Jumaat, 17 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Baju daging mentah Gaga dipamerkan

Posted: 16 Jun 2011 05:00 PM PDT

Baju daging mentah Gaga dipamerkan CLEVELAND - Lady Gaga mencipta sejarah dalam Anugerah Muzik Video MTV pada tahun lalu selepas penyanyi itu memakai baju dihasilkan daripada daging mentah.

Muzium Rock and Roll and Roll Hall of Fame di Cleveland kini mempamerkan baju kontroversi yang pernah dipakai oleh Gaga sejak kelmarin.

Baju yang diperbuat daripada kepingan daging mentah itu dikeringkan dengan sejenis bahan kimia di California sebelum ia dipindahkan ke muzium tersebut.

Jurucakap muzium, Margaret Thresher berkata, mereka terpaksa mengecat semula baju itu bagi memastikan ia kelihatan menarik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Menteri berkhemah untuk kumpul dana

Posted: 16 Jun 2011 05:00 PM PDT

Menteri berkhemah untuk kumpul dana SYDNEY - Menteri Luar Australia, Kevin Rudd (gambar) sanggup mengharungi cuaca sejuk selama semalam bersama 1,000 ahli perniagaan terkemuka di negara itu bagi mengumpulkan dana membantu golongan miskin di negara itu.

Beberapa pengerusi bank utama, firma guaman, syarikat penerbangan syarikat perlombongan mendirikan khemah yang hanya dilengkapi beg tidur sempena acara tahunan 'Perkhemahan Ketua Pegawai Eksekutif' pada malam kelmarin.

Usaha mereka berjaya mengumpulkan hampir AS$4 juta (RM13 juta) untuk kebajikan orang miskin dan tidak berumah di negara itu.

Rudd yang menyokong usaha acara tahunan tersebut juga berjaya memperoleh AS$7,438 (RM24,000).

Rekod di negara itu menunjukkan sekurang-kurangnya 100,000 penduduk tidak berumah dan tinggal di jalanan.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved