Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Laman baru Friendster dapat sambutan Posted: 14 Sep 2011 05:00 PM PDT Laman baru Friendster dapat sambutan
Friendster, perintis laman rangkaian sosial yang baru sahaja dilancarkan semula sebagai platform permainan sosial, semakin mendapat sambutan.
Friendster berjaya menarik lebih setengah juta pengguna baru dan kini mempunyai lebih 40 permainan premium dalam tempoh dua bulan selepas ia diperkenalkan kepada orang ramai pada 28 Jun lalu. Laman baru ini bermatlamat untuk memperkenalkan permainan sosial ini kepada golongan muda di Asia dan membantu penerbit dan pembangun: permainan meneroka pasaran permainan Asia yang pesat. Permainan sosial merupakan genre baru permainan dalam talian (online) yang mudah dimainkan oleh pengguna dalam kawasan demografi yang besar bersama-sama rakan mereka dalam rangkaian sosial. Antara permainan sosial yang paling popular di Friendster kini termasuk BoomZ dan Dragon's Call. Ketua Pegawai Eksekutif Friendster, Ganesh Kumar Bangah berkata, permainan sosial semakin memperoleh momentum di Asia. Keputusan awal membuktikan hakikat bahawa permainan sosial didapati mewujudkan pembabitan dan interaksi mendalam di kalangan pengguna muda di Asia. Antara keputusan pelancaran semula Friendster adalah pengguna aktif bulanan dan pengguna aktif harian meningkat 50 peratus; lebih daripada 90 peratus pengguna baru kini tinggal di Asia dan terdapat lebih 40 permainan premium dan beratus-ratus permainan percuma untuk dimainkan serta aplikasi. Sebanyak 30 peratus daripada pengguna tertinggi kebiasaannya mengisi masa lebih 45 minit pada Friendster sepanjang 30 hari lalu dan lebih 10 peratus pengguna membeli kredit visual dalam Friendster bagi membantu mereka menikmati permainan yang lebih baik. -Bernama |
Khazanah mahu butir AirAsia X lebih jelas Posted: 14 Sep 2011 05:00 PM PDT Khazanah mahu butir AirAsia X lebih jelas
Khazanah Nasional Bhd hanya akan memperoleh 10 peratus saham AirAsia X Sdn Bhd apabila mendapat butir yang lebih jelas dalam model perniagaan dan kewangan syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh itu.
"Apabila terdapat butir yang lebih jelas, kami berminat (untuk meneruskan)," kata Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar di Kuala Lumpur, semalam. Selain kejelasan dalam model perniagaan dan kewangan, cabang pelaburan kerajaan itu juga melihat kepada masa. "Mereka ada tempoh masa, dari segi bila mereka mahu meneruskan ke peringkat evolusi berikutnya, seperti tawaran awam permulaan dan sebagainya," katanya. Ogos lalu, Khazanah mengemukakan cadangan untuk memperoleh 10 peratus saham dalam AirAsia X pada terma dan harga untuk dipersetujui kemudiannya. Cadangan itu susulan daripada pemeteraian perjanjian kerjasama antara Malaysia Airlines (MAS), AirAsia dan AirAsia X. Hasil perjanjian itu menyaksikan Khazanah kekal sebagai pemegang saham utama dan tunggal terbesar MAS dengan 10 peratus pegangan dalam AirAsia. Ia juga akan menyaksikan MAS menumpukan aktiviti sebagai syarikat penerbangan premium perkhidmatan penuh, AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) dan AirAsia X, LCC perjalanan jarak sederhana-jauh. Semasa mengulas lanjut mengenai model perniagaan AirAsia X, Azman berkata, pihaknya tahu model boleh dilaksana dari segi perjalanan jarak dekat tetapi bagi jarak sederhana dan jauh dan beliau berpendapat ia masih agak awal. "Kami perlu kejelasan berhubung perkara itu," katanya. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan