Khamis, 16 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Padat, bicara luar mahkamah

Posted: 15 Jun 2011 05:00 PM PDT

Padat, bicara luar mahkamah LANGKAP – Gara-gara terlalu ramai untuk didakwa, perbicaraan warga asing yang ditahan dalam Ops Zon Utara 2 terpaksa dijalankan di luar mahkamah, semalam.

Dalam perbicaraan itu, 120 warga Indonesia yang didapati bersalah melanggar peraturan Imigresen dengan melakukan pelbagai kesalahan dituduh di Mahkamah Seksyen (Pati) Khas di Depoh Tahanan.

Daripada jumlah itu, 80 warga Indonesia telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan berkuat kuasa dari tarikh mereka ditahan pihak Imigresen.

Hakim Ahmad Hidayat Mohd Noor turut menjatuhkan hukuman sebat kepada empat lelaki warga Indonesia yang ditahan dalam operasi sama atas pelbagai kesalahan.

Kesemua tertuduh yang berusia antara 19 hingga 55 tahun itu ditahan pihak Imigresen Perak di beberapa kawasan, kesemuanya bekerja dalam bidang pembinaan dan perkilangan.

Dalam kes sama, seramai 58 warga Indonesia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen kerana tinggal dalam negara tanpa permit yang sah manakala 21 warga Indonesia didapati bersalah kerana tinggal dalam negara melebihi masa yang

ditetapkan, seorang didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56 (1) (L) kerana memalsukan dokumen perjalanan.

Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam, manakala pendakwaan terhadap tertuduh dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Negeri Perak, Roshamsul Ahmad Tajeri dan Mohammad Faizal Saidin.

Ketika perbicaraan, kesemua tertuduh menganggukkan kepala tanda memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Malaysia.

Selepas berpuas hati dengan keterangan itu, Ahmad Hidayat menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas 54 warga Indonesia yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c).

Di bawah seksyen sama, Hakim turut menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dan satu sebatan kepada empat lelaki warga Indonesia.

Sementara itu, 18 warga Indonesia yang didakwa melakukan kesalahan tinggal di negara ini melebihi masa dijatuhkan hukuman penjara enam bulan.

Dua daripada mereka di penjara selama tiga bulan sementara seorang di penjara empat bulan dan didenda RM10,000.

Ahmad Hidayat turut mengarahkan tertuduh di penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda yang ditetapkan.

Seorang warga Indonesia yang didapati bersalah memalsukan dokumen perjalanan menerima padah apabila dijatuhkan hukuman penjara enam bulan.

Kesemua tertuduh akan menjalani hukuman masing-masing di Penjara Tapah bagi pesalah wanita dan lelaki di Penjara Pokok Sena, Kedah.

Ketiadaan jurubahasa menyebabkan perbicaraan bagi 109 warga asing Myanmar, Thailand, Bangladesh dan Vietnam ditangguhkan.

Kesemua warga asing berkenaan ditahan dalam Ops Zon Utara 2, 1 Jun lalu di beberapa kawasan negeri Perak dengan kerjasama pihak Imigresen Kedah, Perlis dan Pulau Pinang atas pelbagai kesalahan. kesalahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved