Khamis, 16 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Sungai tercemar, pendapatan terjejas

Posted: 15 Jun 2011 05:00 PM PDT

Sungai tercemar, pendapatan terjejas LANCHANG – Hampir 1,000 penduduk di dua perkampungan di sini bimbang berlaku pencemaran sungai dipercayai berpunca daripada kerja melombong bijih besi dan pengeluaran kayu balak menyebabkan sungai utama di kampung mereka dicemari lumpur dan tanah.

Penduduk Kampung Sementeh dan Kampung Orang Asli Sungai Leleh bimbang sekiranya tanah dan lumpur berterusan mengalir ke dalam Sungai Chermang, sungai pasti menjadi cetek sekali gus mengundang masalah banjir apabila tiba musim tengkujuh.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sementeh, Mohamed Habibi Jamil berkata, pencemaran sungai yang berlaku sejak beberapa bulan lalu dilihat semakin teruk terutama apabila hujan lebat.

Menurutnya, keadaan ini menjejaskan pendapatan sampingan penduduk kampung kerana mereka tidak berpeluang menjalankan aktiviti mengail ikan.

"Sungai ini turut mengalir ke Sungai Semantan seterusnya membawa bersama kekotoran ke hilir sungai di Temerloh.

"Sehubungan itu, kami menggesa pihak berkaitan supaya berusaha mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan keadaan menjadi bertambah rumit," katanya, semalam.

Sementara itu, seorang penduduk, Romeli Mat, 56, berkata, Sungai Chermang yang tercemar itu menjadi habitat baung sejak dahulu lagi.

Menurutnya, pencemaran sungai secara berterusan dibimbangi menyebabkan tiada lagi spesies tersebut membiak di situ.

"Kampung ini sememangnya diketahui ramai sebagai kawasan yang dilanda banjir teruk apabila tiba musim tengkujuh, justeru keadaan sungai yang cetek sudah tentu menyebabkan banjir semakin teruk.

"Dahulu, dasar sungai ini berpasir tetapi sejak kebelakangan ini ia dipenuhi lumpur akibat mendapan tanah," katanya.

Seorang penduduk, Zaini Aman, 40, berkata, tindakan awal perlu dilaksanakan dalam usaha memelihara habitat pelbagai spesies ikan sungai di sini.

Menurutnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut melakukan kerja berkala membersihkan tebing sungai memandangkan lokasi ini menjadi tarikan kaki pancing.

Bagaimanapun, keadaan sungai yang tercemar ini menyebabkan orang ramai tidak berminat lagi untuk memancing di sini.

"Kami bukan menolak pembangunan sebaliknya hanya mengharapkan kerjasama pihak yang mengeluarkan hasil dari kampung ini supaya ambil langkah terbaik demi keselesaan penduduk kampung," katanya semalam.

Mentiga Sdn Bhd siasat aduan

SEMENTARA itu, syarikat yang bertanggungjawab menjalankan operasi mengeluarkan bijih besi di kampung itu, Mentiga Mining Sdn Bhd akan menyiasat dakwaan penduduk itu.

Pengarah Urusannya, Datuk Nasir Puteh berkata, sejak beroperasi tiga tahun lalu, tidak pernah ada aduan pencemaran sungai seperti yang didakwa penduduk.

Bagaimanapun, katanya, beliau difahamkan terdapat beberapa kolam takungan simpanan yang melimpah apabila berlaku hujan lebat, baru-baru ini.

"Jika inilah puncanya, pihak kami akan melaksanakan kerja mendalamkan kolam dan menambah beberapa lagi kolam tersebut.

"Tetapi, pada masa sama, memang terdapat kerja pengeluaran kayu balak oleh sebuah syarikat berhampiran yang menggunakan laluan yang sama dengan kami.

"Bagaimanapun, kami akan siasat dakwaan penduduk kampung ini, dan jika benar ia berpunca dari kami, kami akan selesaikannya sehingga tidak berlaku lagi masalah ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved