Khamis, 16 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Warga emas nyaris maut

Posted: 15 Jun 2011 05:00 PM PDT

Warga emas nyaris maut KOTA BHARU - Seorang warga emas nyaris maut dalam kebakaran di Kampung Kubang Pasu di sini, apabila belakang badannya ditimpa sebatang kayu terjatuh ketika duduk di tangga berdekatan pintu depan rumahnya dalam kejadian terbabit.

Kebakaran kira-kira jam 8.30 pagi itu disedari Bidah Salleh, 80, selepas melihat kepulan asap dan api dalam rumahnya.

Tindakan pantas jiran menyelamatkannya hanya menyebabkan dia mengalami kesan lecur di badannya akibat ditimpa kayu berkenaan.

Ketika kejadian, mangsa tinggal berseorangan kerana anaknya Siti Nur Abdul Rahman, 40, dan tiga cucunya, Mohamad Irham Adli Asas, 6, Mohamad Akil Asraf, 5, serta Khairul Huda tiada di rumah.

Siti Nur berkata, ibunya ditinggalkan keseorangan kerana anak-anaknya ditinggalkan di pusat jagaan harian (nurseri) setiap kali dia ke tempat kerja di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Memang setiap hari pada hari bekerja saya akan hantar anak-anak ke nurseri.

"Setiap kali meninggalkan rumah saya sering teringatkan ibu dan risau dengan keadaannya, namun pada hari kejadian berlakunya kebakaran, saya tinggalkan ibu seperti biasa tanpa risau," katanya kepada: Sinar Harian, :semalam.

Menurutnya, dia amat bersyukur ibunya hanya mengalami kecederaan ringan dan kini dibawa ke rumah keluarganya untuk menerima rawatan susulan.

"Saya menerima panggilan kira-kira jam 9 pagi dan terus bergegas pulang setelah mengetahui mengenai kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah termasuk rumah jiran yang berada berdekatan.

"Semua barang berharga termasuk komputer riba berserta buku sekolah anak-anak saya yang baru sahaja dibeli turut musnah dalam kebakaran ini dan kami sekeluarga tinggal sehelai sepinggang," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Anuarul Hakim Muhni berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 8.30 pagi dan terus ke tempat kejadian.

Menurutnya, seramai 39 anggota daripada tiga Balai Bomba membabitkan Kota Bharu, Darul Naim dan Pengkalan Chepa bersama empat jentera dan satu tangki air terlibat dalam operasi berkenaan.

"Pihak kami mengambil masa selama satu jam untuk memadamkan keseluruhan kawasan tersebut.

"Jumlah kerugian dan punca kebakaran ini masih lagi dalam siasatan," katanya.

Menurutnya, anggota bomba berkenaan berjaya menyelamatkan rumah di kawasan itu yang dianggarkan bernilai lebih setengah juta ringgit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved