Rabu, 29 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Puteri Diana dihidupkan

Posted: 28 Jun 2011 05:00 PM PDT

Puteri Diana dihidupkan LOS ANGELES - Majalah Amerika Syarikat (AS), Newsweek dikecam selepas memaparkan wajah mendiang Puteri Diana pada muka depan keluaran mereka yang kononnya bertujuan memperingati ulang tahunnya ke-50 esok.

Ketua Editor majalah Newsweek, Tina Brown membayangkan jika Diana tidak terkorban dalam kemalangan jalan raya di Paris pada 1997, beliau mungkin berpindah ke New York, menjalani kehidupan seperti biasa dan turut mempunyai 10 juta pengikut di laman blog mikro, Twitter.

Bagaimanapun, cerita rekaan dan sensasi serta wajah Diana kelihatan sedikit berkedut mencetuskan kemarahan banyak pihak kerana ia seakan menghina puteri sanjungan rakyat Britain itu.

Keluaran terbaru Newsweek itu juga diterbitkan semasa anak mendiang, Putera William dan isterinya, Kate Middleton dijadual mengadakan lawatan rasmi ke AS.

Belanda haram sembelih haiwan

Posted: 28 Jun 2011 05:00 PM PDT

Belanda haram sembelih haiwan AMSTERDAM - Dewan Rakyat Belanda meluluskan cadangan mengharamkan penyembelihan haiwan di negara itu, kelmarin, tindakan ditentang hebat penduduk Islam di negara Eropah itu.

Rang undang-undang dikemukakan Parti Hak Asasi Haiwan itu diluluskan dengan undian 116 menyokong berbanding 30 menolak dan kini menunggu kelulusan Dewan Negara sebelum menjadi undang-undang sah.

Undang-undang itu menetapkan haiwan yang akan disembelih perlu berada dalam keadaan tidak sedar iaitu kaedah berbeza dengan cara penyembelihan Islam.

Ketua Parti Hak Asasi Haiwan, Marianne Thieme dengan biadap menuduh kaedah penyembelihan Islam menyebabkan kesakitan kepada haiwan dan menegaskan kebebasan agama perlu dihadkan.

Seramai sejuta umat Islam di Belanda mengecam rang undang-undang itu sebagai mencabuli kebebasan agama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved