Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Posted: 15 Jun 2011 05:00 PM PDT MTUC minta RM900 sebulan
SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tetap memperjuangkan kenaikan gaji minimum kepada golongan berpendapatan rendah dengan jumlah sekurang-kurangnya RM900 sebulan.
Presidennya, Mohd Khalid Atan berkata, jumlah itu dicadangkan selepas MTUC melakukan pemantauan serius mengenai tahap gaji pekerja sektor swasta dikatakan rendah. Menurutnya, kajian menunjukkan 35 peratus pekerja sektor itu dibayar gaji di bawah paras RM700 sebulan. "Gaji minimum mesti dipantau dan dikaji berdasarkan tempoh keadaan semasa. Cuba bayangkan jika dalam tempoh 20 tahun gaji minimum langsung tidak dinaikkan, walaupun kos sara hidup semakin tinggi," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Mohd Khalid berkata, MTUC tidak pernah berganjak dalam memperjuangkan isu mengenai gaji minimum itu Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Pelarasan harga Astro belum muktamad Posted: 15 Jun 2011 05:00 PM PDT Pelarasan harga Astro belum muktamad
KUALA LUMPUR - Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang berbincang dengan pihak stesen televisyen berbayar Astro berhubung hasrat syarikat itu melakukan beberapa pelarasan harga menerusi pakej berkuat kuasa 11 Julai depan. Timbalan menterinya, Datuk Joseph Salang berkata, penyelarasan harga masih belum muktamad. "Kementerian sentiasa berunding dengan Astro tentang, penyelarasan harga diberitakan belum muktamad. "Pada masa kini, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang berunding, meneliti dan menganalisa apakah hajat Astro menaikkan harga ini ," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) di Dewan Rakyat di sini, semalam. Sementara itu, Joseph berkata, sebarang perkhidmatan televisyen berbayar termasuk Astro, penetapan kos langga-nan adalah berdasarkan kos ditanggung dalam menyediakan perkhidmatan termasuk kos pemerolehan dan pembelian kandungan dan hak penyiaran dari pihak ketiga. "Oleh itu, setiap kenaikan harga dianalisa pihak SKMM untuk memastikan ianya tindakan wajar dan munasabah berasaskan kos dan tidak bermotifkan keuntungan semata-mata," katanya. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan