Khamis, 16 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Angry Birds Nokia cipta rekod

Posted: 15 Jun 2011 05:00 PM PDT

Angry Birds Nokia cipta rekod Secara rasminya, Nokia Malaysia dan peminat Angry Birds mencipta rekod baru dalam Guinness World Records untuk 'Golongan paling banyak bermain dalam geganti permainan telefon bimbit'.

Pertandingan mengambil masa 10 jam bermula 11 pagi turut disertai 2,030 peserta yang bermain permainan Angry Birds dengan menggunakan telefon bimbit Nokia model N8.

Pengadil Guinness World Records, Elizabeth Smith berkata, pihaknya mengesahkan rekod dunia terbaharu 'Golongan yang paling banyak bermain dalam geganti permainan telefon bimbit' dimenangi syarikat Nokia di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.

"Tahniah Nokia dan semua yang menyertai pencapaian pemecahan rekod ini untuk mencatatkan rekod baharu dunia, berbekalkan hasil kerjasama, perancangan organisasi dan logistik yang lancar, keazaman serta keberanian," katanya.

Hadir sama, Ketua Pemasaran Nokia Singapura, Malaysia dan Brunei, Antony Wilson dan Naib Presiden Pembangunan Francais Rovio dan wakil Angry Birds, Ville Heijari.

Wilson berkata, pihaknya gembira Nokia Malaysia kini menjadi sebahagian dalam Guinness World Records yang berprestij bersama peserta yang menyertainya.

Menurutnya, objektif Nokia untuk menghubungkan orang ramai berinteraksi dan membekalkan pengalaman bermain game dalam model N8 yang diperkenalkan sejak Oktober 2010 melalui Nokia Ovi Store dengan turut mencipta Angry Birds Free with Magic.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MoU antara BlueScope, PAM

Posted: 15 Jun 2011 05:00 PM PDT

MoU antara BlueScope, PAM BlueScope Steel Malaysia Sdn Bhd meterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) untuk menggalakkan kecemerlangan dalam seni bina.

Presiden BlueScope Steel (Malaysia, Singapura dan Brunei) Somkiat Pintatham berkata, BlueScope memanfaatkan rangkaian antarabangsanya untuk membawa kepakaran asing berkongsi kepakaran bagi pembangunan seni bina terkini dengan pelajar dan arkitek yang mempraktikkannya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved