Jumaat, 17 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Terjun tingkap elak ditimpa pokok

Posted: 16 Jun 2011 05:00 PM PDT

Terjun tingkap elak ditimpa pokok KEMAMAN – Seorang pemuda bersama rakan karibnya nyaris maut setelah bahagian dapur rumahnya ranap ditimpa pokok berusia lebih 100 tahun, dalam kejadian angin kencang berserta hujan lebat yang melanda daerah ini secara tiba-tiba lewat petang kelmarin.

Tindakan pantas Mohd Rahim Che Chik, 28, bersama sahabatnya, Mohd Azwan Dagang, 24, yang terjun menerusi tingkap berjaya mengelakkan mereka yang ketika itu berada di dapur daripada dihempap pokok yang batangnya berdiameter kira-kira 2.5 meter atau dua pemeluk lelaki dewasa.

Detik cemas itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika mereka berdua mahu menikmati hidangan nasi goreng di dapur.

Mengimbas pengalaman menakutkan itu, Mohd Rahim berkata, ketika hendak menyendukkan nasi dari kuali ke dalam pinggan, tiba-tiba atap biru dapur rumahnya tercabut diterbangkan angin.

"Waktu itu angin sangat kencang hingga atap rumah pun tercabut, hujan pun sangat lebat dan tak semena-mena saya dengar bunyi kuat rekahan akar pokok dari belakang rumah.

"Dalam keadaan panik dan gopoh-gapah saya dan (Mohd) Azwan berlari ke arah bilik tidur dan terjun menerusi tingkap bilik kerana khuatir pokok sentul di belakang rumah menghempap kami," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian di Kampung Jaya, Chukai, di sini, malam kelmarin.

Mereka bernasib baik dan sempat melarikan diri kerana pokok sentul menjangkau usia lebih 100 tahun itu yang hidup subur kira-kira empat meter di belakang rumahnya, tumbang menindih pokok kelapa bersebelahan, seterusnya menimpa wayar elektrik dan pohon mempelam sebelum menghempap dapur serta motosikal milik Mohd Rahim.

"Kalau tiada pokok lain dan wayar elektrik, saya rasa mungkin kami tidak sempat melarikan diri," kata pekerja swasta itu yang masih kelihatan trauma.

Menurut Mohd Rahim, selepas terjun dari tingkap, mereka melarikan diri ke arah kawasan lapang yang tidak mempunyai pokok kerana terlalu takut.

"Sebelum kejadian, Azwan singgah di rumah saya. Jadi ketika bencana ini terjadi hanya kami berdua di rumah manakala emak saya, Wan Gayah Awang, 66, pergi ke rumah jiran.

"Nasib baik emak tiada waktu itu kerana mak suka duduk di dapur. Kami syukur kerana tidak cedera," katanya pertama kali ditimpa musibah sedemikian.

Berlaku depan mata

Sementara itu, saksi kejadian yang juga sepupu mangsa, Zulkifli Abd Rahman berkata, kejadian pokok sentul tumbang itu berlaku di depan matanya kerana waktu itu dia sedang membelek perahunya di belakang rumah Mohd Rahim.

"Kira-kira jam 6.15 petang, cuaca berubah dengan hujan lebat dan ribut. Ketika itu juga saya rasa tidak sedap hati dan rasa pokok akan tumbang kerana angin terlalu kencang hingga atap bangsal saya juga habis berterbangan.

"Selepas itu tiba-tiba bunyi kuat. Prakkkk dummm...! Pokok sentul yang hanya terletak tidak jauh dari lokasi bangsal saya tumbang dan menimpa pokok nyior (kelapa) serta kabel elektrik dan satu lagi pokok sebelum menimpa bahagian dapur rumah ibu saudara saya," katanya yang tinggal bersebelahan.

Meskipun terkejut dengan kejadian yang tidak disangka itu, Zulkifli yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jaya bertindak mengetuk pintu rumah mangsa agar keluar menyelamatkan diri serta beberapa rumah di sekitar tempat kejadian kerana risau lebih banyak pokok akan tumbang kerana angin masih lagi kencang.

"Nasib baik Mohd Rahim dan kawannya pantas bertindak. Penghuni rumah berdekatan turut keluar menyelamatkan diri. Dari awal lagi saya rasa tidak sedap hati kerana ribut terlalu kuat hingga batang pokok kelapa di belakang rumah saya pun meliuk ditiup angin hingga nampak seperti mahu tumbang menimpa rumah saya. Batang pokok kelapa yang condong hanya beberapa meter sahaja mahu mengena rumah saya," katanya.

Menurutnya, kejadian angin kencang itu adalah yang paling teruk dialaminya sepanjang tinggal di situ sehingga membawa kemusnahan harta benda.

Kabel elektrik masih alirkan arus

Pasukan bomba dengan kekuatan 11 anggota yang tiba di rumah Mohd Rahim sejurus kejadian tidak dapat melakukan kerja-kerja memotong batang pokok sentul tua berusia lebih seabad itu kerana ketika itu, kabel elektrik yang terjuntai di lokasi masih mengalirkan arus elektrik, dan mereka terpaksa menunggu kedatangan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mematikan bekalan elektrik.

Pegawai Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mokhtar Musa berkata, mereka menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.49 petang sebelum tiba dilokasi enam minit kemudian.

"Tetapi kerja-kerja memotong batang pokok hanya dilakukan kira-kira jam 8.15 malam dan selesai jam 9.40 malam. Pokok dipercayai tumbang kerana akarnya reput," katanya sambil mengakui kerja-kerja memotong batang pokok itu dengan menggunakan tiga bilah gergaji berantai agak sukar disebabkan batang pokok itu yang besar.

Menurutnya, gara-gara angin kencang yang melanda daerah ini secara tiba-tiba menyebabkan berlaku dua kejadian pokok tumbang di Chukai iaitu di Kampung Jaya dan Kampung Besut, namun di Kampung Besut pokok hanya tumbang melintangi jalan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved