Khamis, 16 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga Singapura didakwa rasuah

Posted: 15 Jun 2011 05:00 PM PDT

Warga Singapura didakwa rasuah

SEREMBAN - Seorang bookie warga Singapura didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tudu-han memberi rasuah keseluruhan RM23,000 kepada lima pemain bola sepak T-Team Piala Presiden, Terengganu.

R K Rajendran yang juga seorang ahli perniagaan didakwa memberi suapan wang tunai antara RM2,000 hingga RM7,000 kepada lima pemain berkenaan, sebagai upah untuk mengatur keputusan perlawanan Piala Presiden antara pasukan T-Team Terengganu dengan skuad Piala Presiden Negeri Sembilan.

Lima pemain berkenaan ialah Mohd Azwan Mat Ali (RM2,000), Muhammad Shariquddin Ibrahim (RM5,000), Mohd Nadzmeer Mohammad (RM4,000) Mohd Azuan Hussien (RM5,000) dan Mohd Hafiz Mohd Noor (RM7,000).

Rajendran didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Bidara, Seremban, pada 7 malam, Mei tahun lalu.

Pertuduhan terhadapnya di bawah Seksyen 16 (b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24 akta sama yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Asri Abd Rahman Sidik dan Mohd Hanafi Abd Rahim di hada-pan Hakim, Datin Nursinah Adzmi, manakala Rajendran diwakili peguam, V Shanmugam.

Rajendran mengaku tidak bersalah dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 30 Jun depan.

Saida nekad cerai

Posted: 15 Jun 2011 05:00 PM PDT

Saida nekad cerai KUALA LUMPUR – Penyanyi Siti Nursaida nekad bercerai dengan suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri.

"Saya minta maaf. Saya tak nak perkara ini berpanjangan, tetapi saya tetap dengan keputusan saya untuk bercerai," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Saida, 35, turut memaklumkan tidak dapat menerima tawaran mengerjakan umrah bersama Mohd Ghazali seperti dipohon suaminya itu ketika perbicaraan lalu.

Artis berkenaan yang mencipta nama melalui program realiti, Akademi Fantasia baru kehilangan ibu mertua yang meninggal dunia pada 4 Jun lalu.

Semalam, kakak penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin itu hadir ke mahkamah untuk menyambung perbicaraan berkaitan permohonan cerai difailkannya terhadap Mohd Ghazali, 41, pada 6 Oktober tahun lalu.

Saida ditemani kakak iparnya, Rozie Abd Razak dan peguam, Ahmad Nazib Johari manakala Mohd Ghazali tidak hadir, tetapi diwakili peguam, Mohd Amli Embong.

Pada prosiding itu, Amli memberitahu mahkamah, Mohd Ghazali tidak hadir kerana masih bersedih di atas kematian ibunya pada 4 jun lalu.

Saida memberitahu ada menziarahi arwah ibu mertuanya pada hari berkenaan.

Hakim Syarie, Mohd Suhaily Rosdi membatalkan hakam dilantik Saida dan Ghazali kerana tiada penyelesaian daripada jawatan kuasa pendamai terbabit.

Beliau memerintahkan kedua-dua mereka merujuk kepada hakim yang dilantik mahkamah dan memberi tempoh tiga minggu untuk pasangan itu mencari penyelesaian.

"Jika tiada, mahkamah akan beri nasihat kepada pasangan untuk berpisah. Dalam Islam, jika rumah tangga tidak dapat diselamatkan jalan terbaik adalah berpisah," katanya.

Beliau menetapkan 20 Julai depan untuk keputusan laporan hakam dan menasihatkan pasangan itu membawa anak mereka ke mahkamah untuk mendengar keputusan akhir.

Saida bernikah dengan Ghazali yang merupakan ahli perniagaan di Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat anak, Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved