkan tanah besar dengan pulau kini sudah tidak lagi menjadi simbol kejayaan BN walaupun ia menjadi laluan utama.

Sewaktu idea pembinaannya mula diuar-uarkan, Tun Dr Mahathir Mohamed ialah Perdana Menteri manakala Ketua Menteri Pulau Pinang pula ialah Tun Lim Chong Eu. Bukan sahaja rakyat negeri itu menerima idea ini dengan baik, malah kepimpinan Gerakan di bawah Chong Eu juga cukup dihormati oleh pengundi Cina, Melayu dan bukan Melayu.

Pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Pulau Pinang jauh mengatasi majoriti negeri-negeri Melayu seperti Kedah, Kelantan dan Pahang iaitu negeri yang melahirkan dua PM negara.

Pengundi-pengundi Cina dan Melayu tidak nampak DAP atau mana-mana pembangkang sebagai pejuang yang bakal diraikan. Malah ketika itu nama Kit Siang dan Karpal sekadar satu nama yang tidak memberi makna tidak seperti nama Chong Eu dan Koh Tsu Koon serta Tun Rahman Abbas, Datuk Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim (ketika berada dalam Umno).

Keputusan pilihan raya 2008 memperlihatkan DAP buat pertama kali menggantikan BN sebagai parti pemerintah di Pulau Pinang dan anak Melaka, Lim Guan Eng (anak Kit Siang) yang bertanding di Dun Air Putih menang dan dilantik menjadi Ketua Menteri. Tsu Koon bukan saja gagal merebut kerusi Parlimen malah parti Gerakan yang dipimpinnya kecundang. Dalam sekelip mata Umno kehilangan sebuah kerajaan dan terpaksa pula duduk di barisan pembangkang sebagai pembangkang manakala Tsu Koon berada di Putrajaya.

Walaupun umum melihatnya sebagai tidak wajar diberi jawatan menteri, namun Perdana Menteri ada sebab untuk tidak ikut pendapat umum. Saya teringat seorang penulis menganggap dia seperti seorang superman yang tidak boleh terbang. Nampaknya apa pun konotasi superman – sama ada boleh terbang atau sebaliknya - terhadap Tsu Koon dalam konteks Pulau Pinang, ia nampaknya seperti sudah tidak berguna lagi. Masa berlalu hanya memperlihatkan Gerakan semakin hilang pengaruhnya di negeri itu.

Mujurlah beberapa hari lalu, Pulau Pinang dilawati oleh superman baru dalam bentuk PM Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri. Sebagai tokoh yang sudah masak dengan strategi politik, Najib memilih untuk membawa pendekatan 'sertailah ia apabila anda tidak boleh menawannya'. Najib merasakan tidak ada gunanya cuba mematahkan pengaruh DAP dan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dengan cara konvensional.

Justeru dalam majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka di SMK Guar Perahu, Permatang Pauh, 11 September lalu yang turut dihadiri Guan Eng dan barisan Exco negeri, Najib berkata, "Kita mungkin ada perbezaan politik tetapi dari segi kepentingan rakyat Pulau Pinang, kita akan teruskan (pembangunan) tanpa dipengaruhi fahaman politik...." Kini, Kerajaan Persekutuan sedang membangunkan sebuah lapangan terbang baru ganti lapangan di Bayan Lepas yang sudah uzur, membangunkan Jambatan Kedua dan Empangan Mengkuang. Apakah DAP masih mahu bermain politik dengan mengatakan semua ini membazir?

Kita tunggu sahaja kiranya ada tokoh Melayu berkemampuan menjadi superman baru bagi penduduk pulau mutiara itu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Antara kualiti, gagasan dan RM...

Posted: 14 Sep 2011 05:00 PM PDT

Menghasilkan sebuah novel bukan kerja mudah. Banyak perkara perlu diambil kira. Soal masa perkara utama, terutama kepada yang menjadikan menulis novel sebagai kerja sampingan.

Kepada yang menulis sepenuh masa pula, lebih banyak lagi tuntutan perlu diambil kira. Bayaran elektrik, ansuran rumah, kereta dan keperluan lain bukan perkara main-main. Memang hal RM dan pulangan hasil adalah perkara penting yang tidak boleh dikompromi langsung.

Kita tidak kecil hati apabila ada penulis yang sudah menjadi jutawan hasil daripada penulisan. Ada menerima bayaran lebih RM100,000 pada setiap kali royalti dikeluarkan bahagian akaun. Ini sudah dikira lumayan.

Ada juga yang sudah berhenti kerja untuk jadi penulis sepenuh masa dan terbukti hasil penulisan itu dapat membiayai keperluan kewangan mereka. Ini dilakukan tiga penulis di Grup Buku Karangkraf dan mungkin akan dicontohi beberapa penulis lagi.

Baru-baru ini seorang penulis berjumpa saya dan mengesahkan dia sudah pun menghantar surat memohon cuti bekerja selama setahun. Penulis itu benar-benar yakin dengan hasil penulisannya dia mampu menanggung keperluan kewangan keluarganya untuk tempoh selama mana dia bercuti bertugas itu.

Logiknya, jika dalam setahun dia mampu menulis satu atau dua novel yang meletup jualannya dalam pasaran, kami sebagai penerbit akan merasa keuntungan yang lebih. Oleh itu masakan tidak kami menyokong usaha beliau. Malah cetakan novelnya mencecah 50,000 naskah cetakan kali pertama. Ini bukan mustahil lagi, memang kerja menulis baginya bukan kerja main-main.

Saya memang angkat tabik kepada beliau dan percaya usahanya itu tidak sia-sia. Sebagai penerbit pula kami akan membantu dia melariskan jualan buku-bukunya dengan cara akan terus mempromosi dirinya dan karyanya. Sebagai penulis dia berjanji akan hasilkan lebih banyak lagi produk digemari peminatnya.

Apabila saya sudah lama tidak menghasilkan novel, paling akhir pada Mei 2010 ada ramai yang sudah mula bertanya mengapa dan mengapa? Adakah saya sudah menjadi terlalu sibuk? Adakah saya sudah diarahkan jangan menulis lagi sebab saya sekarang mengendalikan bahagian buku?

Atau adakah kerana buku saya tidak digilai oleh peminat-peminat? Saya tidak setuju kalau buku saya tidak digilai peminat. Ini kerana saya tahu siapa pengikut saya. Saya juga tahu mengapa mereka mengidam-idamkan karya terbaru saya.

Memang setiap penulis ada pengikutnya masing-masing dan perkara ini merupakan satu kelebihan kepada penulis berkenaan jika mereka tahu menggunakan beberapa kaedah pemasaran. Contohnya apabila saya mula menulis pada usia 16 tahun, semestinya peminat saya berusia lingkungan itu. Kini setelah melewati 40 –an, saya tidak boleh lagi menulis tentang cinta murahan. Karya saya mesti berubah.

Beberapa novel baru daripada pelbagai nama penulis memang sentiasa ada bersama saya. Atas meja kerja saya di rumah dan di pejabat, sarat dengan buku-buku untuk rujukan dan novel-novel daripada mana-mana penerbit. Semua itu adalah pemangkin bagi seorang penulis. Ia bagaikan kudapan apabila saya tercuai, terlalai atau termengantuk.

Saya mempunyai halangan yang tersendiri. Realitinya, inilah dialami oleh kebanyakan penulis establish dan mapan. setelah menghasilkan lebih 10 judul novel, saya sememangnya mahu terus menghasilkan karya terbaru. Namun ia terikat pada tahap dan mutu karya. Semestinya saya mesti menjaga peningkatan mutu dalam setiap karya terbaru. Ada ramai penulis yang menulis kerana dia suka menulis dan suka memaparkan cerita demi cerita. Padahal mutu karyanya sama sahaja seperti karya-karyanya sebelum ini.

Tiada pengingkatan. Tiada yang baru. Tidak ada kelainan. Ini bahaya. Saya tidak mahu jadi begitu.

Tidak ada maknanya jika saya terus menulis setiap tahun, sedangkan mutu penulisan masih lagi pada tahap lima tahun dulu. Atau tema cerita tidak sudah-sudah dengan kisah cinta remaja. Atau plotnya masih mendatar, tiada pembaharuan.

Sehari dua ini kita dihebohkan tentang novel Cinta Madinah karya Abu Hassan Morad yang ditarik balik daripada menjadi teks Komsas. Gagasan saya dan penulis Cinta Madinah adalah serupa. Kami mahu hasilkan karya yang ada peningkatan. Adalah tidak adil jika novel itu menjadi mangsa kerana karya Islamik yang penulis itu hasilkan telah dipertingkatkan daripada karya-karya beliau terdahulu.

Selain janji dan kontrak yang telah dinodai, penulis itu semestinya telah tercedera hati dan perasaannya.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved