Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Remaja mengaku cabul kanak-kanak Posted: 14 Sep 2011 05:00 PM PDT Remaja mengaku cabul kanak-kanak
KLANG – Seorang remaja, berusia 17 tahun terkejut, selepas mendengar hukuman yang boleh dikenakan terhadapnya akibat mengaku bersalah melakukan seks oral, cuba meliwat dan mencabul seorang kanak-kanak, awal bulan lalu.
|
Tindakan remaja itu yang tiba-tiba tergamam selepas diminta sama ada mahu membuat rayuan atau tidak, menyebabkan Majistret, Sazlinidayu Kamarul Baharin, terpaksa mengulangi pertanyaan itu berkali-kali. Bagaimanapun remaja tidak bersekolah itu, kekal mengaku salah terhadap semua tuduhan itu, terhadap kanak-kanak berusia 10 tahun yang juga jirannya di rumah di Jalan Bukit Jati, di sini, kira-kira 4 petang, 8 September lalu. Pertuduhan melakukan seks oral mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan, manakala cubaan meliwat mengikut Seksyen 377C kanun sama yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat. Bagi tuduhan mencabul dengan mencium mulut mangsa, pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Iskandariah Md Tahir, manakala remaja itu tidak diwakili peguam. Sazlinidayu menetapkan sebutan kes untuk laporan perubatan dan laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 13 Oktober depan. |
Penuntut kolej dituduh ragut pekerja Airasia Posted: 14 Sep 2011 05:00 PM PDT Penuntut kolej dituduh ragut pekerja Airasia KLANG – Walaupun masih terlantar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang kerana sakit, keadaan itu tidak menghalang proses pendakwaan dilakukan terhadap, penuntut kolej swasta atas tuduhan meragut kakitangan syarikat penerbangan Airasia. Kedatangan Hakim, Siti Noraida Sulaiman dan Timbalan Pendakwa Raya, Kee Wei Lon serta Nizi Shahril Ithnin turut menarik perhatian pesakit lain di Wad 5A hospital tersebut. Pendakwaan Zaidul Khair Kamarudin, 19, dilakukan di wad itu kerana dia sedang menerima rawatan akibat jatuh dari motosikal dan dipercayai dipukul orang awam ketika kejadian. Turut hadir, beberapa kakitangan mahkamah termasuk polis dan jurubahasa. Zaidul Khair patah kaki kanan dan cedera di muka, mengaku bersalah meragut beg tangan milik, C Nalishaa, 20, di Jalan Mastika, Off Taman Teluk Gadong, di sini, kira-kira 7.45 petang, 7 September lalu. Dia dituduh melakukan kesalahan bersama rakannya yang masih bebas. Siti Noraida membenarkan tertuduh diikat jamin, RM8,000 dan menetapkan 3 Oktober depan untuk jatuh hukum. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berjalan ke rumahnya, lalu didatangi dua lelaki bermotosikal yang kemudian meragut beg tangannya dari arah belakang. Mangsa menjerit dan orang awam yang melihat kejadian itu, mengejar suspek, sehingga menyebabkan kemalangan Suspek ditangkap, manakala rakannya melarikan diri. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan