Jumaat, 17 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Mimpi ngeri dua kampung

Posted: 16 Jun 2011 05:00 PM PDT

Mimpi ngeri dua kampung MERSING - Keasyikan berehat di waktu petang menjadi igauan ngeri bagi penduduk dua kampung di sini, apabila rumah yang didiami rosak di pukul ribut kira-kira jam 3.45 petang kelmarin.

Dalam kejadian tersebut, lebih 30 rumah di Kampung Pengkalan Batu dan Kampung Bahagia terlibat, namun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Salah seorang mangsa dari Kampung Pengkalan Batu yang juga pemilik bengkel lori di situ, Hamdan Jarakasi, 45, berkata, bengkel lori miliknya runtuh disebabkan angin kencang yang terlalu kuat ketika kejadian.

"Ketika kejadian tersebut, saya tidak berada di bengkel. Saya hanya mengetahui bengkel runtuh apabila seorang penduduk memberitahu selepas keadaan kembali reda.

"Ini kejadian pertama sejak saya membuka bengkel di sini. Alhamdulillah, walaupun bengkel roboh, namun tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Setakat ini, saya masih belum mengetahui jumlah kerugian yang dialami," katanya ketika ditemui :Sinar Harian. :

Mengimbas kembali kejadian yang berlaku petang kelmarin, ribut yang berlaku kira-kira 20 minit tersebut merosakkan 30 rumah di dua kawasan terbabit dan enam daripadanya rosak teruk akibat dihempap pokok besar yang �tumbang.

Seorang lagi mangsa, Ismail Awang ,73, berkata, ketika kejadian tersebut berlaku, dia bersama ahli keluarganya sedang berehat di rumah.

Menurutnya, dia tidak menyangka kejadian itu akan memusnahkan hampir keseluruhan bahagian bumbung rumahnya.

"Semasa kejadian tersebut, angin sangat kuat dan ditambah pula dengan hujan lebat. Pada mulanya, saya hanya menyangka hujan seperti biasa sahaja. Tetapi ia berubah apabila angin kencang tiba-tiba datang dan terus menerbangkan bumbung rumah.

"Suasana ketika itu memang kelam-kabut. Saya dan keluarga hanya mampu berserah serta berharap tiada kejadian yang lebih buruk berlaku. Syukur tiada kecederaan yang menimpa keluarga dan hanya perkakas rumah sahaja yang rosak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved