Khamis, 16 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gaddafi setuju pilihan raya dipantau

Posted: 15 Jun 2011 05:00 PM PDT

Gaddafi setuju pilihan raya dipantau TRIPOLI - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi bersetuju mengadakan pilihan raya di bawah pemantauan badan antarabangsa.

Gaddafi turut mengenakan syarat supaya tiada unsur penipuan sepanjang proses membuang undi berlangsung, menurut kenyataan anak sulung beliau kepada akhbar Itali, semalam.

Saif Al-Islam (gambar) berkata, bapanya bersetuju mengadakan pilihan raya tiga bulan lagi atau pada akhir tahun ini dengan jaminan ketelusan oleh pemerhati antarabangsa.

Tripoli menjemput Kesatuan Eropah, Kesatuan Afrika, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang sedang menyerang Libya untuk menjadi pemerhati.

"Bapa saya sedia berundur jika kalah dalam pilihan raya itu tetapi beliau tidak akan meninggalkan negara ini," katanya.

Abu Bakar bersalah

Posted: 15 Jun 2011 05:00 PM PDT

Abu Bakar bersalah JAKARTA - Ketua kumpulan radikal Indonesia, Abu Bakar Bashir dijatuhi hukuman 15 tahun penjara, semalam selepas didapati bersalah kerana bersubahat dalam rancangan pembunuhan presiden negara itu.

Abu Bakar, 72, turut didakwa membiayai kegiatan kumpulan pengganas bertujuan untuk menjejaskan kestabilan ekonomi di Indonesia dan dia juga dikaitkan dengan rangkaian kumpulan militan Al-Qaeda.

Pemimpin gerakan Jemaah Islamiyah itu juga didakwa terlibat dalam penubuhan kem latihan pengganas di Aceh dan rompakan bersenjata di sebuah bank di Medan, tahun lalu.

"Saya menolak keputusan tidak adil ini," kata Abu Bakar selepas keputusan itu dibacakan hakim.

Seramai 2,900 anggota polis mengawal ketat kawasan mahkamah semasa keputusan perbicaraan itu selepas pihak berkuasa menerima 36 ancaman bom dipercayai daripada penyokong Abu Bakar, awal minggu ini.

Penganalisis berpendapat keputusan mahkamah itu akan membakar semangat anggota kumpulan radikal untuk melancarkan serangan balas dan menuntut bela seperti dilakukan kumpulan Al-Qaeda di atas pembunuhan pemimpin mereka, Osama Laden.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved