Jumaat, 17 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

3 keluarga nyaris dihempap bumbung

Posted: 16 Jun 2011 05:00 PM PDT

3 keluarga nyaris dihempap bumbung GUA MUSANG - Tiga keluarga yang sedang berehat dikejutkan dengan kejadian ribut menyebabkan bahagian dapur dua daripada tiga rumah mereka itu ranap selepas ditimpa dahan kayu tumbang manakala sebuah lagi tercabut atap, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu juga menyebabkan seorang pemandu kenderaan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra Satu (SMKTIP1) Gua Musang cedera di lengan kanan kerana terkena kayu alang bumbung runtuh.

Tiga rumah keluarga terbabit membabitkan dua di Kampung Tiong dan sebuah lagi di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah yang didiami warga emas berusia 76 tahun.

Menurut mangsa yang cedera dalam kejadian itu, Kamarudin Mohamad, 46, semasa kejadian, dia sedang tidur seorang diri dalam bilik berhampiran dapur manakala isteri, Fazilah Mamat, 39, bersama lima anak berehat di ruang tamu rumahnya.

Katanya, hanya tidak sampai setengah jam dia melelapkan mata bunyi dentuman kuat atas bumbung rumah sebelum melihat atap ranap bersama dahan kayu yang patah.

"Saya yang terkejut melihat kejadian itu terus berselindung bawah katil, tetapi dengan cepat bumbung runtuh lalu saya menahan dengan lengah kanan menyebabkan cedera.

"Dalam keadaan kelam kabut itu, saya diheret isteri keluar dari bawah rimbunan dahan kayu dan atap rumah yang runtuh itu. Mujur kecederaan tidak begitu parah," katanya.

Kamarudin berkata, dia langsung tidak sedar ketika kejadian itu berlaku kerana pada mulanya hanya ingatkan seekor beruk liar yang bermain di atas atap rumah sebelum bergegar ditimpa dahan kayu patah.

Beliau berkata, semasa kejadian itu juga petir, ribut dan hujan lebat menyebabkan dia basah sebaik merangkak keluar dari runtuhan atap berkenaan sambil diheret isteri.

"Nasib baik anak dan isteri berada di ruang tamu, jika tidak mereka mungkin terheret sama ditimpa kemalangan itu kerana kebiasaan mereka turut berada di bahagian dapur yang turut runtuh," katanya.

Seorang lagi mangsa kejadian, Rosli Salleh, 42, berkata, ketika kejadian dia berada di tingkat bawah rumah kayunya manakala ibunya, Mas Che Will sedang berehat di beranda tingkat atas.

Beliau berkata, apabila gegaran kuat berserta atap rumah tercabut dalam kejadian ribut itu, dia melihat ibunya bergegas turun dalam keadaan ketakutan.

"Nasib baik ibu saya tidak dihempap atap yang tercabut itu kerana terjatuh berhampiran tempat dia berehat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved