Jumaat, 17 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Buruh 4 isteri dijel rogol anak jiran

Posted: 16 Jun 2011 05:00 PM PDT

Buruh 4 isteri dijel rogol anak jiran KUANTAN - Seorang buruh kasar beristeri empat dan bapa kepada 15 anak dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana merogol kanak-kanak berusia 11 tahun, bulan lalu.

Lelaki berusia 45 tahun itu mengaku merogol anak jirannya pada kira-kira jam 2.30 petang, 26 Mei lalu.

Berdasarkan fakta kes, dia mempelawa mangsa yang pulang dari sekolah menaiki motosikal dengan alasan mahu menghantarnya pulang.

Dia, bagaimanapun, membawa mangsa ke dalam semak berhampiran jambatan di Kampung Seri Damai dan merogol mangsa.

Dia kemudian memberi mangsa wang untuk menutup rahsia perbuatannya itu.

Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar selepas keluarga mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading pada 8 Jun lalu.

Lelaki itu merayu kepada Hakim Nuradidah Ahmad supaya hukuman ke atasnya diringankan dan berjanji sudah insaf atas perbuatannya itu.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Amer Abu Bakar Abdullah itu, manakala lelaki itu tidak diwakili peguam.

Di mahkamah berasingan, lelaki yang sama dikenakan hukuman penjara empat tahun kerana melakukan kelucahan melampau terhadap anaknya sendiri.

Hakim, Fatiyah Idris, menjatuhkan hukuman itu selepas dia mengaku bersalah merangsang anaknya yang berusia 7 tahun di sebuah rumah sekitar 2009.

Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis belum mahu dedah penggodam

Posted: 16 Jun 2011 05:00 PM PDT

Polis belum mahu dedah penggodam KUALA LUMPUR – Polis mempunyai maklumat tertentu berhubung kumpulan penggodam yang cuba menceroboh laman web rasmi kerajaan kelmarin, namun tidak boleh mendedahkan perkara itu buat masa ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, masih terlalu awal untuk pihaknya dedahkan sebarang maklumat, termasuk siapa dalang yang terlibat.

"Setiap siasatan yang kita buat pasti ada maklumat atau petunjuk yang diperoleh. Cuma kita tak boleh dedahkan lagi kerana siasatan masih berjalan.

"Apa yang penting kita (polis) bantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menyiasat hal tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyampaian Cek Tabung Amanah Perwira Pertahanan Negara di Bukit Aman, semalam.

Beliau berkata, pihaknya akan membantu SKMM dalam apa jua bentuk bantuan yang diperlukan.

"Jika siasatan dapati ada unsur jenayah, polis akan cadangkan kepada SKMM untuk sekat mana-mana laman web yang disyaki (digodam)," katanya.

Sementara itu, semalam akhbar melaporkan terdapat sekumpulan penggodam antarabangsa yang dikenali sebagai 'Anonymous' melancarkan serangan dinamakan 'Operation Malaysia' pada jam 3.30 pagi, kelmarin.

Akibat serangan itu terdapat sekurang-kurangnya 41 laman web agensi kerajaan disahkan mengalami gangguan selepas digodam tetapi tiada data peribadi atau kewangan yang terancam.

Kumpulan itu melakukan serangan terbabit kerana mendakwa kerajaan Malaysia mengenakan tapisan internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved