Jumaat, 17 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Perhimpunan jejas harta benda awam

Posted: 16 Jun 2011 05:00 PM PDT

Perhimpunan jejas harta benda awam SHAH ALAM - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menyifatkan kerosakan harta benda awam pasti akan berlaku setiap kali perhimpunan jalanan diadakan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Salleh Yusop berkata, perhimpunan jalanan itu tidak memberikan apa-apa faedah malah menyusahkan banyak pihak.

"Peniaga dan penjaja antara golongan yang terjejas akibat pendapatan mereka terganggu pada hari itu.

"Malah, banyak kemudahan awam juga mengalami kerosakan apabila dirempuh orang ramai ketika perarakan diadakan," katanya yang mengulas mengenai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang akan diadakan pada 9 julai depan.

Sehingga semalam, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga masih bertegas untuk terus menganjurkan perhimpunan itu dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Salleh berkata, pihaknya berharap perhimpunan itu tidak dilakukan kerana akan memberi impak yang besar kepada bandaraya Kuala Lumpur.

"Bukan sahaja kawasan sekitar perarakan yang terlibat tetapi orang awam yang terlibat juga akan merasai kesannya seperti kesesakan dan pencemaran.

"Pada hari itu juga merupakan hari cuti yang selalunya Kuala Lumpur dikunjungi ramai pelancong dalam dan luar Negara," katanya.

Menurutnya, situasi itu akan memberikan imej yang buruk kepada negara apatah lagi jika kekecohan atau rusuhan berlaku.

Terdahulu, Pengerusi Persatuan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan, Datuk Rosli Sulaiman tidak teragak-agak menyaman penganjur Bersih 2.0 jika peniagaan peniaga di kawasan itu terjejas.

Katanya, pada perhimpunan yang lalu, lebih 1000 penjaja dan peniaga di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Masjid India, dan Masjid Negara terjejas dan mengalami kerugian hampir RM10 juta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bersih, polis perlu bincang

Posted: 16 Jun 2011 05:00 PM PDT

Bersih, polis perlu bincang SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengesyorkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengadakan perbincangan dengan polis dalam usaha mencari jalan terbaik berhubung isu perhimpunan 9 Julai ini.

Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, langkah tersebut perlu bagi meredakan ketegangan yang berlaku di antara kedua pihak.

Menurutnya, dalam perbincangan tersebut, Bersih 2.0 perlu menerangkan secara terperinci mengenai perhimpunan besar-besaran serta laluan yang akan digunakan nanti.

"AMK akan mengesyorkan Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan untuk bertemu dengan pihak polis bagi membincangkan langkah terbaik bagi merealisasikan perhimpunan ini.

"Polis juga digesa memberi kerjasama kepada Bersih untuk meneruskan perhimpunan ini secara aman seperti yang pernah dilakukan semasa demonstrasi Palestin ke Kedutaan Amerika Syarikat, sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, pihak polis seharusnya memberi laluan dan perlindungan kepada peserta perhimpunan Bersih, bukannya membuta kenyataan berunsur ugutan terhadap mereka.

"Tindakan berhimpun secara aman adalah perkara normal di negara-negara maju dan polis memberi kerjasama baik dengan menutup jalan raya bagi memudahkan peserta sampai ke destinasi yang dituju," katanya.

Kelmarin, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengeluarkan amaran keras untuk bertindak tegas bagi menentukan rancangan itu tidak dilaksanakan.

Menurutnya, polis tidak akan teragak-agak bertindak tegas terhadap mereka yang ada bukti hendak mengadakannya.

Khalid memberi kata dua bawa polis tidak akan mengeluarkan permit, malah membekukan semua permohonan untuk mengadakan sebarang perhimpunan kerana dikhuatiri mengancam ketenteraman negara, mengganggu pergerakan sosioekonomi, keadaan trafik dan menggugat aktiviti perniagaan.

Manakala, Ambiga pula menegaskan pihaknya tidak gentar desakan pihak tertentu untuk menghalang perhimpunan Bersih kerana yakin mendapat sokongan ramai.

Katanya, jika timbul kekecohan ia disebabkan pihak tertentu yang cuba mencetuskan provokasi dan bukannya dari penganjur perhimpunan Bersih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved