Khamis, 16 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Lima nelayan Vietnam ditahan

Posted: 15 Jun 2011 05:00 PM PDT

Lima nelayan Vietnam ditahan

KUALA TERENGGANU- Pasukan Maritim Malaysia Daerah Maritim 9 Kuala Terengganu berjaya menahan lima nelayan warganegara Vietnam kerana tiada permit dalam Ops Perkasa Timur, Isnin lalu.

Maritim dalam kenyataannya berkata, bertindak daripada aduan yang diterima, Kapten Maritim Adam Aziz mengarahkan Kapal Maritim Jarak (KM Jarak) yang diketuai Lt (M) Kama Azri Kamil bersama 21 anggota telah keluar membuat rondaan Ops Perkasa Timur.

Dalam rondaan itu, mereka telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan kelas C, 25 batu nautika dari Kuala Terengganu di posisi garis lintang 05 42.53, garis bujur 103 20.53.

Hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut mendapati, kesemua lapan awak-awak bot itu adalah warganegara Vietnam termasuk tekong.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapti, lima orang daripada awak-awak tersebut tidak mempunyai permit kerja yang sah yang dikeluarkan Jabatan Perikanan Malaysia.

Bot itu bersama lapan awak-awak Vietnam kemudiannya diiring oleh KM Jarak ke Jeti Jabatan Laut Kuala Terengganu.

Lima awak-awak bot tersebut telah direman selama 14 hari untuk siasatan lanjut.

Kes itu kini disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM2,000.

Bagaimanapun, kadar denda sebenar akan diputuskan oleh Jabatan Perikanan Putrajaya manakala tiga lagi awak-awak yang mempunyai permit dibebaskan.

Namun bot dan peralatan milik nelayan terbabit disita oleh pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved